Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Short Escape Sabah Bah!!!

Labels: ,

1


Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah Cik Kz berkesempatan berjaulah ke negeri di bawah bayu pada hujung minggu lepas. Bertolak via AirAsia (tiket beli since early january if i'm not mistaken and it cost only rm198 for return tix). Bertolak ke KL sejurus selesai oncall (balik rumah sempat breakfast, mandi and packing then straight away to pekeliling). Di KL, Cik Kz dijemput oleh Cik Ainun then kami bertolak ke LCCT. It has been about 2years Cik Kz tak jejak kaki ke LCCT or KLIA which means since Cik Kz habis study. Tak pernah fly ke mana-mana. Sedih skit kot...

 Departure at about 3pm which is 30minutes late from the schedule time and alhamdulillah arrived at terminal 2 KKIA at aroun 6pm. Dijemput oleh Cik Seti dan rakan-rakan.. :)

tiket Cik Kz!!

view from my seat... 

safely landed... :)

Cik Kz tak spend masa with Cik Seti that night as she is oncall. So kawan-kawan Cik Seti bawa kami makan-makan di Warung Cikgu di Inanam. Then, kami ke 1Borneo cuci mata (window shopping) and buy some ingredients/ stuff for cooking esok harinya. Cik Seti requested for nasi lemak and donut.  

rumah beso at Cik Seti's home...siapa punya rumah ler tu

donut... gambar nasi lomak takda..ngap dulu before sempat snap gambar

For first day (on 29/9/13), initially we plan for island hoping. Nak melawat 3 buah pulau kononnya. But then since everyone still tired and managed to get out from house at about 12pm and reach at Jesselton dengan hujan sudah mencurah, maka hasrat dilupakan as tukang bawa boat cakap bahaya if go there at that time. So change of plan. Ke Kudat kami pergi hokeyh!! hahaa... 

Tip of Borneo...nice place..nice view..nice scenery..macam-macamlah nicenyer. Kalau tak tau mana kedudukan tip of borneo boleh rujuk kat gambar bawah nih. Tak nampak gak sila besarkan gambar ok! hehee.. 

ihsan pakcik google...

view dari atas..ihsan pakcik google... 

Gambar di bawah semuanya di ambil semasa di tip of borneo tu yer. Actually memang seharian habiskan masa kat kudat and only at tip of borneo je pun. Bila kat sana dah tak terasa nak gi tempat lain pun. So tenang. Memang relax habislah.. 

from gazebo..stop by to eat sandwiches.. 

di celahan pokok... 

monumen tip of Borneo...

pantai...cannnnnnnnnntttttttttttikkkkkkkkk

cantiiiiiiiiiikkkkkkkkkkk lagi.....

Memang super duper cantik. Subhanallah... memang terpesona Cik Kz. Kami bertolak pulang before maghrib. Makan-makan di restoran di Kudat but kecewa skit sebab tak dapat makan makanan laut sebab banyak ikan dah habis apatah lagi sotong mahupun udang atau ketam. Makan lauk biasa-biasa aja. One more thing new info yang Cik Kz baru tau most of stesen minyak di area Kudat tutup by 8pm. So, after this if nak travel by 8pm make sure tank minyak penuh yer. Kat KK tak yah risau memang ada bukak. hehee

On day 2, Cik Kz and Cik Ainun drive sendiri ke Kundasang. We take turn. A bit mencabar sebab banyak naik and turun bukit but alhamdulillah berjaya sampai. Misinya adalah mencari dairy farm somewhere in Mesilou. So we stop by at National Kinabalu Park and took some pictures. Nice view juga hokeyh kat sini. Boleh pengsan. 

There gunung kinabalu ditutupi kabus yang macam ising cupcake.. :)

Then kami berjalan di sekitar gerai menjual sayur-sayuran di Kundasang. Ok, cameron highland memang lagi banyak pilihan and way cheaper. But Cik Kz rasa harga di sini memang murah untuk orang tempatan. Kami tak membeli belah sekadar mencuci mata. Then meneruskan usaha kami menjejak dairy farm... 

sayur-sayuran... 

kundasang...

