Ketika Cinta Bertasbih..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah. Keinginan untuk menonton filem Ketika Cinta Bertasbih tercapai jua akhirnya. Terima kasih buat teman yang sudi men'download'kan cerita tersebut. Rentetan daripada membaca novel tersebut saya begitu semangat sekali menanti filemnya muncul di pawagam.

Menarik sekali novel ini. Terdapat dua episod. Pada mulanya Cik Kz tertanya-tanya juga dmengapa perlu novel tersebut mempunyai sambungan yang ditulis secara berepisod. Setelah usai membacanya barulah saya mengerti jalan ceritanya. Malah, menjadi novel terbaik yang pernah Cik Kz baca.

Semangat juang seorang insan bernama Khairul Azzam di bumi Cairo untuk meneruskan pengajian di samping membiayai pelajaran adik-adiknya di Indonesia dengan berniaga bakso dan tempe benar-benar menyentuh hati. Bagaimana seorang abang sanggup me'lengah'kan pelajarannya agar beliau terus dapat mencari wang untuk dihantar ke kampung halaman. Menjadi tunggak keluarga sejak kematian ayahanda tercinta. Semangat itu benar-benar menusuk kalbu.


Tidak perlu dihuraikan lebih panjang takut nanti dikatakan terlalu obses dengan novel tersebut. Maka cubalah dibaca novel itu dan berikanlah komen mengikut pandangan diri sendiri. Dan alhamdulillah filem yang diilhamkan berdasarkan novel ini mengikut jalan cerita novel tersebut. Mungkin sesetengah babak ditukar supaya jalan cerita lebih hidup namun ianya tidak mengubah keaslian cerita tersebut. Babak-babak tersebut ada dibawa ke hadapan tidak kurang juga dilambatkan sesetengahnya supaya 'flow' cerita lebih realistik.



Filem Ketika Cinta Bertasbih (Episod 1)

Jodoh

Bukanlah soal kehebatan novel ini sahaja ingin saya ketengahkan, namun pengisian, moralnya yang dapat saya rumuskan di sini. Ianya berkenaan soal jodoh.

Firman ALLAH SWT; "dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan..." (surah Ar-Rum: ayat 21)

Dan telah dijadikan oleh Allah bahawa setiap manusia itu diciptakan secara berpasang-pasangan. Tiapa lelaki mahukan pasangan dari golongan wanita. Begitulah lumrah alam yang begitu indah diciptakan-Nya. Dalam proses mencari jodoh kadang-kadang kita terlalu obses dan ada juga terlalu memilih malah tidak lupa yang cuba 'melarikan' diri dari memikirkan perihal ini.

Apa yang dapat Cik Kz rumuskan berdasarkan pembacaan saya, soal jika ada jodoh pasti tidak akan ke mana. Mungkin pepatah ini selalu benar bermain di cuping telinga kita. Seringkali saudara mara atau sahabat handai mengucapkan kata-kata tersebut lantaran kita bermuram muka dek kecundang di lembah percintaan. Namun kata-kata ini memang ada benarnya. Nah, lihat sahaja dari novel ini ianya mengutarakan soal jodoh. Hakikat jodoh antara Ana Anfanthunisa dengan Khairul Azzam. Walaupun Ana telah berkahwin dengan Furqan (kemudian bercerai), Azzam telah bertunang (akhirnya putus tunang) akhirnya kedua-dua mereka bertemu jodohnya jua.

Firman Allah SWT, "...wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...
(24:26)

Dalam usaha kita mencari pasangan yang terbaik, haruslah kita mengubah diri kita juga untuk menjadi lebih baik. Jangan bermimpi untuk mendapat suami sehebat Nabi Yusof andai diri tidak mempunyai pekerti seperti Zulaikha. Maka, haruslah kita memperelokkan budi pekerti, melengkapkan segala kekurangan sehabis mampu. Namun, harus diingatkan, janganlah kita terlalu menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap pasangan kita nanti. Terimalah dirinya seadanya, segala baik dan buruknya. Jadilah pakaian bagi dirinya. Kerana kita tidak memerlukan pasangan yang sempurna tetapi kita memerlukan pasangan yang mampu membuat kita berasa sempurna...

Till then...

Wassalam..

Sepintas lalu..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Sudah lama blog ini terbiar begitu sahaja tanpa sebarang update. Hari ini terlintas untuk menaip sementara mata masih segar dan tidak punya rasa mahu tidur lagi. Esok kelas seperti biasa. Dari pagi hingga ke petang. Harapnya diri ini masih mampu menahan penat yang tidak terperi ini.

Dua hari yang lepas ke rumah kawan. Ada makan-makan sedikit sempena sambutan hari jadi beliau. Namun, ianya dirancang oleh si suami. Kejutan di buat nyata membuat beliau terharu lantas mengalirkan air mata. Itulah pasangan Zaki dan Ija. Our first couple (yang dah berkahwin) in IMS and next abi-umi/ayah-ibu/dady-mummy to-be (yang mana pilhan mereka yer?). Baby sudah menjangkau usia 6bulan. Semua rakan-rakan di IMS semestinya tidak sabar menantikan kelahiran bayi tersebut dan semestinya keterujaan itu lebih dirasai oleh pasangan Zaki dan Ija.

Girls yang terlibat dalam usahasama membuat kejutan :P

with Ija..our first mummy-to-be..

Terasa seperti mahu berkahwin pula *hehehe*. Perjalanan masih jauh. Biarpun masa depan itu masih samar-samar namun teruskan diri melangkah, persiapkan diri dengan perisai ketabahan dan sabar dalam menghadapi segala ujian hidup di muka bumi ini ditemani ketakwaan kepada Yang Maha Esa dan tidak lupa ucap syukur atas rahmat kurniaan daripada-Nya.

Moga perjalanan hidup ini di bawah keredhaan-Nya...

Till then, wassalam..