Showing posts with label Recipes. Show all posts
Showing posts with label Recipes. Show all posts

Lama Sudah...

Labels:

0


Assalamualaikum...

Lama tak masak-masak. Just try masak ikan merah stim.
Alhamdulillah both big bosses in the house like it so much
Request untuk masak lagi next time. hehe
Entah bila la next time tu kan. 
Enjoy pic yang seketul ni jer.. 


No recipe this time. Tak rajin menaip walaupun memang kerja sebagai kerani.hehehe

Till then, wassalam.. :)

Masak Lemak Lodeh dan Rendang Daging

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt.....

Entri ini ada la continuation dari entri kuah kacang tersebut. Terasa seperti mahu menepek resepi kuah lemak lodeh dan juga rendang daging. Almaklumlah, kononnya nak pulun menatap lappy lama-lama hari ni before lappy dipandang sepi untuk persediaan final MBBS exam (cuak!!!) . Apa-apa pun jom tengok resepi dulu ye.. Cuak-cuak ni kita layan kemudian je... :)

Masak Lemak Lodeh
Bahan-bahan
1 paket santan serbuk (sini stok santan kotak dah takda..)
1 labu bawang besar *
4 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
1 keping tempe - hiris sederhana nipis dan goreng
1 keping fucuk - kerat sederhana kecil dan kemudian rendam
1 genggam su'un - rendam
1 batang lobak - hiris bulat
1 batang serai - dititik
3-4 batang kacang buncis- potong serong
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak
1. Kisarkan bahan bertanda * dengan sedikit serbuk santan. Panaskan periuk dengan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik  bau
2. Bancuh lebihan serbuk santan sedikit pekat. Tuang ke dalam periuk dan jatuhkan serai, sayur, fucuk dan suhun 
3. Masak pada api perlahan sehinga sayur hampir empuk. Jatuhkan tempe dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa sudah ok tutup api. 

set makan malam.....

Rendang Daging
Bahan-bahan
200g daging batang pinang
1 labu bawang besar *
5 ulas bawang putih *
2 sudu besar cili giling *
1 batang serai *
1 1/2 inci halia *
1 inci lengkuas
1 paket santan serbuk - bancuh sedikit pekat
2 sudu besar kerisik (boleh kurangkan or tambah sedikit ikut kesesuaian)
1 helai daun kunyit - hiris halus
Sedikit gula melaka (lebih kuang 1/4 daripada saiz yang kecil)
3 sudu besar kicap pekat
Sedikit minyak, garam dan gula 


Cara memasak
1. Kisarkan bahan bertanda * sehingga halus. Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya. Tumis bahan kicar sehingga garing dan naik bau.
2. Masukkan daging dan tutup kuali degan penutup. Masak pada api perlahan selama 10 minit. 
3. Masukkan gula melaka dan kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan santan dan biarkan daging masak pada api yang perlahan.
4. Biarkan sehingga kuah hampir kering. Masukkan kerisik dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila kuah hampir kering masukkan daun kunyit. 
5. Masak sehingga rendang menjadi kering dan pecah minyak. Tutup api. 

enak di mkan bersama nasi impit..teringat suasana kampung. rindu!!!!

Alhamdulillah. Memang Cik Kz mengidam. Agaknya bahana seminggu beraya makan menu yang sama (almost sama) so balik India jadi craving for the same meal. Nasib baik bahan-bahan available kalau tak ada yang frust menonggeng tak boleh nak masak kan. Apa-apa pun selamat mencuba. 

Till then, wassalam.... :)

Kuah Kacang

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt...

Masih lagi di dalam mood raya! Hari ni Cik Kz sangatlah mengidam nak makan nasi impit, kuah kacang dan masak lemak lodeh. Memang terbayang-bayang dah di kepala. Baca buku pun tak fokus. Balik je dari kelas Medicine terus Cik Kz siapkan bahan-bahan untuk memasak. Kena cepat sebab kalau boleh nak makan masa berbuka or at least sesudah solat maghrib. Cik Kz letak resepi kuah kacang sahajalah ye dulu for today. Jom semak resepi...

