Assalamualaikum wbt...
Hari ini terbaca satu artikel menarik daripada Kosmo Online. Artikel sebenar boleh di baca di sini. Sangat tertarik dengan tajuknya. Tanda lelaki tidak mahu komitmen. Terpanggil untuk memberi ulasan berdasarkan pandangan Cik Kz sendiri.
1. Suka mengelak
Jika pasangan anda suka mengelak, samada memperkatakan tentang hala tuju perhubungan atau perkahwinan atau apa sahaja yang berkaitan dengan hubungan tersebut, itu tandanya dia tidak berminat untuk memberi komitmen terhadap hubungan tersebut. Mengelak boleh jadi tidak mahu berterus terang atau mungkin tidak mahu memperkatakan tentang soal tersebut, menukar tajuk perbualan termasuk juga mendiamkan diri.
Komen :
Ya, Cik Kz setuju dengan pandangan ini. Bagi Cik Kz apalah gunanya sebuah hubungan kalau soal masa depan perhubungan itu tidak dibincangkan. Apakah matlamat hubungan tersebut? Jika sekadar suka-suka maka komitmen tidak diperlukan. Jika mahu ke jinjang pelamin maka komitmen itu perlu hadir.
Ramai tidak berani memberi komitmen dek kerana tidak pasti dengan kehendak sendiri. Mahu tetapi takut. Mahu tetapi tidak mahu. Mahu ada hubungan tetapi tidak mahu memikirkan masa depan. Mungkin kerana membayangkan tanggungjawab yang menanti itu terlalu besar. Maka sikap pengecut itu menguasai diri.
2. Memberi alasan
Individu yang tidak mahu memberi komitmen akan mudah memberi alasan apabila diajukan persoalan atau perbincangan mengenai hubungan bersamanya...
Komen:
Berjuta-juta alasan akan diberikan. Jika diajak berkahwin alasan tidak punya cukup wang akan diberikan. Diajak berjumpa alasan sibuk dengan kerjaya, tiada masa dek kerana kerja di pejabat yang menimbun. Alasan lebih menarik takut. Common lame reason that being used for those who fall in love through internet (cinta siber). Afraid to meet their partner as they thought their partner won't like them (or vice versa) plus the reason that he got no time to meet is also a ridiculos reason.
Selama mana mahu bercinta tanpa bersua muka. Jangan berbincang atau bermimpi untuk menjejak pelamin jika rupa sebenar (budi pekerti) pasangan itu tidak diketahui. Buktikan keikhlasan hati. Kesungguhan diri. Wanita itu mudah memahami jika anda bertindak untuk difahami. We're not complex creature as many man thought we are. Alasan demi alasan akan membuatkan hubungan itu hambar. Umpama makanan tiada garamnya. Kurang rencahnya.
3. Mencari salah pasangan
Ada ketika mereka yang tidak mahu komitmen ini akan sengaja mencari malah mereka-reka kesalahan pasangan mereka...
Komen:
Individu ini gemar mencipta alasan di mana daripada alasan tersebut maka akan timbul peluang untuk mencari salah pasangan mereka. Sebagai contoh. Bila diajak bertemu diberi alasan sibuk. Pabila pasangan tersebut mula merajuk maka dikatakan tidak memahami, mendesak lantas timbullah pergaduhan.
A simpe thing as a small meeting can lead to a huge war (macam perang dunia). Sometimes those individu makes their partner feel guilty for not understand his condition, works or even himself. Maka kaum ini akan mengambil kesempatan atas rasa bersalah tersebut dengan membuat keputusan untuk memutuskan hubungan tersebut. So nonsense. Kalau mahu putus cakap sahaja mahu putus. Jangan ditimbulkan rasa bersalah pada pasangan itu, jangan mencipta salah kerana itu perbuatan paling teruk. Menimbulkan kesan di hati. Berbekas-bekas!
