Nasi Ayam Penyet

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Inilah menu yang Cik Kz teringin nak makan sangat-sangat. Finally Cik Kz berjaya juga memasaknya. Alhamdulillah. But Cik Kz not so sure the exact taste so Cik Kz memang ikut resepi bulat-bulat je sebab takut nanti tak jadi. Resepi asal Cik Kz ambil dari sini. Untuk masak ni Cik Kz kurangkan sedikit bahan since Cik Kz masak sedikit je which is untuk seorang makan... Jom tengok resepinya ya.. :)


Bahan-bahan (Untuk Ayam)
4 ketul ayam (sederhana besar)
1/2sudu teh jintan manis - goreng tanpa minyak sampai naik bau
1/2 sudu teh jintan putih - goreng tanpa minyak sampai naik bau
1/2 sudu teh biji ketumbar - goreng tanpa minyak sampai naik bau
1/2 sudu lada sulah
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
3 ulas bawang putih
1cm halia
Sedikit garam
Tepung beras

Cara memasak
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
2. Rebus ayam selama 10-15 minit dan tuskan (simpan air rebusan ayam untuk digunakan menanak nasi dan untuk sup). Lumur bahan kisar pada ayam dan perap semalaman
3. Setelah perap semalaman, golek ayam pada tepung beras dan kemudian goreng pada api sederhana sehingga ayam masak..

ayam penyet..kenapa penyet? entah..Cik Kz pun tak tahu..heeeee

Inilah rupa ayam tersebut. Lagi best kalau goreng 1 bahagian besar then potong. But since Cik Kz makan seorang adalah lebih mudah ambil bahagian kecil-kecil sahaja sebab nanti banyak sangat tak terhabis makan seorang...


Bahan-bahan (Untuk Sambal)
3 biji tomato - potong 5 bahagian
3 batang cili merah
3 batang cili padi - tambah kalau nak lagi pedas
1 biji bawang besar - mayang halus
3 ulas bawang putih - hiris halus
3 cm belacan
2 sudu ikan bilis
Sedikit garam, gula dan gula melaka

Cara memasak
1. Tumis bawang besar dan bawang merah, cili merah dan cili padi sehingga layu. Kemudian masukkan tomato dan goreng sehingga tomato layu. Asingkan dan sejukkan.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Asingkan dan sejukkan.
3. Goreng belacan seketika dan ketepikan.
4. Masukkan semua hasil gorengan tadi ke dalam pengisar dan blend sehingga sederhana halus (boleh guna lesung batu juga kalau rajin)
5. Masukkan dalam kuali dan masak seketika. Tambah gula melaka, gula dan garam secukupnya. Tutup api bila sambal sudah sedikit kering.

Untuk Nasi boleh refer di sini ya.

Bahan-bahan (Untuk sup)
1 mangkuk air rebusan ayam
1/2 labu bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 uncang sup bunjut adabi
Sedikit garam, gula
Daun sup dan bawang goreng

Cara memasak
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan ayam.
2. Jatuhkan sup bunjut. Perlahankan api dan tutup periuk. Reneh sup selama 20minit.
3. Masukan garam dan gula secukupnya. Bila sudah ok tutup api. Hias dengan daun sup dan bawang goreng

Alhamdulillah. Rezeki untuk hari ini. Puas hati dapat rasa ayam penyet ni. Kalau di Temerloh memang susah nak jumpa. Along kata memang tak ada pun if nak makan buat sendiri. Alhamdulillah sebab ada resepi di internet.

Jadi, kepada yang lain. Selamat mencuba. Memang berbaloi-baloi la. Di jamin puas hati. hehehe....

Till then, wassalam... :)

0 Response to "Nasi Ayam Penyet"

Post a Comment