Bahan-bahan
250g kacang tanah - goreng garing tanpa minyak
1 labu bawang besar *
5-6 ulas bawang putih *
2 sudu besar cili giling *
1/2 inci lengkuas *
1/2 inci halia *
1 batang serai *
1 mangkuk santan cair (campur dengan sedikit asam jawa)
Sedikit gula melaka, gula pasir, garam 

Cara memasak
1. Kisarkan kacang tanah sehingga separa lumat. Jangan lupa untuk buang kulitnya terlebih dahulu
2. Kisarkan bahan bertanda *. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumis sehingga terbit minyak. 
3. Masukkan santan cair dan kacau sebati. Masukkan gula melaka. Biarkan selama 5 minit.
4. Masukkan kacang tanah. Masak pada api perlahan sehingga kacang masak (or sampai pecah minyak)
5. Perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa sudah ok tutup api. 
kuah kacang on the top of nasi impit and kuah lemak lodeh..nyummmm....

Cik Kz suka kuah kacang yang mana kacangnya tak berapa lumat. Bila makan boleh kunyah sikit kacang tu. Makan dengan kuah lemak lodeh dan nasi impit memang sangat best. Terbayangkan suasana raya di kampung. Since ada lagi bakinya esok bolehlah buat rendang daging untuk dimakan bersama menu ni. Waaa...memang teringat kampunglah. Kalau ada ayam masak merah or ayam masak beriyani sah and confirm sama seperti juadah di hari raya ketika di kampung. 

Baiklah, selamat mencuba.

Till then, wassalam... :)

Nasi Ayam Penyet

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Inilah menu yang Cik Kz teringin nak makan sangat-sangat. Finally Cik Kz berjaya juga memasaknya. Alhamdulillah. But Cik Kz not so sure the exact taste so Cik Kz memang ikut resepi bulat-bulat je sebab takut nanti tak jadi. Resepi asal Cik Kz ambil dari sini. Untuk masak ni Cik Kz kurangkan sedikit bahan since Cik Kz masak sedikit je which is untuk seorang makan... Jom tengok resepinya ya.. :)


Bahan-bahan (Untuk Ayam)
4 ketul ayam (sederhana besar)
1/2sudu teh jintan manis - goreng tanpa minyak sampai naik bau
1/2 sudu teh jintan putih - goreng tanpa minyak sampai naik bau
1/2 sudu teh biji ketumbar - goreng tanpa minyak sampai naik bau
1/2 sudu lada sulah
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
3 ulas bawang putih
1cm halia
Sedikit garam
Tepung beras

Cara memasak
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
2. Rebus ayam selama 10-15 minit dan tuskan (simpan air rebusan ayam untuk digunakan menanak nasi dan untuk sup). Lumur bahan kisar pada ayam dan perap semalaman
3. Setelah perap semalaman, golek ayam pada tepung beras dan kemudian goreng pada api sederhana sehingga ayam masak..

ayam penyet..kenapa penyet? entah..Cik Kz pun tak tahu..heeeee

Inilah rupa ayam tersebut. Lagi best kalau goreng 1 bahagian besar then potong. But since Cik Kz makan seorang adalah lebih mudah ambil bahagian kecil-kecil sahaja sebab nanti banyak sangat tak terhabis makan seorang...


Bahan-bahan (Untuk Sambal)
3 biji tomato - potong 5 bahagian
3 batang cili merah
3 batang cili padi - tambah kalau nak lagi pedas
1 biji bawang besar - mayang halus
3 ulas bawang putih - hiris halus
3 cm belacan
2 sudu ikan bilis
Sedikit garam, gula dan gula melaka

Cara memasak
1. Tumis bawang besar dan bawang merah, cili merah dan cili padi sehingga layu. Kemudian masukkan tomato dan goreng sehingga tomato layu. Asingkan dan sejukkan.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Asingkan dan sejukkan.
3. Goreng belacan seketika dan ketepikan.
4. Masukkan semua hasil gorengan tadi ke dalam pengisar dan blend sehingga sederhana halus (boleh guna lesung batu juga kalau rajin)
5. Masukkan dalam kuali dan masak seketika. Tambah gula melaka, gula dan garam secukupnya. Tutup api bila sambal sudah sedikit kering.

Untuk Nasi boleh refer di sini ya.

Bahan-bahan (Untuk sup)
1 mangkuk air rebusan ayam
1/2 labu bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 uncang sup bunjut adabi
Sedikit garam, gula
Daun sup dan bawang goreng

Cara memasak
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan ayam.
2. Jatuhkan sup bunjut. Perlahankan api dan tutup periuk. Reneh sup selama 20minit.
3. Masukan garam dan gula secukupnya. Bila sudah ok tutup api. Hias dengan daun sup dan bawang goreng

Alhamdulillah. Rezeki untuk hari ini. Puas hati dapat rasa ayam penyet ni. Kalau di Temerloh memang susah nak jumpa. Along kata memang tak ada pun if nak makan buat sendiri. Alhamdulillah sebab ada resepi di internet.

