Ketika Cinta Bertasbih..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah. Keinginan untuk menonton filem Ketika Cinta Bertasbih tercapai jua akhirnya. Terima kasih buat teman yang sudi men'download'kan cerita tersebut. Rentetan daripada membaca novel tersebut saya begitu semangat sekali menanti filemnya muncul di pawagam.

Menarik sekali novel ini. Terdapat dua episod. Pada mulanya Cik Kz tertanya-tanya juga dmengapa perlu novel tersebut mempunyai sambungan yang ditulis secara berepisod. Setelah usai membacanya barulah saya mengerti jalan ceritanya. Malah, menjadi novel terbaik yang pernah Cik Kz baca.

Semangat juang seorang insan bernama Khairul Azzam di bumi Cairo untuk meneruskan pengajian di samping membiayai pelajaran adik-adiknya di Indonesia dengan berniaga bakso dan tempe benar-benar menyentuh hati. Bagaimana seorang abang sanggup me'lengah'kan pelajarannya agar beliau terus dapat mencari wang untuk dihantar ke kampung halaman. Menjadi tunggak keluarga sejak kematian ayahanda tercinta. Semangat itu benar-benar menusuk kalbu.


Tidak perlu dihuraikan lebih panjang takut nanti dikatakan terlalu obses dengan novel tersebut. Maka cubalah dibaca novel itu dan berikanlah komen mengikut pandangan diri sendiri. Dan alhamdulillah filem yang diilhamkan berdasarkan novel ini mengikut jalan cerita novel tersebut. Mungkin sesetengah babak ditukar supaya jalan cerita lebih hidup namun ianya tidak mengubah keaslian cerita tersebut. Babak-babak tersebut ada dibawa ke hadapan tidak kurang juga dilambatkan sesetengahnya supaya 'flow' cerita lebih realistik.



Filem Ketika Cinta Bertasbih (Episod 1)

Jodoh

Bukanlah soal kehebatan novel ini sahaja ingin saya ketengahkan, namun pengisian, moralnya yang dapat saya rumuskan di sini. Ianya berkenaan soal jodoh.

Firman ALLAH SWT; "dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan..." (surah Ar-Rum: ayat 21)

Dan telah dijadikan oleh Allah bahawa setiap manusia itu diciptakan secara berpasang-pasangan. Tiapa lelaki mahukan pasangan dari golongan wanita. Begitulah lumrah alam yang begitu indah diciptakan-Nya. Dalam proses mencari jodoh kadang-kadang kita terlalu obses dan ada juga terlalu memilih malah tidak lupa yang cuba 'melarikan' diri dari memikirkan perihal ini.

Apa yang dapat Cik Kz rumuskan berdasarkan pembacaan saya, soal jika ada jodoh pasti tidak akan ke mana. Mungkin pepatah ini selalu benar bermain di cuping telinga kita. Seringkali saudara mara atau sahabat handai mengucapkan kata-kata tersebut lantaran kita bermuram muka dek kecundang di lembah percintaan. Namun kata-kata ini memang ada benarnya. Nah, lihat sahaja dari novel ini ianya mengutarakan soal jodoh. Hakikat jodoh antara Ana Anfanthunisa dengan Khairul Azzam. Walaupun Ana telah berkahwin dengan Furqan (kemudian bercerai), Azzam telah bertunang (akhirnya putus tunang) akhirnya kedua-dua mereka bertemu jodohnya jua.

Firman Allah SWT, "...wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...
(24:26)

Dalam usaha kita mencari pasangan yang terbaik, haruslah kita mengubah diri kita juga untuk menjadi lebih baik. Jangan bermimpi untuk mendapat suami sehebat Nabi Yusof andai diri tidak mempunyai pekerti seperti Zulaikha. Maka, haruslah kita memperelokkan budi pekerti, melengkapkan segala kekurangan sehabis mampu. Namun, harus diingatkan, janganlah kita terlalu menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap pasangan kita nanti. Terimalah dirinya seadanya, segala baik dan buruknya. Jadilah pakaian bagi dirinya. Kerana kita tidak memerlukan pasangan yang sempurna tetapi kita memerlukan pasangan yang mampu membuat kita berasa sempurna...

Till then...

Wassalam..

Sepintas lalu..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Sudah lama blog ini terbiar begitu sahaja tanpa sebarang update. Hari ini terlintas untuk menaip sementara mata masih segar dan tidak punya rasa mahu tidur lagi. Esok kelas seperti biasa. Dari pagi hingga ke petang. Harapnya diri ini masih mampu menahan penat yang tidak terperi ini.

