Showing posts with label Ramadhan 1431. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 1431. Show all posts

Ikan Pari Bakar

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah setelah mengidam teringin sangat-sangat (dah lama pendam keinginan) nak makan ikan pari finally Cik Kz berjaya juga membeli ikan pari di pasar. yay!. heeee.... Alhamdulillah. Mula-mula terfikir mahu buat asam pedas sure marvellousnya lah but then tuka buat bakar je (kita bako je!!!!). Jom tengok resepi ikan pari bakar ni. Resepi untuk perap yang Cik Kz suka hati campak itu ini :)

Bahan-bahan
1/2 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kari
Garam, gula secukupnya

Cara membuat
1. Basuh ikan pari sebersihnya. Kelar sedikit di bahagian isi ikan. Rendam seketika dengan air bersama asam keping dan tuskan. 
2.Kisarkan segala bahan di atas (campur semua sekali harung)
2. Masukkan ikan pari ke dalam bekas/mangkuk dan masukkan bahan kisaran. Gaul sebati. Perap selama 2-3 jam.
4. Alaskan frying pan dengan daun pisang. Letakkan sedikit minyak dan letak ikan pari. Bakar sehingga ikan masak. 

Enak dimakan bersama air asam atau sambal kicap. Memang meletoppsssssssss

Alhamdulillah. blurpp. Rezeki untuk hari ini. Cik Kz makan bersama air asam. Sedap hingga menjilat jari. Kenyang. Lama tak makan nasi. hehehe. Ada baki separuh ikan. Cik Kz ingatkan isinya sedikit sekali ya Allah alhamdulillah boleh tahan banyak juga. Kenyang kami berdua. Esok boleh sambung makan lagi tapi kali ini bersama dengan sambal kicap pula. 

Baiklah semua. Ramadhan kian hampir. Apa persiapan kita ye????

Till then, wassalam.. :)

Diari Ramadhan 28

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, Cik Kz sudah selamat tiba di rumah. Malam tadi singgah di rumah makcik di Shah Alam. Penat sungguh. Sampai dalam jam 3 pagi terus berjaga hingga ke sahur dalam keadaan yang mamai-mamai dan mata tidak mampu terbuka. Sesudah subuh terus tidur hingga ke pagi.

Cik Kz sedang bersiap-siap (sesambil update blog) untuk menghantar Cik Seti ke bandar. Cik Seti ikut Cik Kz sama balik kali ini and from here Cik Seti akan pulang ke kampung halamannya. Moga dipermudahkan urusan.

Baiklah, nanti Cik Kz update lagi.

Till then, wassalam.. :)

Diari Ramadhan 27

Labels:

2


Assalamualaikum wbt

Cik Kz now is on the way going back to Malaysia

Moga dipermudahkan perjalanan Cik Kz nanti

seronot..woot..woot... :P

Till then, wassalam... :)

Diari Ramadhan 26

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Yay!!! Mood balik raya bergelumang dalam diri Cik Kz. Hari ini Cik Kz bersemangat untuk berkemas-kemas. Banyak kali packing then unpack balik semula barang. Tak tahu mahu bawa balik barang apa. Mahu guna kotak yang mana satu.


Tak banyak yang Cik Kz bawa pulang kali ini. Cik Kz dijangka sampai lewat tengah malam esok. Then stay sekejap di rumah makcik sebelum pulang ke rumah.

Ini short entri sebabnya Cik Kz perlu settlekan urusan mengemas hari ini juga pluss kena kemas bilik so that tidak berserabut.

Till then, wassalam.. :)

Diari Ramadhan 25

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah Cik Kz sudah stabil. Tak meroyan dah. hahaha. Funny lak terasa bila jadi macam tu. Back to normal situation.

Hari ini lengai sedikit. Pagi duduk di rumah sahaja. Usai zohor baru Cik Kz keluar ke Bel Road. Hunting for barang-barang untuk bawa pulang. Ada lagi 2 eh 3 barang yang tidak dibeli. Itu akan diurusakan pada hari esok selepas kelas

Sayur di dalam peti berjaya diclearkan. Makan besar kami hari ini walaupun menu simple but penuh meja. Macam-macam ada. hahaha. Hendak kosongkan petilah katakan.

