Sup Sayur Campur dan Roti Telur

Labels:

0


Assalamualaikun wbt...

Malam ini tidak terasa mahu makan sesuatu yang berat. Tambahan pula 'mak' dan 'kak long' tiada di rumah. Cuma tinggal adik E. Mood makan merundum terus. Mahu makan simple-simple dan yang pasti resepi campak-campak...

Sup Sayur Campur

Bahan-bahan
250g bunga kobis
6 biji cendawan butang
1/2 biji lada benggala
5/6 ulas bawang putih
2 batang sosej (dipotong nipis secara serong)
1 sudu teh pati ayam
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit tepung jagung (untuk memekatkan sup)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak
1. Tumis bawang putih
2. Setelah naik bau masukkan bunga kobis. Goreng sedikit layu. Masukkan air
3. Masukkan sosej. Masak sehingga mendidih
4. Masukkan pati ayam dan garam secukupnya
5. Masukkan tepung jagung (tambah jika mahu pekat)
6.Masukkah cendawan. Biarkan selama 3minit.
7. Tutup api dan taburkan lada benggala.

Siap untuk dihidang


Sup sayur campur...


*Lobak juga boleh ditambah di dalam sup ini atau apa-apa sahaja sayur yang anda suka :P


Roti telur

Bahan-bahan
7 keping roti
2 biji telur
Sedikit keju
Sedikit lada hitam
Secubit garam

Cara membuatnya
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
2. Masukkan sedikit garam, lada hitam dan keju yang telah dihaluskan
3. Masukkan roti. Ratakan telur pada permukaan roti
4. Masak menggunakan kuali rata (api sederhana)

Siap sedia untuk dimakan


Roti telur...



Resepi mudah untuk orang kurang rajin macam Cik Kz. Selamat mencuba. Selamat menjamu selera.

Till then, wassalam

0 Response to "Sup Sayur Campur dan Roti Telur"

Post a Comment