Hari ini....

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Hari ini agak penat bagi diri ini. 'Mak' rumah G22 kini telah berpindah keluar. Mahu berdikari. Teratak barunya begitu hampir dengan kolej. Alhamdulillah, ada pelajar Malaysia di sana. Maka kami selaku 'anak-anak' tidaklah begitu risau. Urusan memindahkan barang berjalan dengan lancar. Jam 4 petang tadi segalanya telah selesai dan rumah siap dikemas.

Oh ya, semalam hari lahir Kak Long aka Cik Khalidah (dipanggil Khalid). Sambutan secara kecil-kecilan bersama teman rapat. Pelbagai menu disediakan antaranya pulut bersama daging masak hitam manis, pizza (oleh pasangan Ija dan Zaki), cheesecake (Asz dan Ann), muffins (by Laila dan Ainul), keropok lekor, mee kari (gabungan hebat Cik E dan Cik Seti). Meriah kan? hehehe. Gambar lupa pula ditangkap (Cik Kz lupa tapi Cik Wani tidak lupa.hehehe ). Resepi akan dikongsi bersama pabila gambar ada ya (tunggu Wani upload gambar dulu).

Terima kasih buat semua. Buat diri Cik Kz bahagia. Moga semua bahagia sebagaimana bahagia yang diingini. Dunia juga akhirat.. :)

Till then. wassalam..

0 Response to "Hari ini...."

Post a Comment