Cik Kz harus bertungkus lumus menyiapkan log book malam ini kerana kawan Cik Kz mahu pinjam sebagai rujukan (dia tak balik raya). So, just a short update untuk diari hari ini.

Till then, wassalam.. :)

Diari Ramadhan 24

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah selesai sudah exam dental pagi tadi. Lama sungguh menanti untuk exam praktikal. Everything went well. Hope to get markah yang mantap-mantap (hahaha... berangan!).

Oh ya, Cik Kz sudah mula mengemas barang untuk pulang. Yay!. Banyak lagi barang yang tidak dibeli. Esok baru mulakan operasi mencari barang but sampai tengah hari sahaja limitnya sebab petangnya Cik Kz ada projek dengan Cik Seti. Kena siapkan request orang. huhuhu.

So kalau ikutkan checklist ni banyak lagi barang-barang yang tidak dibeli termasuklah lada benggala dan buah delima. Sini murah sikit berbanding di Malaysia and kebetulan mak Cik Kz tersangat-sangat sukakan keduanya. And this time Cik Kz tidak perlu membawa pulang beras beriyani yang super duper lazat itu kerana stok di rumah tersangatlah banyak (akibat mak Cik Kz sayang sangat nak guna beras tu). Jimat berat beg. hahaha. But ada pula request baru iaitu the Taj Mahal yang super duper wangi dan harum serta sedap itu.

Operasi bermula esok upto tengah hari Selasa. Petangnya Cik Kz akan pulang. Yay! 3 hari lagi. Sungguh tak sabar beraya di kampung. Balik kampung..oo.. balik kampung..oo.. balik kampung hati girang. Jangan jeles ye :P

Till then, wassalam... :)

Diari Ramadhan 23

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Dear Diari.. erkkk.. hahaha... (tak betul sekejap sorry). Baiklah. Hari ini Cik Kz ke hospital lebih awal dari biasa. Katanya ada spotter untuk exam esok. Habis dalam masa 20 minit then bergegas ke surau untuk berehat (hehehe). Then kembali semula ke OPD untuk sesi demonstrasi. Habis awal posting (yay!).

Kelas hari ini alhamdulillah semuanya ok, senang masuk and faham. Cepat juga kelas habis (alhamdulillah walaupun yang mengajar adalah Dr, Jyothi..hihih). So, balik rumah. hmm.. stress kejap (sikit). Then Cik Kz terus memasak for iftar.

menu iftar...

Cik Kz sempat buat kek pisang. Kali ini Cik Kz cuba bakar menggunakan microwave oven. Alhamdulillah menjadi. Naik mengembang. Seriau Cik Kz tengok. Takut tertumpah keluar dari bekas je. Tapi alhamdulillah semuanya ok. Lebih spongy (oh sangat suka!) dan rasanya tidaklah terlalu manis (berbaloi letak 1/3 cawan gula sahaja).


Tengok, tak sempat keluar dari bekas lagi Cik Kz dah hentam masa berbuka. Elok-elok sejuk masa berbuka terus ngap masuk mulut. Oh ya 1/4 kek itu hanya dimakan oleh Cik Kz seorang sahaja. Yes, Cik Kz memang hantu kek pisang and kek coklat juga. Bagi kek pisang or kek coklat boleh buat mood Cik Kz happy.. lalala...

tekstur yang sangatlah spongy.. rasa sayang nak makan..hahaha

Malam ini Cik Kz revise topic untuk exam esok. Boleh baca spotter part sahaja. Buku Cik Kz tiada. Notes dalam kelas pun Cik Kz tiada (sebab power point banyak gambar dari notes). So alamatnya study guna internet search thru wikipedialah gamaknya. Haruslah berusaha. Exam yang simple (kata Dr. Abey). Simple mana itu tidak pasti tapi confirm tak simple-simple.

Oh ya, lagi ermm.. kira jap.. 4 hari Cik Kz mahu pulang. Yay! Beraya di kampung itu sangatlah best. hahaha.. Opss.. Jangan marah kepada mereka yang tidak pulang beraya di kampung. Jangan dengar lagu raya banyak-banyak sangat ye. Nanti sebak, sedih dan pilu pula.. :P

Till then, wassalam.. :)

Diari Ramadhan 21

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Hari ini Cik Kz ke Commissioner Office yang terletak di Embassy Road untuk memperbaharui RP Cik Kz. Agak kelam kabut kerana Cik Kz dapat tahu (pagi tersebut) bonafide certificate sudah boleh diambil di kolej. Tetapi bila sampai di kolej kesengalan melanda. Bonafide belum lagi diprint out and the person in charge pula baru lepas kena marah dengan Prof Sudha so expected la that he showed some kesengalan.