Dua hari yang lepas ke rumah kawan. Ada makan-makan sedikit sempena sambutan hari jadi beliau. Namun, ianya dirancang oleh si suami. Kejutan di buat nyata membuat beliau terharu lantas mengalirkan air mata. Itulah pasangan Zaki dan Ija. Our first couple (yang dah berkahwin) in IMS and next abi-umi/ayah-ibu/dady-mummy to-be (yang mana pilhan mereka yer?). Baby sudah menjangkau usia 6bulan. Semua rakan-rakan di IMS semestinya tidak sabar menantikan kelahiran bayi tersebut dan semestinya keterujaan itu lebih dirasai oleh pasangan Zaki dan Ija.

Girls yang terlibat dalam usahasama membuat kejutan :P

with Ija..our first mummy-to-be..

Terasa seperti mahu berkahwin pula *hehehe*. Perjalanan masih jauh. Biarpun masa depan itu masih samar-samar namun teruskan diri melangkah, persiapkan diri dengan perisai ketabahan dan sabar dalam menghadapi segala ujian hidup di muka bumi ini ditemani ketakwaan kepada Yang Maha Esa dan tidak lupa ucap syukur atas rahmat kurniaan daripada-Nya.

Moga perjalanan hidup ini di bawah keredhaan-Nya...

Till then, wassalam..

Kuih Tepung Pelita

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Hari ini terasa sedikit kebosanan. Masuk ke dapur dan teringat akan daun pandan yang masih belum terusik. Maka, terlintas untuk membuat kuih tepung pelita. Mari berkongsi resepi..

Bahagian bawah (berwarna hijau)
2 1/2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
2 helai daun pandan
1 sudu camca air kapur
Sedikit pewarna hijau
Gula

Bahagian atas (berwarna putih)
2 1/2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa

Lain-lain
Daun pisang (untuk membuat acuan)

Cara membuat
a)Acuan


1. Layurkan daun pisang di atas api.
2. Gunakan kotak mancis untuk dijadikan asas (sebagai bentuk petak) untuk membuat acuan bagi kuih tepung pelita.
3. Lipat bahagian hujung daun pisang membentuk kotak mancis tersebut.
4. Kemaskan acuan dengan menggunakan stapler (stapler bahagian sisi acuan tersebut agar tidak terbuka)

* Daun pandan guna boleh digunakan sebagai acuan

b) Kuih
1. Kisarkan bahan-bahan tadi (lebih mudah supaya campuran lebih halus). Untuk bahagian bawah, masukkan sedikit air kapur. Jangan terlalu banyak kerana ianya boleh membuatkan kuih terasa sedikit pahit. Masukkan pewarna hijau.

Bahagian bawah kuih...

2. Untuk bahagian atas pula, kisarkan juga bahan-bahan tersebut dan kemudian masukkan secukup rasa.

Bahagian atas kuih..

3. Panaskan air di dalam periuk pengukus. Masukkan adunan bahagian bawah (berwarna hijau) ke dalam acuan. Pastikan tidak terlalu penuh. Cukup sekadar separuh atas 1/3 daripada acuan. Masukkan sedikit gula (1 sudu teh). Kukus selama 10-15 minit.


Bahagian bawah kuih yang siap untuk dikukus (telah dimasukkan gula)

4. Masukkan adunan atas sehingga acuan penuh. Kukus selama 10 minit. Kuih yang telah masak akan kelihatan licin pada permukaannya.

Sila abaikan rupa yang tidak sekata itu * Cik Kz masih amatur..hehehe.. *

Resepi ini juga boleh diolah dengan menggantikan tepung gandum dengan tepung beras. Namun, haruslah lebih berhati-hati iaitu adunan haruslan dikacau terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam acuan supaya kuih yang terhasil tidak terasa seperti berpasir.

Boleh juga jika mahu mengukus bahagian bawah dan atas terlebih dahulu dan kemudian terus dimasukkan ke dalam acuan. Ini versi paling ringkas dan cepat tapi bagi Cik Kz kurang sedikit rasanya sebabnya tiada aroma daun pisang/pandan itu. Tetapi, semuanya terpulang pada kreativiti masing-masing.

Selamat mencuba..

Till then, wassalam...

Corat-coret..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Satu minggu telah berlalu. Kehidupan di bumi India ini diteruskan dengan rutin-rutin lazim. Namun kali ini berbeza. Dek kerana kesihatan diri yang tidak memuaskan, kaki ini tidak mampu menapak ke hospital mahupun ke kolej. Berbaring sahaja di dalam bilik bersendirian. Lama sungguh demam kali ini. Mungkin kerana perubahan cuaca yang mendadak. Di Malaysia cuaca masih lagi panas tetapi di sini panasnya hanya di pagi hari malamnya subhanaAllah, sejuk sangat-sangat.

