Kuih Kasturi
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt...
Petang ini Cik Kz terasa seperti mahu makan kuih tradisional. Di dapur ada kacang hijau, kelapa parut juga ada. Terasa seperti mahu makan kuih kasturi (kuih kacang) pula. Tambahan, housemates Cik Kz pun ada menyatakan hajat yang sama. Jom zoom resepi...
Bahan-bahan
A.Untuk kuih
1. 400g kacang hijau
2. 1 1/2 cawan tepung gandum
3. 1 cawan biji kelapa (diparut)
4. 1 cawan gula halus (atau mengikut tahap kemanisan masing-masing)
5. 1 sudu tepung jagung
6. Secubit garam
B. Tepung goreng
1. 1 cawan tepung gandum
2. 1/3 cawan tepung beras
3. Sedikit garam
4. Air secukupnya
Cara-cara
1. Rebus kacang hijau sehingga empuk 2. Masukkah kelapa parut, gula dan garam. Gaul sehingga rata
3. Masukkah tepung jagung dan gaul
4. Masukkah tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata
5. Tutup api dan biarkan adunan sejuk
6. Bentukkan adunan menjadi bentuk bulat yang leper (boleh diubah mengikut kreativiti masing-masing)
Adunan yang telah siap dibentuk
1. Campurkan kesemua bahan
2. Gaul sehingga rata (jika mahu blend pun ok juga. Lebih cepat)
Cara memasak
1.Celupkan adunan tadi (yang telah dibentuk) ke dalam tepung goreng
2.Goreng sehingga kekuningan
Mudah kan??
Gambar selepas kuih siap digoreng tidak sempat diambil (siap masak masuk dalam mulut terlebih dahulu). Alhamdulillah dapat hantar sedikit kuih ke rumah Ija sambil bermain-main dengan Aryan. Oh ya, Aryan sudah besar. Semakin comel dan ber'semangat' (mak cakap budak kecik kita jangan cakap gemuk tapi kita cakap semangat) :)
Baiklah harus merehatkan diri. Baru selesai menonton filem Pisau Cukur bersama Cik Seti. Gelak sakan kami..Baiklah..time to sleep..
Till then, wassalam


0 Response to "Kuih Kasturi"
Post a Comment