By the way, kami memang tersesat beberapa kali. Sebab tak tahu kat mana tempat tu and information dapat salah. GPS pun hampeh. Waze dan Sygic memang tak membantu. Yang membantu of course local people. There so helpful. After tersesat barat beberapa kali (actually pusing kat tempat sama), alhamdulillah kami berjaya sampai.. 

on the way ke dairy farm..masa ni tengah sesat..hahaha

Untuk cari dairy farm ni make sure dari national park just go staright. then about 8-7km you will reach kundasang and ada small round about just take left. Memang nampak jalan tu menuju ke kawasan gunung kinabalu and nampak scenery cantik. Then go straight until u passed by 2 bridges. Pastu time ni kena make buka mata luas skit. Ada sign board dairy farm (kat sign board tu tak tulis arah mana) just terpacak kat atas bukit di jalan bercabang, amik left which is naik bukit yang jalan off road then u'll reach your destination. 


First view that you'll see adalah seperti di atas. Subhanallah super duper cantik. Hijau! Gunung Kinabalu yang sangat cantik. Terpegun kami seketika. Memang berbaloi sesat kami dan berbaloi kesabaran kami. Alhamdulillah... 

at dairy farm... 

cows..cows say moooo..........

another nice view from dairy farm... 

sesi memerah susu.... :)

lembu-lembu beratur take turn..hehe

Hi!!!! :)

Before pulang, beli air kotak susu dulu. Ya Allah super sedap, marvellous hokeyh! Terbaik dari ladang. Rasa a bit kesal sebab beli sekotak. Initially takut tak sedap skali sedap pulak. haish...Kenang rasa di lidah je la..hahaha.. Malam tu kami makan di gerai ikan bakar gi sekitar Pasar Besar dekat yang monumen Todak di KK 

sempat jalan-jalan tengok ikan bakar di Pasar Filipina... 

mutiara..brooch...... 

makan malam besooooooooooo

lagi makan..............

Before pulang ke rumah kami di bawa ke view point. Tengok bandar KK dari atas bukit di waktu malam. Agak simbolik sebab last night. meaning towards the end of our holiday.. 

nice view

KK at night...

Cik Kz pulang ke KL on 1/10/2013 dengan seribu kenangan yang berharga. Alhamdulillah, it wasn't only a trip or short escape. I'm happy to see my bestie doing well there. Hope she enjoy her stay and her job there. As for Cik Kz, kerja harus diteruskan. Cuti sampai end of this week but i'll be busy with training like cam tak cuti je kan. hahaha.. 

Ok, till then. End of long entry with lots of pictures. 

Wassalam..

Kisah Hati

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Sesambil study ni jom layan lagu ni sat...
Sadisnyer song but lirik best...
Boleh menang AJL ni.. hehehe...

Selamat mendengar!

Till then, wassalam.. :)

Menjemput Bidadari

Labels: , ,

0



Assalamualaikum wbt.....

A piece of song yang Cik Kz rasa nak share 
It's a song yang Cik Kz used to listen years ago..
But then few days ni hati Cik Kz meronta nak dengar semula lagu ni..
Dulu ada dalam lappy (including the instrumentalia version)
Tapi since dah kena format hilang semua lagu...

Enjoy the song..
Melody as well as the lyrics below...


Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

note: rasa sedih.....well.. harap belum terlambat... 

Salam Ramadhan

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

pic credit to pakcik google and iluvislam..

Ramadhan datang lagi
Mari berusaha untuk beramal 
dan menghayati Ramadhan kali ini
Moga beroleh barakah dan redha-Nya

Selamat Menyambut Ramadha Al-Mubarak
Selamat berpuasa
Selamat berterawih
Selamat Beramal!!

till then, wassalam... :)

Happy Doctor's Day..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...