Jadi, kepada yang lain. Selamat mencuba. Memang berbaloi-baloi la. Di jamin puas hati. hehehe....

Till then, wassalam... :)

Diari Ramadhan 8

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt....

Despite of not feeling very well, Cik Kz merajinkan diri untuk ke pasar juga petang tadi. Sebabnya Cik Kz terlalu teringin nak makan ketam. Rasa macam mengidam nak makan ketam masak lemak cili api lepas tu letak daun kunyit sekali. Mesti rasa lain kan. Cik Kz ada banyak stock dry tumeric leaves as kononnya bawa sebab kononnya tak balik raya la kan. So ala-ala niat di hati nak buat rendang sambut raya di bumi India yang permai ni. 

But end up niat sekadar niat sebabnya Cik Kz bakal balik lagi. ahahaha. Tak sampai. Eh sampai sebulan dari balik hari tu Cik Kz balik lagi. weheeew. Kali ini arahan dan permission dari a very-very big boss. Yes abah! thanks sangat-sangat. Sayang abah!

So, let see the picture la. Resepi ketam masak lemak cili api ni pun Cik Kz dah pernah tepek sebelum ni. Boleh godek-godek from here

masak lemak ketam...pilih yang jantan ye sebab banyak isi..baru puas hati makan..

Alhamdulillah rezeki. Walaupun memang lah sangat kelam kabut but then Cik Kz puas hati. Terlepas hajat. Ada lagi satu keinginan yang tak tertunai lagi. Insya Allah dalam masa terdekat ini bakal terlaksana. Oh tekak. Masa sakit macam-macam rasa teringin ye. 

Baiklah, haruslah Cik Kz meneruskan sesi menulis sambil menaip proposal untuk elective. Our lovely Dr. Anoop mahu versi proposal bukan versi surat rasmi. Adess...

Till then, wassalam... :)

Diari Ramadhan 7

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt....

Rasa sedikit kebah dari kepanasan. So, Cik Kz merajinkan diri untuk memasak. But it just a simple menu dan resepi pun pernah Cik Kz tepek before this. Layan gambar ajalah yer...

bayam masak air bersama tauhu telur...

ayam masak merah...

Puasa hari ni macam biasa but Cik Kz struggle untuk siapkan segala case. It's Monday and yes Monday's blues is around the corner. Memang liat sedikit tambah pula posting elective kan dan dengan rasa badan yang kurang sedap lagi. Berusaha!

Petangnya kena hujan lagi la pula. Bermandi dalam hujan was a best thing in India sebabnya it can cause me having fever! nice! Memang Cik Kz tak akan lupa berbasah kuyup, meredah hujan untuk balik ke rumah. Epic! heee...

Prophylaxis again!. Panadol macam dah jadi sahabat baik. huhuh which is so tak best la bagi Cik Kz. Apa-apa pun jangan demam teruk-teruk. Exam is just around the corner. Next week jeeeee!!!!

Till then, wassalam... :)

Diari Ramadhan 6

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt......

Moh tengok gambar kat bawah ni. Ada kecur air liur tak? hahaha. Macam apa sahaja gelaknya. Ok. Itu tanda Cik Kz semakin sihat. Alhamdulillah boleh dikatakan demam kebah. Lepas berbuka tadi badan Cik Kz naik panas lagi. Terus Cik Kz rehatkan diri dan alhamdulillah now dah ok la juga. I'm awake to finish up all workloads yang bersepah, bersusun dan tak tersusun. heee... 

baked honey chicken...Cik Kz style...

Atas tu adalah menu berbuka Cik Kz. Ala-ala western sedikit hari ini. Niat asal nak buat ayam penyet tapi ada bahan yang kurang di rumah ni so to be continued la jawabnyer. Resepinya so simple : perap ayam bersama madu, gula, garam, sos cili, kicap, lada sulah, lada hitam, serbuk cili dan serbuk kunyit. Perap dalam 2-3 jam then bakar sampai masak. Bahan-bahan agak-agak sahaja ye. 


Cik Kz makan bersama baked potato, salads, coeslow and nasi goreng cina. Asal tak mahu makan nasi but then rasa nanti boleh pengsan tak makan nasi tengah sakit-sakit ni. Dah la semalam berbuka dengan maggie je. Tu pun nasib la rasa nak makan time demam ni. 

Baiklah. Cukuplah dulu kot diari Ramadhan hari ini. Tak banyak Cik Kz buat hari ini melainkan merehatkan diri sepanjang hari sebab rasa tak larat nak buat apa sangat. Esok ada 2 presentations and kena submit segala bagai log books la and macam-macam la. adess.. 

