Hari Minggu - Ketam Masak Lemak Cili Api

Labels:

0


Assalamualaikum wbt..

Salam hujung minggu. Hari ini tidak tahu mahu buat apa. Kerja-kerja rumah seperti mendobi pakaian dan kemas bilik telah selesai. Teringatkan blog yang hampir bersawang ni maka tangan ini laju menaip. Ini masak lemak ketam yang dibuat pada hari Khamis tempoh hari. Ke pasar pada pagi tersebut dan terjumpa ketam bunga yang fresh.

Jom review resepi simple ini.

Bahan-bahan
1. 1 kg ketam
2. 2 labu bawang besar (dikisar)
3. 5/6 biji cili hijau/padi - dikisar/ditumbuk-(terpulang pada tahap kepedasan yang diingini)
4. 3/4 ulas bawang putih
5. 1 kotak santan pekat
6. 1 batang serai
7. 1/2 inchi kunyit hidup (ditumbuk halus)/ 1 sudu serbuk kunyit
8. 1 kepiang asam gelugor
9. Garam, gula dan pati ayam secukup rasa.




Cara memasak
1. Bersihkan ketam.
2. Masukkan bawang dan lada yang telah dikisar serta kunyit hidup ke dalam periuk. Masukkan santan cair. Panaskan di atas api sehingga menggelegak.
3. Masukkan ketam dan ratakan. Masukkan asam gelugor dan serai. Masak selama 20 minit.
4. Kemudian masukkan santan pekat. Masukkan garam. gula dan pati ayam secukup rasa. Masak sehingga ketam benar-benar masak. Siap sedia untuk dihidang.



Resepi mudah campak-campak. Cik Kz tidak menumis bawang terlebih dahulu (masak secara tumis lebih lama. ye ker? suka-suki sahaja). Kononnya mahu makan sebelum ke kelas petang itu. Namun usai memasak Cik Kz tertidur (ditambah blackout). Sedar-sedar sudah tidak banyak masa untuk ke hospital. Maka, jadilah menu untuk dinner kami. Makan bersama sayur goreng kicap. Sedap. Oh ya, makan orang tidak pernah makan ketam sahaja. 1 kg petang habis dimakan oleh Cik Kz dan Cik Seti. Dasyat kan? hehehe..

Hari minggu yang damai. Tidak kedengaran suara orang 'tempe' bernyanyi seperti kelazimanannya. Mahu keluar tidak rajin. Mahu tidur dan tidur dan tidur. hahaha.

Oh ye, sakit perut sebab makan mee goreng yang amat pedas. Siapa suruh sesuka hati meletak cili api banyak-banyak. Padan muka diri sendiri. hahaha

Minggu depan exam end posting OBG. Mungkin adalah lebih baik study berbanding tidur. So, go bye to my dearest-lovely-warming bed. Jangan melambai-lambai dan menggoda Cik Kz. Ada perang yang belum terlaksana.

Till then, wassalam...

note: teringin makan sotong sumbat yang dijanjikan oleh Cik Seti..mana ni...

0 Response to "Hari Minggu - Ketam Masak Lemak Cili Api"

Post a Comment