So, Cik Kz dan rakan-rakan tunggu sehingga jam 10.30am barulah bonafide certificate tu berjaya kami peroleh itupun setelah kami sendiri yang menghantar cert itu pada Prof. Sudha kalau ditunggu confirm jam 11 belum tentu kami dapat.

Then, we all went to the Commissioner Office. Ada a small problem sedikit when they asked for eligibility certificate (macam-macam). Cert apa itu pun kami tidak faham so we all decided to tell then admission letter and the enquiry letter itu adalah eligibility cert. Dengan muka kesian kami berharap agak application diterima. Kalau tak diterima memang tidak boleh balik minggu depan. Alhamdulillah that process (to get a token) settled. Then tunggu masa untuk dipanggil ke dalam office. Ramai orang potong line!!!! Sabar je la. Kami kena tahan masa cuba untuk potong line. Susah betul bila dah dicop oleh orang office semuanya sebabkan hhmmm.. tak mau cakap lebih. Banyak version. Yang pasti sengal!!!

Nasib baiklah petang tu juga boleh dapat RP so we went to Commersial Street for prayar. Sempat snap a few pictures inside and outside the mosque. Then jalan sekejap di sekitar but tak bermood mahu beli apa-apa pluss Cik Kz tak bawa duit lebih pun. Cukup-cukup untuk buat bayar minyak skuter je.

View from second floor of the mosque...

Pandang kiri ada kuil daa...

This is what we call as bazar ramadhan in India

Proses membeli-belah.. lots of fruits and samosas...

Then ada problem lain pula terjadi. Banyak sungguh dugaan terjadi dalam proses membuat RP ni. Harap my dear friend sangat-sangat bersabar. I knew you was shocked and stress. Kami juga berperasaan yang sama. So we went back to the office to take the RP and again kami punya RP belum siap lagi! Again kena hold sebab officer tak sign lagi.

Oh bila dapat pula it just double entry and for Cik Kz RP valid upto 8 March 2011. Aduhai, kena renew lagi nanti, kena hadapi kesengalan lagi. Kami semua diam walaupun dalam hati sangat tidak berpuas hati. Tak mahu timbul kekecohan nanti menyusahkan the others yang akan datang renew day after.

Then Cik Kz pulang ke rumah dahulu. The other dearies went back to Commersial Street to settle the problem. Hmm.. nak ikut jugak but then nanti takda orang bawa balik skuter pula. So I went back first and follow up their progress with the hope semuanya berjalan dengan lancar.

Sampai rumah Cik Kz solat asar, tunggu maghrib sekejap then berbuka dengan air masak then terus zzzz. Sedar balik jam 11 malam itupun dengan mamai-mamai lagi. Cik Kz masak dan makan bersama Cik Ilhami. Simple dish (will post that recepi after this). Makan bersama-sama then bersembang-sembang walaupun masing-masing mata memang sudah sangat layu.

Alhamdulillah semua problem settle. Memang sangat penat. Ke hulu ke hilir. Uruskan semuanya. But alhamdulillah bila semua sudah settle rasa lega. Setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya yang penting perlu bersabar.

Baiklah. Cik Kz mahu sahur. Just a milo dengan beberapa keping biskut Hup Seng. Cukuplah untuk bertahan sepanjang hari ini tambah keletihan yang super duper confirm I'll not attend the class tomorrow. Penat and rasa sengal badan. Mahu rehat dan berbaring di atas katil sahaja...

Till then, wassalam.. :)

note: it is advisable not to visit India for more than 14 days or else you will face lots of kesengalan...huhuhu...

