Assalamualaikum wbt...
Menarik bukan topik dan di atas? Ini adalah petikan daripada artikel yang saya baca beberapa hari yang lalu. Tergerak hati untuk berkongsi dengan rakan-rakan semua (yang membaca blog ini)
Semua orang (kebanyakannya) mengimpikan untuk tampil cantik, berbadan ramping. Kurus. Mungkin artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian (termasuk saya) dalam proses untuk menguruskan badan.
1.NEAT
Ini adalah singkatan kepada Non-exercise Activity Thermogenesis. Ianya berkait rapat dengan metabolisma. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang melakukan pergerakan kaki semasa duduk, banyak berdiri dan berjalan mampu membakar lebih 350 kalori sehari jika dibandingkan dengan mereka yang hanya duduk sahaja. Ini bersamaan lebih kurang 37 pound setahun. Banyak tu. Jadi rakan-rakan, mari kita 'tap' kaki semasa kita duduk ya. Untung-untung bolehlah kuruskan sedikit badan kita ni. hehehe...
2. Kawal pemakanan
Pastikan anda mengawal pemakanan anda. Pastikan setiap juadah makanan yang diambil tidak melebihi 400 kalori. Makan sekerap mungkin tetapi pada kuantiti yang sedikit. Corak pemakanan begini ada kaitan rapat dengan kadar metabolisma, lebih banyak kalori dibakar, dan juga merendahkan kadar kolesterol (fasting cholesterol level) di dalam badan. Apabila makan lebih kerap tetapi kuantiti sedikit, anda tidak merasa terlalu lemah akibat berdiet. Diet tanpa rasa sakit bukankah itu lebih menyeronokkan??
3. Kerapkan bersenam
Bersenam di sini tidaklah sampai perlu ke gimnasium, berlari keliling taman sehingga 5-6 pusingan. Tingkatkan kadar aktiviti anda. Elakkan daripada duduk sahaja atau tidur. Lakukan aktiviti seperti berjalan kaki, bersiar-siar. Biarkan badan anda berpeluh.
4. Minum 8 gelas air sehari

Ini adalah vitalnya. Haruslah rajinkan diri untuk meminum air (plain water) sebanyak gelas sehari. Air bukan sahaka penghilang dahaga malam boleh mempercepatkan metabolisama badan. Penyelidik German mendapati dengan meminum air sejuk sebanyak 8 gelas sehari mampu menaikkan kadar metabolisma sehingga 30% dan kesan ini berlarutan sehingga 90 minit. 1/3 adalah kerana proses di dalam badan untuk memanaskan air tersebut dan selebihnya adalah proses penyerapan air. Dengan meminum air anda sebenarnya tidak menambah kalori sebaliknya anda menggunakan kalori. Nah, sangat menarik. Dan ada lagi satu fakta menarik yang ingin dikongsi:
Increasing water consumption to eight glasses per day may help you lose about 8 pounds in a year
Jadi, mari minum air sebelum mengambil makanan atau sebelum mengambil jus atau minuman manis.
5. Turun-naik tangga
Aktiviti mudah ini juga mampu membuat anda kurus. Ini kerana badan anda bergerak melawan graviti, maka lebih banyak tenaga diperlukan. Maka lebih banyak kalori dibakar.
6. Dumbbells
Tidak perlu bersusah payah mencari dumbbells. Ada cara yang lebih mudah. Gunakan grocery bags anda sebagai dumbbells (jimat kos). Ini mampu membakar kalori juga.
"Carry your groceries, balanced with a bag in each hand, even if you have to make several trips And pack two smaller suitcases instead of one big one, so you can carry them yourself."
Mari rakan-rakan kita cuba aktiviti ini. Bukan sahaja boleh kurus malah boleh membina otot di tangan. :P
7. 4 gram fiber dalam setiap hidangan
A high-fiber diet can lower your caloric intake without making you feel deprived. Women who ate 13 g of fiber or less per day were five times as likely to be overweight as those who ate more fiber
Fiber mampu merendah nafsu untuk memakan kerana ianya memerlukan kita lebih banyak mengunyah, mempercepatkan proses makanan untuk sampai ke digestive tract dan juga mampu untuk merangsang satiety hormones.
Untuk mendapatkan 25 gram fiber sehari, pastikan anda memakan 6 kali meals atau snacks, yang setiapnya mengandungi 4 gram fiber.Untuk to-go snacks, buy fruits, it's handier than vegetables, so lebih mudah untuk anda menambah pengambilan fiber.
One large apple has just as much fiber (5 g) as a cup of raw broccoli.
Tips sudah ada. Maka mari berusaha untuk kurus. hehehe.. Mari kurus sebelum cuti kerana cuti nanti pasti anda akan makan tidak ingat dunia almaklumlah pulang ke kampung halaman, sudah pasti makanan-makanan yang lazat terhidang di atas meja makan. Mari rakan-rakan. Berdiet dengan cara yang mudah yang pastinya cara yang sihat.
Till then, wassalam
0 Response to "7 Cara Mudah untuk Kurus"
Post a Comment