Kek Pisang

Labels:

0



Assalamualaikum wbt...

Kek pisang, my favourite cake ever (pluss choc cake). Ini percubaan kali ke-6 dan alhamdulillah lebih baik dari sebelumnya. Tekstur lebih lembut dan lebih moist. Resepi asal dari sini. Tetapi Cik Kz telah olah sedikit mengikut selera tekak dan stok bahan yang ada di rumah. hehehe.. Jom review resepi tersebut...

Bahan-bahan
1. 4/5 batang pisang - dilenyek (saya blend bersama gula)
2. 1 cawan gula (saya cuma letak 1/2 cawan)
3. 1/3 cawan mentega - dicairkan
4. 1 biji telur - dipukul rata
5. 1 1/2 cawan tepung gandum
6. 1 sudu teh baking powder
7. 1 sudu teh soda bikarbonat
8. 1 sudu teh ovalet
9. 1 sudu teh esen vanilla
10. Secubit garam

Cara memasak
1. Campurkan pisang yang telah diblend dengan mentega.
2. Masukkan esen vanilla dan telur ke dalam bahan campuran tadi. Adun sehingga sebati.
3. Masukkan baking powder, soda bikarbonat, ovalet dan secubit garam.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga habis. Adun sehingga sebati.
(saya guna pengadun untuk memastikan adunan lebih sebati)
5. Sapu loyang dengan mentega dan kemudian masukkan adunan ke dalam loyang tersebut (saya guna loyang berbentuk bulat)
6. Masak pada suhu 175 celcius selama sejam. (jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu ya)
7. Setelah masak, sejukkan dan potong. Siap sedia untuk dimakan.. nyum-nyum.. :P


Tadaa... Mudahkan resepinya. Banyak kali Cik Kz cuba buat dan alhamdulillah kali ke-6 ini keknya menjadi seperti yang dihajati. Balik Pahang nanti bolehlah Cik Kz cuba buat untuk keluarga. Selalu beli di kedai sahaja. Itupun kek pisang sekarang tidak seperti dahulu. Sudah kurang rasa pisangnya. Lebih rasa esen vanilla dan tepung sahaja.

Sempat juga hantar sedikit (3/4 kek habis dimakan bersama ahli rumah) kepada Ija semasa menjenguk Aryan. Aryan akan pulang ke Malaysia 1 March ini. Belum sempat snap gambar terbaru Aryan lagi. Tunggulah esok lusa bila demam sudah kebah dan selesema sudah hilang.

20 hari lagi untuk final. Maka haruslah berusaha. Aim for distinction!!. Mampukah Cik Kz?? Chaiyok!!!! Pray for me.. Thank you.. :)

Till then, wassalam....

Road to Final

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

3 weeks left for FINAL
And yet..
I haven't finish to study all subjects
Still got lots and lots of topics to be covered
And.. I even don't know?
Wheather I cant enter the exam or not?

Alhamdulillah for Commed I manage to pass
But how bout ENT and Ophthal???
My carry marks for both subjects..aiyaaa....

Dear Madam Sudha,
Please come back ASAP
Don't make my friends and I tidak keruan like this..

NO more 8 hours sleep
NO more movie+drama time
NO more playing
NO more chit-chatting
Blogging??? :P

Now,
Put more and more extra efforts on
STUDY
REVISIONs
EXERCISEs

Not to forget..
PRAY to ALLAH
DU'A
RECITEs the HOLLY AL-QURAN
ZIKR

May Allah give the best for me and others..

To all my batchmates,
Good Luck in FINALs

To Juniors,
Good luck in Third IA & FINALs

GAMBATE!!!!!!

Now, back on track..
Study time...

Till then, wassalam...

Kuih Puteri Ayu

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Resepi ini sudah lama diberi mak. Katanya harus dicuba. Buat ketika tengah bosan atau tension semasa study (tension buat kuih??). Mudah cuma perlu lebih rajin. Kebetulan semalam ada potluck bersama-sama batchmates. Ini adalah salah satu menu yang telah dihidangkan. Habis licin (sempat makan 2 ketul sahaja). Jom zoom resepi mak...