MBBS has been chosen as the TOUGHEST course among all the courses including BCOM, Bca,MBA, IAS, IPS n ENGINEERING; by the Guinnes Book of World Recrds, on 18 MAY 2011. It has 64 university exams + 130 series exams + 174 assignments within 5.5 years (max 1000 working dys). 
Happy Doctors Day
*petikan ayat di FB*

Hari ini sambutan Hari Doktor di sini (tempat lain ada yang sambut on 30 March)

Di kesempatan ini 
Cik Kz ingin mengucapkan Selamat Hari Doktor
Buat semua doktor-doktor di dunia ini

Teruskan berkhidmat tanpa jemu
Seikhlas yang mungkin

Fighthing!!!! :D

till then, wassalam.. :)

Alangkah Bagus Jika...

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt.....

Sudah lama Cik Kz fikir tentang hal. If a doctor especially female doctor yang kena masuk OT (operation theater) di Malaysia surely she has to remove her scarf rite? Boleh pakai the headcover yang not fully cover the neck kan?

Well, probably Cik Kz mungkin tidak berapa nak pasti dengan keadaan semasa di Malaysia but as far as Cik Kz dapat info from my friends masih tiada lagi baju OT yang disediakan ada tudung sekali bersama baju tersebut.

Rasa syukur pula di sini bila mana pihak hospital concern bout this issue. Even though hospital yang Cik Kz sedang buat intern sekarang (dan study ni) is a mitionary hospital that belongs to Christian Community, they look this issue seriously (bukan mahu puji lebih). Bila pihak student mencadangkan disediakan tudung and proper OT gown for female students mereka menerima baik usul tersebut and siap minta students design how OT gown we need and they will make that for us.

Cik Kz in the OT gown...

nampak manis dan selesa je kan.. :)

Syukur alhamdulillah, rasa sekarang kalau nak masuk OT tidak lagi reluctant or refuse. Kepala, leher semua tertutup and lengan baju labuh sampai ke pergelangan tangan. Aurat terjaga kan?

Hopefully nanti all hospitals in Malaysia akan ada proper OT gown for all muslimah doctors. Bukan hanya di private or pusat perubatan Islam but also di hospital kerajaan. We need to find suppliers for that and I bet it is much more easier to do so in Malaysia kan. Kita kan negara Islam tak gitu???

Till then, wassalam.. :)

note: rasa mahu buka butik/kedai jahit specialist in muslimah clothing including OT gown for muslimah docs... :)

I Stalk Your Profile

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Again another song yang Cik Kz suka dengar..

I stalk your blog profile hehehe...
Jom dengar... 


Till then, wassalam.. :)

note: suka juga dengar suara Tharwana yang husky itu..nice one la.. :)

Selamat Hari Bapa

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt.....

Di kesempatan ini, 
Cik Kz ingin mengucapkan ....

pic credit to pakcik google...

buat semua abah, baba, abi, papa, daddy, bapak 
di seluruh dunia
tidak kira apa juga panggilannya....

to Abah...


You're the greatest man in our family....
sangat penyabar dengan kerenah anak-anak yang sangat bemacam-macam....
moga abah sentiasa gembira dan sihat selalu
sejahtera 
bahagia dunia dan akhirat.....

Lots of LOVE....

till then, wassalam...

note: tiba-tiba rindu.....waaa....nak balik!!!!

Selamat Hari Guru...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

pic credit to pak cik google.. 

SELAMAT HARI GURU 
buat semua guru di dunia...

Special thanks to cikgu-cikgu dan lecturers di
SK Bandar Mentakab, SRKTP (Baling), SKTL (Temerloh)
SMKA Al-Khairiah, MRSM MZMS , MRSM Jasin...
UTM, KMNS, KYUEM
IMS of MSU...

juga buat rakan-rakan yang menjadi 'cikgu' dalam hidup Cik Kz..
(banyak belajar daripada kamu semua juga)

last but not least...