Banyak perkara terlintas sepanjang berada di rumah. Sedikit demi sedikit perasaan di hati ditelusi. Entah. Tidak faham dengan rasa hati yang sering bergolak. Cuma yang pasti mahu dirinya baik-baik sentiasa, bahagia bersama keluarga tersayang. Bahagia dirimu bahagia ku jua.

Hari ini, permualaan minggu yang kedua, semester baru bagi fasa ketiga. Argh, satu permulaan hari yang agak kurang baik dek kerana kelewatan ke kelas di tambah pula dengan ragam pemamdu autorickshaw yang mogok. Lebih sejam menunggu tetapi tiada yang sudi menghantar ke hospital. Lantas menaiki bas ke kolej dan berehat di surau selama hampir 3 jam dan barulah beransur ke hospital. Jauh sungguh perjalanan hari ini. Banyak sungguh dugaan.

Apa yang diharapkan, semester baru ini akan dipermudahkan segala urusannya. Tidak boleh lagi tuang kelas, harus melipat gandakan tahap kerajinan dalam diri. Semester ini peperiksaan bagi Community Medicine. Oh, tidak pasti tahap kedatangan bagaimana tetapi mengharapkan agar cukuplah untuk memasuki peperiksaan nanti..insya Allah..

Till then, wassalam..

Cuti-cuti...

Labels:

0


Alhamdulillah...
Cuti ini membuat hati ini lebih tenang. Damainya hati berada di samping keluarga tersayang juga bersama teman tercinta. Ya, ketenangan itu diperoleh. Sujud syukur padanya atas nikmat tersebut. Harus bangkit kembali.

Esok pulang semula ke kampus bersama semangat baru. Peperangan akan diteruskan. Dalam mencapai sebuah cita-cita, haruslah pengorbanan itu dilakukan. Mungkin ada hikmah untuk semua ini....

Moga diberikan kekuata. Sembah sujud mohon petunjuk dari Yang Maha Kuasa....

Kuih Seri Muka

Labels:

0


Inilah kuih kegemaran saya. Cara membuatnya amatlah mudah. Mungkin memerlukan sedikit kesabaran (untuk orang yang kurang arif memasak seperti saya). Mari berkongsi resepi...

Bahan-bahan:
1. 1/4 kg beras pulut
2. 3/4 cawan tepung gandum
3. 3/4 cawan tepung beras
4. 5 cawan santan 
5. 1 cawan gula pasir
6. 2-3 biji telur
7. 2 helai daun pandan
8. Sedikit pewarna hijau
9. Sedikit garam

Cara membuat:
1.Kukus beras pulut sehingga hampir masak. Kemudian gaulkan bersama 2 cawan santan (telah dicampur dengan sedikit garam terlebih dahulu). Kukus semula sehingga beras betul-betul masak. Masukkan ke dalam loyang dan mampatkan.
2.Untuk tepung bahagian atas, campurkan tepung gandum, tepung beras, santan pekat (3 cawan), gula, telur, daun pandan dan pewarna hijau. Kisarkan bahan tersebut dan kemudian tapis.
3.Masukkan hasil tapisan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak (lebih kurang 20 minit)

Sebelum...


Selepas.. sudah siap untuk dimakan.. :)



Ini resepi untuk loyang yang kecil sahaja. Jika mahu membuat untuk loyang yang besar gunakan cawan yang lebih besar dan jangan lupa tambah kuantiti beras pulut serta santan yang diperlukan untuk digaulkan bersama beras tersebut.
Selamat mencuba.
Till then, wassalam..

Bila pena menari..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt..

Hujung minggu yang bosan. Terperap di dalam bilik. Hendak mengemas kerajinan itu masih belum sampai. Membaca buku? Perlukan berjuta kekuatan *bunyi memang orang yang sangat tidak rajin* Lantaran itu kertas putih diambil dan pensel warna mula menari-nari melakarkan gambar-gambar di bawah.

Jika penulis lirik, penanya menari melukiskan lirik lagu seiring dengan irama yang tercipta. Bagi seorang pelajar pula lain ceritanya. Lukisan kartun, nota-nota berselang seli dengan lukisan pemandangan sering kali menghias kertas putih. Namun, acap kali lukisan fesyen terbentuk. Mungkin juga pengaruh dari website yang dilawati antaranya Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini. Entahlah. Berminat untuk melihat ilham pakaian daripada 3 pereka muda tanah air.