Bahan-bahan
A. Untuk adunan bahagian bawah (berwarna hijau)
1. 1 1/2 cawan tepung gandum
2. 1 1/2 cawan gula (boleh kurangkan, ikut tahap kemanisan anda)
3. 1/2 cawan santan pekat + air pandan
4. 3 biji telur
5. 1 sudu teh ovalet
6. 1 sudu teh baking powder
7. Pewarna hijau

B. Untuk bahagian atas (kelapa)
1. 1 biji kelapa yang siap diparut
2. Sedikit garam
3. 1 sudu teh tepung jagung

Cara memasak
A. Untuk bahagian atas ( kelapa)
1. Campuran semua bahan (kelapa+tepung jagung+garam)
2. Masukkan ke dalam acuan dan mampatkan
Tidak perlu terlalu banyak. Terpulang pada setiap individu. Jika mahu kelapa banyak maka letakkan lebih banyak kelapa.

B. Bahagian bawah
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mesin pengadun. Untuk tepung, masukkan sedikit demi sedikit sehingga tepung habis.
2. Adunkan bahan sehingga sebati
3. Tambah sedikit pewarna hijau supaya kelihatan lebih menarik.
4. Kemudian ambil acuan yang telah berisi kelapa, masukkan adunan ke dalam acuan tersebut. (Jangan isi terlalu penuh kerana kuih akan mengembang)
5. Didihkan air di dalam periuk pengukus dengan api yang sederhana besar.

5. Kukuh kuih selama 15-20 minit. Kuih yang telah masak akan menghasilkan permukaan yang licin.

Dengan menggunakan acuan bersaiz kecil ini, lebih kurang 20 biji kuih puteri ayu dapat dihasilkan


Kuih puteri ayu yang telah siap dimasak...

Kuih ini sesuai dihidang untuk sarapan dan juga untuk minum petang. Kalau dahulu dapat merasa kuih ini ketika di dewan selera asrama. Cik Kz sangat suka makan kuih ini. Rasa lemak-lemak manis dan juga lembut seperti apam (spongy). Jadi, selamat mencuba.

Till then, wassalam..

7 Cara Mudah untuk Kurus

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Menarik bukan topik dan di atas? Ini adalah petikan daripada artikel yang saya baca beberapa hari yang lalu. Tergerak hati untuk berkongsi dengan rakan-rakan semua (yang membaca blog ini)

Semua orang (kebanyakannya) mengimpikan untuk tampil cantik, berbadan ramping. Kurus. Mungkin artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian (termasuk saya) dalam proses untuk menguruskan badan.

1.NEAT
Ini adalah singkatan kepada Non-exercise Activity Thermogenesis. Ianya berkait rapat dengan metabolisma. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang melakukan pergerakan kaki semasa duduk, banyak berdiri dan berjalan mampu membakar lebih 350 kalori sehari jika dibandingkan dengan mereka yang hanya duduk sahaja. Ini bersamaan lebih kurang 37 pound setahun. Banyak tu. Jadi rakan-rakan, mari kita 'tap' kaki semasa kita duduk ya. Untung-untung bolehlah kuruskan sedikit badan kita ni. hehehe...

2. Kawal pemakanan


Pastikan anda mengawal pemakanan anda. Pastikan setiap juadah makanan yang diambil tidak melebihi 400 kalori. Makan sekerap mungkin tetapi pada kuantiti yang sedikit. Corak pemakanan begini ada kaitan rapat dengan kadar metabolisma, lebih banyak kalori dibakar, dan juga merendahkan kadar kolesterol (fasting cholesterol level) di dalam badan. Apabila makan lebih kerap tetapi kuantiti sedikit, anda tidak merasa terlalu lemah akibat berdiet. Diet tanpa rasa sakit bukankah itu lebih menyeronokkan??

3. Kerapkan bersenam

Bersenam di sini tidaklah sampai perlu ke gimnasium, berlari keliling taman sehingga 5-6 pusingan. Tingkatkan kadar aktiviti anda. Elakkan daripada duduk sahaja atau tidur. Lakukan aktiviti seperti berjalan kaki, bersiar-siar. Biarkan badan anda berpeluh.