Mak and Abah...
cikgu terbaik di dunia..cikgu terawal yang mengajar Cik Kz

Thanks semuaaaaaaaaaaaaaaaaa........ :)

till then...wassalam.... :)

Selamat Hari Ibu

Labels:

1


Assalamualaikum wbt...

Bila tiba hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei pasti orang ramai berebut-rebut mahu wish Selamat Hari Ibu kan???

So, Cik Kz pun mahu ambil kesempatan untuk mengucapkan :


SELAMAT HARI IBU

buat semua ibu di seluruh dunia
tak kira apa juga panggilannya
umi, mama, ma, mak, emak, mummy, ibu, induk...etc....
gelaran itu tetap membawa satu makna 
ditujukan kepada insan yang mengandungkan kita selama 9 bulan

Mak, 
you're the best
terbaik antara yang terbaik...
cintamu membawa ke syurga...
amin...

note: harapnya sekeping hati itu mampu dilembutkan..doa..doa dan terus berdoa..

Tak Suka

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......... Cik Kz cukup tak suka (sangat-sangat tak suka) kalau ada yang cakap macam ni kat Cik Kz: 
1. Awak tu doktor, saya ni orang biasa. manakan enggang boleh terbang dengan pipit. kena ukur baju pada badan sendiri. 
2. Awak tu lah jual mahal sebab kita ni orang biasa je. mana mahu kawan dengan kita
3. saya tak layak dengan awak miss doktor..
4. nanti orang kutuk saya bila saya kawan dengan doktor sebab doktor mana standard kawan dengan orang biasa ni. 

memang Cik Kz akan buang hati macam tu bila dengar ayat-ayat atas dari golongan adam..

Rasanya bukan sekali kot kena macam tu. BENCI!. Hambek. Emosi tak pasal-pasal Cik Kz hari ini. Kalau Cik Kz sendiri tidak memilih kawan, tak memilih dengan siapa Cik Kz mahu berkawan (tak kisah darjat, standard, kerjaya, education level), boleh tak jangan sesekali jatuhkan hukuman yang Cik Kz macam tu. Sakit hati ok!!!!! 

Kalau macam tu alamatnya la kan, semua doktor dalam dunia ni kena kawan dengan doktor sahaja. Tak perlu jadi all rounded ya kawan-kawan. Nanti kita berborak semua kena hal medic sahaja (nanti orang kata borak pasal lain tak berilmu pulak! ngengssssssssssss!! )

Baiklah, orang kata marah-marah or sakit hati jangan tulis banyak-banyak nanti boleh jadi sewel. Off now. Rehat dengan dengar ayat-Nya lagi ada bagus. 

Hak masing-masing untuk bercakap tapi bukan hak masing-masing untuk jatuhkan hukuman ke atas orang lain..

Till then, wassalam..  :(

Random Day dan Isu HO Tidak Cekap

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt....

Sepatutnya rasa best bila kelas petang tiada. But lama-lama Cik Kz rasa a bit bosan. Bila di rumah mulalah mahu makan. Lepas makan mulalah mengantuk. Selak 1-2 pages buku mulalah menguap bagai. Bila dan menguap mulalah berangkat ke katil, tarik comforter dan zzzz... My typical activities when there is no class.

Cik Kz is thinking about going to the hospital doing some extra works/posting. Boleh cover up my attendance and yet of course gain more and more knowledge plus the experience. Sekarang kan sudah ada isu yang doktor (graduated from overseas) kurang kemahiran (pratical) semasa housemanship. Yes, I have to admit that was so true. But not all and not everything HO tak tahu. 

Let say, freshie from mana-mana universiti juga bila hari pertama mula kerja pasti ada cacat celanya. Ada salah sana sini. But, day by day, he/she will learn and improve his/herself. Same goes with the doctors. Ya, memang doktor harus cekap but we must remember doktor itu manusia. Pasti ada darah gemuruh melanda. Dalam hati: Oh this patient's life is in my hand (cuak kot!)