4.Tidak memberikan kerjasama
Mereka mungkin mengaku akan melakukan sesuatu yang dihajati oleh pasangan mereka tetapi akhirnya pengakuan tinggal pengakuan dan hajat pasangan akan dibiarkan sahaja tanpa sebarang perlaksanaan...
Komen:
Lelaki memang suka menabur janji. Perbagai janji dicurah tanda kasih, berjuta janji dicipta untuk menunjukkan rasa sayang. Namun, banyak omong kosong dari isinya. Janji tinggal janji. Akhirnya derita yang menjadi hadiah paling 'bermakna' bagi pasangan tersebut. Tidak semua begitu tetapi kebanyakannya adalah seumpama demikian. Perlukan seorang wanita mempercayai janji seorang lelaki???
5. Sukar dihubungi
Selalunya mereka akan bertindak mendiamkan diri, tidak akan menghubungi anda kecuali dihubingi dan ada ketikanya tidak melayani panggilan anda..
Komen:
Situasi ini seringkali terjadi. Alasan yang acap kali diberi adalah sibuk, sibuk, sibuk. Kerja bertimbun-timbun di pejabat, masalah dengan kerja, rakan sekerja, bos yang cerewet dan menekan, masalah dengan klien dan berlemon-lemon lagi alasan yang so lame and lapuk dek zaman. Bila tidak memahami dimarahi. Oh lelaki, mengapa kalian bersikap demikian.
Namun, ada juga masanya mereka sibuk dengan tugasan kerja. Maka haruslah pasangan itu menjadi lebih memahami. Tetapi jangan pula kaum lelaki mengambil mudah, melepas tangan. Ada kala wanita itu mahu perhatian sebagaimana kalian mahukan perhatian dari pasangan kalian. Bertolak ansur itu yang lebih baik juga memahami. Besar konsepnya itu.
6. Tiada komunikasi
Mereka bersikap menafikan sebarang bentuk komunikasi dengan anda. Komunikasi bukan sahaja wujud dalam bentuk perbualan sebaliknya juga melalui bahasa tubuh iaitu sikap, perlakuan malah mimik muka...
Komen:
Komunikasi dua hala amat penting dalam mewujudkan dalam sebuah perhubungan. Jika perhubungan hanya satu hala ini akan menimbulkan rasa bosan pada diri pasangan tersebut. Hubungan jadi hambar. Pabila lelaki menidakkan komunikasi ianya seolah-olah menolak pasangan tersebut. Mungkin secara lumrahnya perempuan itu lebih banyak bicaranya, lebih gemar meluahkan rasa melalui bicara janganlah pula kaum lelaki itu bertindak melarikan diri, mengelak komunikasi dek kerana alasan mulut pasangannya umpama murai tercabut ekor, ada sahaja omelan yang keluar.
Perlu diingatkan, wanita pabila ada masalah mereka lebih gemar bercerita tetapi bukanlah bertujuan untuk meminta sebuah penyelesaian tetapi itu adalah cara mereka untuk meluahkan rasa hati. Komunikasi yang baik akan membuat anda lebih memahami pasangan anda. Hubungan jadi harmoni dan insya Allah akan berkekalan.
Tulisan ini adalah cetusan idea yang lahirnya dari pembacaan, dari pemerhatian dan dari kisah sebenar Cik Kz sendiri dan sahabat handai Cik Kz. Tidak menujukan secara khusus kepada sesiapa, hanya secara umumnya sahaja tangan ini menaip melahirkan segara rasa di hati. Biarpun pahit menelan segala rasa tapi Cik Kz lega kerana dapat meluahkan apa yang terbuku. Mohon berjuta kemaafan andai ada yang tajam bahasanya, menusuk di dada, menjadi luka di hati. Cik Kz bukan bersifat sexism kerana Cik Kz akui ada juga silapnya itu datang dari kalangan kaum wanita itu sendiri.
Bila Cik Kz sudah beremosi inilah jadinya. Maaf.
Till then, wassalam...