4. Minum 8 gelas air sehari


Ini adalah vitalnya. Haruslah rajinkan diri untuk meminum air (plain water) sebanyak gelas sehari. Air bukan sahaka penghilang dahaga malam boleh mempercepatkan metabolisama badan. Penyelidik German mendapati dengan meminum air sejuk sebanyak 8 gelas sehari mampu menaikkan kadar metabolisma sehingga 30% dan kesan ini berlarutan sehingga 90 minit. 1/3 adalah kerana proses di dalam badan untuk memanaskan air tersebut dan selebihnya adalah proses penyerapan air. Dengan meminum air anda sebenarnya tidak menambah kalori sebaliknya anda menggunakan kalori. Nah, sangat menarik. Dan ada lagi satu fakta menarik yang ingin dikongsi:
Increasing water consumption to eight glasses per day may help you lose about 8 pounds in a year

Jadi, mari minum air sebelum mengambil makanan atau sebelum mengambil jus atau minuman manis.

5. Turun-naik tangga
Aktiviti mudah ini juga mampu membuat anda kurus. Ini kerana badan anda bergerak melawan graviti, maka lebih banyak tenaga diperlukan. Maka lebih banyak kalori dibakar.

6. Dumbbells
Tidak perlu bersusah payah mencari dumbbells. Ada cara yang lebih mudah. Gunakan grocery bags anda sebagai dumbbells (jimat kos). Ini mampu membakar kalori juga.

"Carry your groceries, balanced with a bag in each hand, even if you have to make several trips And pack two smaller suitcases instead of one big one, so you can carry them yourself."

Mari rakan-rakan kita cuba aktiviti ini. Bukan sahaja boleh kurus malah boleh membina otot di tangan. :P

7. 4 gram fiber dalam setiap hidangan

A high-fiber diet can lower your caloric intake without making you feel deprived. Women who ate 13 g of fiber or less per day were five times as likely to be overweight as those who ate more fiber

Fiber mampu merendah nafsu untuk memakan kerana ianya memerlukan kita lebih banyak mengunyah, mempercepatkan proses makanan untuk sampai ke digestive tract dan juga mampu untuk merangsang satiety hormones.

Untuk mendapatkan 25 gram fiber sehari, pastikan anda memakan 6 kali meals atau snacks, yang setiapnya mengandungi 4 gram fiber.Untuk to-go snacks, buy fruits, it's handier than vegetables, so lebih mudah untuk anda menambah pengambilan fiber.

One large apple has just as much fiber (5 g) as a cup of raw broccoli.


Tips sudah ada. Maka mari berusaha untuk kurus. hehehe.. Mari kurus sebelum cuti kerana cuti nanti pasti anda akan makan tidak ingat dunia almaklumlah pulang ke kampung halaman, sudah pasti makanan-makanan yang lazat terhidang di atas meja makan. Mari rakan-rakan. Berdiet dengan cara yang mudah yang pastinya cara yang sihat.


Till then, wassalam

Sup Sayur Campur dan Roti Telur

Labels:

0


Assalamualaikun wbt...

Malam ini tidak terasa mahu makan sesuatu yang berat. Tambahan pula 'mak' dan 'kak long' tiada di rumah. Cuma tinggal adik E. Mood makan merundum terus. Mahu makan simple-simple dan yang pasti resepi campak-campak...

Sup Sayur Campur

Bahan-bahan
250g bunga kobis
6 biji cendawan butang
1/2 biji lada benggala
5/6 ulas bawang putih
2 batang sosej (dipotong nipis secara serong)
1 sudu teh pati ayam
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit tepung jagung (untuk memekatkan sup)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak
1. Tumis bawang putih
2. Setelah naik bau masukkan bunga kobis. Goreng sedikit layu. Masukkan air
3. Masukkan sosej. Masak sehingga mendidih
4. Masukkan pati ayam dan garam secukupnya
5. Masukkan tepung jagung (tambah jika mahu pekat)
6.Masukkah cendawan. Biarkan selama 3minit.
7. Tutup api dan taburkan lada benggala.

Siap untuk dihidang


Sup sayur campur...


*Lobak juga boleh ditambah di dalam sup ini atau apa-apa sahaja sayur yang anda suka :P


Roti telur

Bahan-bahan
7 keping roti
2 biji telur
Sedikit keju
Sedikit lada hitam
Secubit garam

Cara membuatnya
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
2. Masukkan sedikit garam, lada hitam dan keju yang telah dihaluskan
3. Masukkan roti. Ratakan telur pada permukaan roti
4. Masak menggunakan kuali rata (api sederhana)

Siap sedia untuk dimakan


Roti telur...