Perlu diingatkan juga, tidak semua universiti di luar negara ini membolehkan student hands on patient. Cik Kz bertuah kerana di sini (India) memang mudah untuk Cik Kz hands on patient. Nak pegang patient senang. Buat examination semua boleh. But in Ireland situasi itu berbeza. Students are not allowed to touch the patient. Thats explain why some HO lack of clinical experience and having lots of troubles during the housemanship. 

The other thing. I admit sometimes doktor pun pelupa. Perlu ingat doktor itu manusia. Bukan robot. Kapasiti otaknya masih sama seperti manusia lain. Pasti ada sikap lupa juga. Cuma lupa itu memang tidak boleh banyak. Cik Kz geram bila Cik Kz berada di situasi begini: 

A : Kalau saya dapat x-ray tu pun bukan saya boleh baca pun. Awak ya lah sebab awak kan nak jadi doc
Me : hehehe. kalau saya dapat boleh saya study x-ray tu. Tengok apa line management sesuai. Check buku nak tengok further details
A : wah , itu pun nak kena bukak buku ker. Kalau lah patient tu dah nazak, nanti boleh lak awak cakap, jap ye encik saya nk bukak buku jap ye
Me : takda la. bukan semua benda saya boleh ingat lagi sekarang ini. kalau saya tahu alhamdulillah. kalau tak tahu kenalah rujuk buku kan, rujuk other doctors. betul tak? takdalah bodoh sombong bajet tahu semua benda. pastu menyusahkan semua orang.  

Hambek beliau. cesss.. Bukan alasan untuk Cik Kz escape or bajet tak tahu or rasa tak bersalah. But Cik Kz rasa kalau tak tahu baik admit sahaja tak tahu. Janganlah bodoh sombong dan kemudiannya menyusahkan orang lain. Betul tak? Setuju tak??? Same goes with the HO. Ada masalah baru sekarang HO kurang rajin bertanya and merasakan diri itu sangat hebat. Bodoh sombong mengalahkan MO. Harap Cik Kz tak jadi macam tulah nanti ya..

Baiklah. enough cerita pasal itu. Dinner tadi Cik Kz makan ala barat lagi (hahaha). Apalah kemaruk sungguh. Mesti kes garlic bread. Penangan sehingga ke hari ni masih mahu makan ala western. Bukan Cik Kz mahu jadi orang barat ye cuma selera sahaja begitu.


Cik Kz masak ayam bakar (perap dengan perahan air limau, oregano, basil, bawang putih yang ditumbuk, garam dan sedikit kunyit), ada baked broccoli, baked mushroom, coeslow, potato wedges and pepper and garlic souce. Lengkap dinner Cik Kz. Baru makan seketul ayam sudah penuh. But misi Cik Kz tak mahu simpan makanan yang dimasak so Cik Kz gagahkan diri untuk habiskan juga lagi seketul ayam tu. Rasa ayam bakar tu best. Rasa unik. Boleh buat lagi lepas ni. 

Baiklah. Cik Kz kononnya mahu buat short entri sahaja malam ni but end up dengan entri terlebih sudah. hehehe. Harus melelapkan diri. Esok posting ada presentation. 

Till then, wassalam.. :)

Tips Untuk Backpackers...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Wah, bila masa pula tiap kali entri ada rumusan ini. But Cik Kz rasa ada perlu rumusan dilakukan dan diselitkan dengan panduan or tips untuk berjaulah di India terutama sekiranya jaulah itu dibuat sendiri (sendiri punya plan)

Baiklah, ini panduan-panduan yang boleh Cik Kz kongsi bersama lebih valid untuk travel around India or mungkin juga boleh diguna pakai untuk travel ke mana-mana sahaja around the world.

1. Sebaiknya book sendiri tiket untuk tiap perjalanan anda (tiket flight) sebab bila beli sendiri adalah lebih murah jika dibandingkan dengan membeli di travel agent. Based on survey Cik Kz, harga yang ditawarkan oleh pihak travel agent adalah Rs2000 lebih mahal jika kita beli sendiri tiket itu.