Kadang kala terfikir betulkah jalan yang diambil? Memilih untuk menjadi seorang doktor walaupun secara kasarnya di pandangan mata seorang ibu anaknya lebih sesuai menjadi seorang pelukis pelan bangunan dan pada mata seorang bapa anaknya lebih berkarisma menjadi seorang engineer. Namun, gerak hati lebih cenderung ke arah merawat insan-insan yang memerlukan. Naluri itu lebih kuat lantaran itu surat tawaran dahulu di pandang sepi.

Teruskan apa yang telah diusahakan. Jangan berhenti di pertengahan jalan. Jangan mudah menyerah kalah walaupun pada ketika ini diri ini sangatlah rapuh. Yakin akan ketentuan Allah. Yakin dan redhalah dengan secara percaturan Allah kerana Dialah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya..

Till then, wassalam...

Sepetang di Pasar Malleshwaram

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Ini semua adalaha gambar lama (tidak begitu lama sangat sebenarnya). Baru sahaja dimasukkan ke dalam 'Cik Lappy'. Itupun menghadapi kesukaran lantaran 'Cik Nokie' sudah mula buat hal. Nasib baiklah 'Cik Erry' masih memberi kerjasama yang baik.

Ini sebenarnya aktiviti 'bunk kelas' lantaran terasa sedikit tidak rajin *hehehe*. Ke Malleshwaram, mahu mencari ubi keledek untuk dijadikan kuih keria sempena jualan amal hujung minggu tersebut.

Bagi Cik Seti ini kali pertama beliau ke sini. Kagum sebentar dengan tahap kebersihan pasar ini dek kerana realitinya pasar-pasar di India (Bangalore) tidaklah sebersih mana, lopak-lopak air sentiasa menjadi peneman setia. Ditambah bau-bau 'harum' sebagai penyedap hidung. Nah, inilah pasar terbersih di sini yang pernah kami berdua pergi.

Susun atur yang kemas

Macam-macam ada.. :P

Keadaannya agak teratur dan kemas. Para peniaga guna kebanyakannya fasih berbahasa Inggeris menjadikan komunikasi dua hala berjalan dengan lancar. Berbagai-bagai sayur boleh didapati di sini. Tidak lupa juga buah-buahan yang sememangnya senantiasa segar. Oh ya, lengkuas juga boleh diperoleh di sini (boleh la masak singgang lepas ni).

Sesi memilih ubi keledek



Bergambar sebentar

Mungkin mahu ke sini lagi. Suatu hari nanti. Singgah di pasar kemudian boleh mengisi perut yang lapar di Pizza Corner atau Donut Baker mahupun Coffee Day yang jaraknya hanya sekangkang kera sahaja.

Till then, wassalam...

note: nak masak apa ya petang ni??

Salam Kemerdekaan..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt..


Tanggal 31 Ogos 2009, genap sudah 52 tahun negara kita, Malaysia yang kita cintai bebas dari jajahan kuasa asing. Sejak zaman kejatuhan Melaka ke tangan Portugis hinggalah kita di bawah jajahan British, masa yang berlalu itu cukup panjang. Alhamdulillah atas semangat juang dari tokoh-tokoh terdahulu maka kita dapat mengecap erti kemerdekaan. Tetapi sejauh manakah kita benar-benar merdeka?

Jika diperhatikan kini, kita sebenarnya semakin dijajah. Dijajah pemikiran. Bukankah itu seteruk-teruk penjajahan? Minda rosak maka rosaklah diri. Lihat sahaja telatah muda-mudi masa kini. Budaya barat diagung-agungkan, ciri-ciri ketimuran diperlekehkan. Mahu jadi apa pada para pelapis negara ini? Lihat sahaja gejala sosial yang semakin tumbuh bak cendawan melata. Nah, inilah akibat penjajahan minda.

Lantaran itu, berbalik pada soal jati diri setiap individu. Jati diri yang kuat mampu melahirkan individu yang gemilang, cemerlang dan terbilang. Maka, mari kita bina benteng dalam diri kita. Bukan bermaksud menolak kemajuan tetapi ambillah yang patut dan nilaikan serta tolaklah yang mana jika ditelitikan dengan perinci boleh membinasakan diri.

Untukmu Malaysia, moga terus aman dan damai.

Till then, wassalam...

Alhamdulillah...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt..

This is my new blog. The older one is just a history. Alhamdulillah.. I'm quite satisfied with the skin and all the sidebar widgets (for the time being). But still I want to put some more thing such as pictures, links like my older blog (miss it so much).
A very stressful week. Lots of thing to be done and also to be think about, muhasabah diri and etc.. Do I have enough time???
"Masa itu sentiasa ada yang menjadikan ianya tidak
cukup/ tidak ada adalah diri kita sendiri.."
Till then, wassalam...