Till then, wassalam... :)

Ayam Masak Lemak Tempoyak

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Inilah menu iftar Cik Kz hari ini. Macam resepi ikan patin masak tempoyak juga. Cuma kali ini Cik Kz ada letak bunga kantan sedikit. So memandangkan Cik Kz a lil bit sleepy menghadap bila menghadap buku, maka Cik Kz terlebih rajin untuk menaip resepinya. Jom tengok resepinya... 
Bahan-bahan
4 ketul ayam (sederhana saiz)
1 cili besar (warna merah) - tambah kalau mahu pedas
1/2 inci kunyit hidup (boleh guna serbuk kunyit juga)
1 tangkai bunga kantan
1 batang serai - dititik
2 sudu besar tempoyak (tambah lagi jika mahu pekat)
1 keping asam gelugor
Garam, gula secukupnya

Cara memasak
1. Kisarkan cili, kunyit bersama tempoyak dan sedikit air. Masukkan ke dalam kuali
2. Masukkan ayam yang telah dibersihkan. Jatuhkan serai, asam gelugor dan bunga kantan. Masak pada api perlaham sehingga ayam masak
3. Perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak kuah lebih tambah air. 
4. Bila rasa sudah ok tutup api. 

Optional : boleh ganti bunga kantan dengan daun kesum dan juga boleh letakkan hirisan daun kunyit
berselera makan tempoyak...

Sekarang musim durian di Pahang. Hari tu masa pulang alhamdulillah dapat juga merasa makan durian cuma tak berkesempatan makan durian dari dusun atuk belah mak. Bukan apa siapa suruh balik tak cakap. Tapi kalau cakap sure kena hantar balik Johor. heee.... 

Baiklah rasanya banyak pula menaip. Nanti tak study pula. 

Till then, wassalam.. :)

What I Ate For This Whole Week

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt...


Entri kali ini sangat banyak gambar. Semuanya gambar makanan ye. Apa yang Cik Kz makan sepanjang seminggu ni. Minggu ni almost setiap hari ada sahaja Cik Kz makan diluar. Bermula dengan hari Cik Kz settlekan hal RP...Tak yah cakap banyak, kita tengok gambar sahaja lah ye...
chicken maharaja a.k.a. big mac India.. breakfast untuk 2 hari berturut-turut..

swensens ice cream..at Mantri.. makan masa ambil kunci Cik Seti..

choc fundae set..together with 9 scops of ice cream dalam gambar di atas...

froyo...Cik Kz makan sedikit je..tak minat sebab masam...huuu..

steak ala 20ft..makan di restoran 20ft..

Hae Kum Gang...side dishes....sedappp...nyumm...

egg and tofu... ok..nama penuh tak ingat dah...

beef chulpan..ini memang terbaik!!!!


kann pung gi....

beef apa ntah rasa unik..macam daging burger..

non-veg mini thali at Casino Restaurant...

mix club at Kobe..

chicken and cheese sizzler..nyummy... :)

Some pictures gambar terbalik. Cik Kz tak tahu macam mana mahu rotate lagi. Bila upload still jadi senget juga. Layankan aje lah yer..

Baiklah, Cik Kz nak makan mee goreng fetuccini goreng basah pula..

Till then, wassalam... :)

Bubur Nasi Sup Fucuk

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Macam semacam je pula nama menu kali ni kan. Cik Kz asalnya mahu masak bubur nasi but terasa sangat dull pula. Tambah baru lepas muntah few times (rasa tak sedap badan) so I need to eat something before ada yang pengsan kelaparan. Fikir punya fikir rasa macam menarik kalau buat sup fucuk tapi kita buburkan sup tu. Jom la tengok resepinya..

Bahan-bahan
Sedikit fucuk - patahkan kecil-kecil dan rendam
Sedikit suhun - rendam bersama fucuk
1 biji kentang - potong 8  or 12 
1 biji telur
1 mangkuk kecil beras (basuh dahulu)
1/2 labu bawang besar - tumbuk halus
Sedikit bilis (tak sampai segenggam) - ditumbuk halus
1 sudu biji lada hitam - tumbuk halus 
Sedikit garam dan minyak
Air

Cara memasak
1. Tumis bawang besar dan bilis sehingga naik bau. Kemudian tambahkan air secukupnya.
2. Masuk fucuk, suhun, kentang dan beras. Masa pada api perlahan sehingga kentang empuk. Tambah air sekiranya nasi masih lagi belum menjadi bubur. Masukkan lada hitam
3. Bila nasi dah jadi macam bubur, masukkan telur dan biarkan (jangan kacau nanti telur jadi pecah. tak comel nanti)
4. Perasakan dengan garam. Bila rasa sudah ok. Tutup api. Makan bersama dengan sambal kicap.