2. Seboleh-bolehnya, book tiket anda awal paling kurang 2 bulan sebelum tarik journey kerana ianya adalah jauh lebih murah. 

3. Book hotel sendiri. Untuk bagi mereka yang mahu travel around Delhi, bolehlah menempah hotel sekitar Karol Bagh kerana kawasan ini hampir dengan bandar New Delhi dan juga tidak terlalu jauh daripada airport. Rate pula adalah jauh murah dan berbaloi-baloi

4. Pastikan untuk kereta yang ingin digunakan sepanjang perjalanan dibook dari car rental bukan daripada travel agent kerana harganya adalah sangat murah. Untuk perjalanan tempoh hari (Delhi-Shimla-Delhi-Agra selama 7 hari perjalanan bagi 4 orang dengan menaiki kereta Innova) jumlahnya cuma Rs21400 sahaja compare kalau book dengan travel agent hargnya adalah Rs30 000. Jauh berbeza sungguh. 

5. Bawalah segala produk makanan segera e.g: maggie, mamee, milo 3 in 1, nescafe 3 in 1 dan juga bisku, roti, segala sambal dan rendang kerana makanan tersebut adalah pembekal tenaga anda. Bukan apa, takut kelaparan sepanjang perjalanan kerana bila berjalan jauh kita ada tendency untuk munching food selalu tambah kalau ke tempat yang sejuk

6. Bawalah pakaian (baju, seluar, tudung, anak tudung etc..) secukupnya. Tidak kurang dan tidak lebih. Lebih hanya memberatkan bag (tidak sesuai bagi mereka yang melakukan aktiviti bagpackers). Kasut juga haruslah yang bersesuaian. Nanti ada pula kes melecet sebab kasut tak best mahu pakai.

7. Duit. Harus secukupnya untuk shoppping ole-ole dan makan serta membayar segala perbelanjaan transport dan accomodation. 

So, setakat itu sahaja panduan dan tips dari Cik Kz. For those yang berhajat mahu travel ke Delhi dan mahu rent car Cik Kz suggest untuk call no ini : +919868331917 (Ammar- the Driver) or +919873675505 (Mr Anil). They provide the best rate for car rent in Delhi.

Thats all.. Penat menaip... hahaha...

Rumusan dari jaulah tersebut: best , tak cukup masa dan rindu. Rindu untuk berjaulah bersama sahabat. Perjalanan yang tenang tanpa stress dan yang pasti mengeratkan silaturrahim sesama kami. alhamdulillah.. :)

Till then, wassalam...

note: 2 bulan lagi mahu pulang..wehewww.........

Innalillah

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Salam takziah buat keluarga super senior Cik Kz di Lembah Beringin

Berakhirnya penderitaan arwah melawan cancer

Moga mendapat ketenangan di sana.. 

Moga ditempatkan bersama golongan para soleh dan solihin...

amin...

note: al-fatihah.... 

Selamat Hari Malaysia

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Tanggal 16 September 1963 merupakan hari bersejarah buat negara Malaysia di mana pada hari tersebut, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah disatukan menjadi sebuah negara yang dinamakan Malaysia.
Tanah Melayu

+

Sabah

+

Sarawak

+

Singapura

=

Malaysia


Ini adalah Malaysia pada tahun 1963 sebelum Singapura mengambil langkah untuk berpisah dari gagasan Malaysia pada tahun 1965 atas sebab-sebab tertentu. Sebelum penubuhan Malaysia banyak usaha perlu dilakukan dan suruhanjaya ditubuhkan. Survey dilakukan. Oh sejarah. Amatlah Cik Kz suka subjek tersebut ketika di zaman sekolah dahulu.. :)

Doa Cik Kz, moga Malaysia sentiasa aman damai dan semua rakyatnya akan sentiasa bersatu padu untuk menjaga keharmonian Malaysia. Jangan berbalah. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.. :)

note: pic credit to yahoo image...