Resepi mudah untuk orang kurang rajin macam Cik Kz. Selamat mencuba. Selamat menjamu selera.

Till then, wassalam

Exam is Over

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, exam sudah pun berakhir. Kepenatan sepanjang 7 hari exam ( 6 hari exam berturut-turut) masih lagi terasa. Berakhir dengan praktikal Commed yang alhamdulillah tidak terlalu stress.

Sudah lama tidak menghubungi mak. Menghalang diri untuk tidak call. Fokus diberikan untuk menghadapi exam kali ini. Dan alhamdulillah keluarga di kampung mengerti akan perjuangan diri ini. Memahami kenapa anak di rantauan tidak menghubungi rumah seperti selalu. Paling tidak 2 hari sekali pasti nombor mak akan didail. Kali ini harus nekad. Harus jihad hati. Perasaan rindu harus dilawan. Alhamdulillah berjaya

1 jam perbualan bersama mak, Along dan adik-adik cukup membuatkan diri ini rasa bahagia. Terubat juga rindu di hati. Perkembangan pelajaran disampaikan. Kisah-kisah sepanjang exam juga dikongsi. Tidak lupa hot-hot stories dirumah selama seminggu yang diperam disampaikan. hehehe..

Banyak yang terjadi. Namun, alhamdulillah segalanya baik-baik belaka. Dengar kata Along mahu merisik kekasihnya. Bila tarikh dan masanya belum diputuskan lagi. Mak guna sudah memberi green light untuk Cik Kz dirisik..hahaha.. Siapakah yang berani merisik itu??? jeng..jeng jeng...Hanya tawa sahaja yang mengisi perbualan persoalan mak ketika itu.

Malam ini sesi berehat sahaja. Tutup buku buat sementara waktu. Mahu rehat minda. Juga mahu merehatkan badan yang amat keletihan. Panda eye sudah bermaharajalela. Maka, harus dihilangkan dengan mendapat tidur yang secukupnya. Tidur yang efektif itu lebih penting. Hati ini juga mahu berehat. Penat dek kerana terseksa. Maaf hati.

Esok, kelas bermula seperti biasa. Tiada istilah cuti di sini. Harus terus belajar dan belajar. Tambahan pula sekarang fasa ketiga dalam pengajian. Perlu pengorbanan yang teramat-amat sangat. Semester hadapan lebih berganda-ganda pengorbanan diperlukan. Moga dikuatkan hati ini. Juga hatimu.

Mohon maaf pada hati yang terluka dek kerana diri ini yang bersikap selfish. Mohon secebis pengertian dari hati itu. Namun, jika hati itu tidak mampu lagi menanti dengan rela, redha dan ikhlasnya diri ini melepaskan pergi. Moga diberikan yang terbaik. Sayang itu bukan pada perbuatan atau kata-kata. Perlu juga pada pengertian di mana dua hati saling memahami dan mengerti antara satu sama lain. Menerima segala baik buruknya. Menjadi pelengkap, perisai dan pakaian yang melindungi diri antara satu sama lain. Itulah kunci pada sebuah kebahagian dalam perhubungan.

Masa untuk berehat.
Tokyo Dogs.. here we go... :)
Pengisian rohani jangan dilupa ya..

Oh ya.
Final 15 March ya.. 1 bulan lagi
Harus terus berusaha juga..
Cuti pun lagi 6 minggu..hehehe...

Mohon yang terbaik
Buat diri..
Buat keluarga...
Buat sahabat dan teman...
Buat mereka..
dan...
Buat kamu...
Yang sangat disayangi....

Till then, wassalam

Last practical...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Today I'll be having my final practical's exam
Community Medicine
Sunggu banyak yang perlu dibaca
Case study..Spotters...
Aduhai..

Dengan hati yang rasa sedikit tension
Not only because the exam
But it is because of the offline messages that I got
Sangat mengganggu hati
Juga konsentrasi

Harus fokus pada exam
Buat masa sekarang,
Harap lebih memahami
Terima kasih.

Till then, wassalam

Kuih Kasturi

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Petang ini Cik Kz terasa seperti mahu makan kuih tradisional. Di dapur ada kacang hijau, kelapa parut juga ada. Terasa seperti mahu makan kuih kasturi (kuih kacang) pula. Tambahan, housemates Cik Kz pun ada menyatakan hajat yang sama. Jom zoom resepi...