Since Cik Kz rasa macam nak dehydrated I put lots of salt actually. Takda la terlampau banyak sangat but kemasinan itu sudah pasti. Alhamdulillah jadi berselera juga nak makan. Dapat juga cover apa yang keluar tadi. 

Now, Cik Kz rasa mahu rehat. I need rest. Nanti ada lagi orang tak pergi shift malam. Ada lagi yang pergi tak sampai 1 jam sudah balik semula sebab tak sihat. Takut nanti diri sendiri pula yang jadi patient..huuuuuuu...

Till then, wassalam.. :)

Nasi Goreng Kunyit dan Telur Masak Sos

Labels:

0


Assalamualaikum wbt.....

A simple version nasi goreng kunyit versi ala Cik Kz. hehehe. Ok Cik Kz tak rajin nak menaip panjang-panjang. So tengok resepi teruslah ye..

Bahan-bahan
1 mangkuk nasi
100 g isi ayam - potong dadu (boleh tambah bahagian tulang juga)
1/2 labu bawang besar - tumbuk halus
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji cili api - hiris serong or tumbuk. boleh tambah jika mahu lebih pedas. kalau tak nak letak pun tak apa.
Sayur - ikut suka letak sayur apa (Cik Kz letak kobis, lobak, cendawan, capsicum..)
1 sudu teh kunyit
Sedikit lada hitam, garam dan gula

Cara masak
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan cili api. Masak sehingga naik bau
2. Masukkan ayam dan serbuk kunyit. Sebatikan. Masak sehingga ayam masak. Jatuhkan sayur dan sebatikan.
3. Masukkan nasi. Gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa sudah ok dan sayur agak layu tutup api.


Cik Kz makan bersama telur masak sos. Resepinya sungguh simple sahaja. Just goreng telur, then masukkan sos cili dan sos tomato pluss sedikit cili giling. Tumis sampai garing dan tambah air. Bila dah nak pekat jatuhkan telur mata kerbau dan bawang besar (yang sudah dipotong 6). Masak sehingga kuah betul-betul likat. (versi kurang rajin menaip ni)

my dinner plate.

Cik Kz jadi kurang rajin menaip sebabnya bila nak post entry ni asyik failed aja. Jadi entry bertangguh pula. Baiklah. Got another thing to be done. Nanti Cik Kz update lagi yer..

Till then, wassalam.. :)

Telur Ikan Masak Kicap Pedas

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Cik Kz sudah mula memasak kembali. Resepi simple sahaja sebab Cik Kz sungguh kelaparan sampai rasa nak pengsan (ok sangat exaggerated. hehehe). Belek-belek dalam fridge ada telur ikan yang diberi oleh Puan Fadh (telur ikan apa pun Cik Kz tak pasti). Ada 3 biji semuanya and semuanya beso-beso belaka. Simplest recipe would be masak kicap la kan. Jom tengok resepinya..

Bahan-bahan
3 biji telur ikan 
1 labu bawang besar *
5-6 ulas bawang putih *
2 sudu besar cili giling *
1/2 inci halia *
3 sudu besar kicap
1 sudu kecil serbuk kari
1 biji tomato - belah 4 atau 6
Sedikit minyak 
Serbuk kunyit, garam, gula dan serbuk perasa

Kisarkan bahan bertanda *

Cara memasak
1. Bersihkan telur ikan. Lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya dan perap selama 5 minit. Panaskan kuali dengan minyak dan goreng sehingga telur sedikit garing. Angkat dan tuskan
2. Dalam kuali yang sama tinggalkan sedikit minyak. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga kuah pekat. Tambah serbuk kari dan kicap. Masak pada api yang sederhana sehingga kuah mendidih.
3. Masukkan telur ikan kacau sebati. Jatuhkan tomato. Masukkan serbuk perasa, garam dan gula. Bila rasa sudah ok tutup api. 



Cik Kz makan bersama sayur kobis goreng dan nasi putih yang panas. Alhamdulillah sungguh berselera. Rasa telur ikan ini hampir sama dengan rasa ikan. Cuma Cik Kz tak pasti ini telur ikan spesies apa memandangkan Puan Fadh juga tidak pasti tentang hal tersebut. 

Baiklah, selamat mencuba ya. 

Till then, wassalam.. :)