Bahan-bahan
A.Untuk kuih
1. 400g kacang hijau
2. 1 1/2 cawan tepung gandum
3. 1 cawan biji kelapa (diparut)
4. 1 cawan gula halus (atau mengikut tahap kemanisan masing-masing)
5. 1 sudu tepung jagung
6. Secubit garam

B. Tepung goreng
1. 1 cawan tepung gandum
2. 1/3 cawan tepung beras
3. Sedikit garam
4. Air secukupnya

Cara-cara
1. Rebus kacang hijau sehingga empuk 2. Masukkah kelapa parut, gula dan garam. Gaul sehingga rata
3. Masukkah tepung jagung dan gaul
4. Masukkah tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata
5. Tutup api dan biarkan adunan sejuk
6. Bentukkan adunan menjadi bentuk bulat yang leper (boleh diubah mengikut kreativiti masing-masing)

Adunan yang telah siap dibentuk

Untuk membuat tepung goreng:
1. Campurkan kesemua bahan
2. Gaul sehingga rata (jika mahu blend pun ok juga. Lebih cepat)


Cara memasak
1.Celupkan adunan tadi (yang telah dibentuk) ke dalam tepung goreng
2.Goreng sehingga kekuningan

Mudah kan??

Gambar selepas kuih siap digoreng tidak sempat diambil (siap masak masuk dalam mulut terlebih dahulu). Alhamdulillah dapat hantar sedikit kuih ke rumah Ija sambil bermain-main dengan Aryan. Oh ya, Aryan sudah besar. Semakin comel dan ber'semangat' (mak cakap budak kecik kita jangan cakap gemuk tapi kita cakap semangat) :)

Baiklah harus merehatkan diri. Baru selesai menonton filem Pisau Cukur bersama Cik Seti. Gelak sakan kami..Baiklah..time to sleep..

Till then, wassalam

Exams' story...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah
I almost done with the exams..
4 papers + 2 practicals done
1 more to go
6 days in a row exams was very (super duper) tiring for me..
And alhamdulillah I manage to go all through of them..

I was very tired
And I had slept for almost 18 hours (qada' tidurnyer pasal)
From 3pm (pas habis exam ophthal practical) till 9am (today)
Just wake up to take a bath, eating (sangat tidak efektif)
and meet Him
Thats all.
Sorry my dear friends
I can't help myself to have a chat with you
I'm very very tired
Sorry once again...

Just one more exam.
I hope I'll survive.
Then I can have a short break
Oh no!!..
Still got class to attend.. aiyaa... (O_@!)
Life is so hethic rite now..
What to do??
Just go with the flow...hmm...

Final is just around the corner
Not more than a month left...
Hope my friends and I will success
Tidak mahu ambil supplement examination
Especially Commed yang sangat bertimbun itu..

Ya Allah,
Guide us
Help us
Amin ya Rabb......

Till then, wassalam...

(T_T!)

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

2.20am
Masih berjaga
Pagi nanti (9am)
Paper II Community Medicine menanti
Topiknya
Lebih berbakul-bakul dari semalam
Soalan?
Sudah pasti lebih susah
Kerahan otak diperlukan
Berjuang hingga ke ATP yang terakhir


Dalam hati yang berbaur
Sedih
Tidak tenang
Hanya pada Dia sahaja kumohon
Sebuah kekuatan
Dan juga
Keikhlasan
Pada tiap bait yang dilafazkan
Juga
Pada tiap perbuatan yang dilakukan
Mohon sangat-sangat ya Allah
Amin ya Rabb.....


Ujian hati ketika musim peperiksaan amat menyakitkan. Namun itulah yang menjadi rencah pada sebuah kematangan... :)

Exam Strikes Again.. (@_o!)

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...


2.20am (local time), and I still awake.
Revising the Community Medicine which is a very dry subject (for me).
So many topics to be covered.
And till now I have'nt finish it.
Aiyarkk..
The exam is at 9am
Paper 1 Community Medicine
Comprises almost 9 topics (semuanya banyak kena baca)
6 days of exams in a row (baru je 3rd Internal Assesment belum final lagi)
Aigoo....~~~~

Dear Allah,
Please help me,
Give me strength to fight
For this battle
Please guide me ya Rabb..
and for my friends (7th term)
Good luck and all the best
Chaiyok!!!!!!

Till then, wassalam..