Diari Ramadhan 20

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Penatnya Cik Kz hari ini. Sebelum itu Cik Kz mahu wish Selamat Hari Kebangsaan yang ke-53 buat semua warganegara Malaysia tak kira di mana sahaja anda berada (erk..skemanya ayat kan)

Mari Cik Kz mahu bercerita tentang potluck yang diadakan di rumah Cik Kz. Potluck ini adalah antara batchmates Cik Kz (B2). Banyak menu yang disediakan. Jom kita zoom pada gambar-gambar tersebut.. :)

puding custard and air tebu..sedap dap dap....

apple pie yang super delicious...

puding pelangi.. sedap dap dap...

the nyummy nasi goreng belacan...

bila segala kuih-muih disatukan..banyak tu.. (including puteri ayu and seri muka)

our main dish...ayam percik, nasi goreng belacan, laksa kelantan and soto..

bekalan untuk ditapau balik versi 1...

first round (after maghrib)..

ayam percik close up..

menu moreh... (versi menapau 2)..

dah clear dah semuanya..alhamdulillah...

Selamat Berpuasa dan Salam Aidilfitri dari kami IMS Pioneer B2...

Alhamdulillah kekenyangan dan kepenatan. Cik Kz sangat kelam kabut untuk memasak. Lambat pulang dari berjumpa dentist. Oh ya, Cik Kz sudah bebas. No more braces..yay!!! Alhamdulillah...

Hari yang bahagia dan best. Batchmates bersatu kembali dan kami boleh mesra serta bergelak ketawa. Surely our posting will be lots of fun after this..

Baiklah, masa untuk mengemas rumah semua. Perlu mencuci pinggan mangkuk dan menyapu sampah..

Till then, wassalam.. :)

Diari Ramadhan 19

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah hari ini kelas agak ringan. Tak terasa berat dan lebih santai. Senang sahaja ilmu itu diserap masuk. Untuk hari ini Cik Kz berbuka dengan makaroni goreng sahaja. Banyak Cik Kz masak dan makan. Makan sambil pandang kiri kanan tup-tup dah habis semuanya. Apa lagi kekenyangan dan senak perutlah Cik Kz.


Cik Kz masih tidak dapat membuat permit. Amat risau kerana hanya 1 minggu lagi tempoh yang Cik Kz ada sebelum Cik Kz pulang ke Pahang. Kalau tiada RP tersebut memang confirm tersangkut di airport and at the end Cik Kz terpaksa beraya di sini (tak best kot!!!).

Doakan Cik Kz dan rakan-rakan ya. Moga dipermudahkan segala urusan kami. Kami mahu pulang beraya di kampung halaman. sob..sob..sob...

Esok ada potluck di rumah Cik Kz. Potluck ini sesama batchmate posting Cik Kz. Menu yang Cik Kz kena buat akan Cik Kz kongsi resepinya esok. Jadi, tunggu.... hehehe... :P

Baiklah, haruslah Cik Kz beransur untuk merehatkan diri sekejap. Akan bersambung di kemudian masa ya.

Till then, wassalam.. :)

Diari Ramadhan 18

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah. Sekarang sudah hampir ke 10 malam terakhir. Harus meningkatkan segala usaha. 10 hari je lagi. Dah tak banyak masa yang tinggal. Usaha!!!!!

Baiklah, semalam Cik Kz banyak rehat di rumah sebelah paginya. Letih lagi disebabkan operasi jalan-jalan pada hari sebelumnya. Petangnya ke Namdhari dan pasar untuk membeli bahan-bahan projek memasak hari ini. Alhamdulillah we managed to get all groceries and vegetables that we need.

So here is our menu for iftar: Nasi Kerabu. Nyummy. Alhamdulillah. Sudah lama teringin nak makan nasi kerabu ini and the best is Cik Kz makan nasi setelah almost 5 months tak menjamah nasi. Boleh pula Cik Kz bertanya pada housemate and Cik Seti : Nasi ini ada berubah rasa ke tak ye. Habis kena bantai gelak dengan mereka.

The homemade nasi kerabu for iftar.. :)

Alhamdulillah 1 daripada 3 projek yang dirancang berjaya dilaksanakan. 2 lagi probably tidak akan terlaksana (rasanyalah) disebabkan kesuntukan masa dan tenaga kerja serta kekurangan kemahiran dalam perlaksanaan (ayat yang penuh dengan keskemaan..)

Malamnya tidak ke surau. Hujan lebat sangat. Kalau dulu surau di apartment yang sama mudah sedikit untuk bergerak sebab takkan basah ditimpa hujan. Makanya nafsi-nafsi sahajalah. Janji kita laksanakan. Betul tak?

Baiklah, untuk resepi nasi kerabu tersebut Cik Kz akan publish dalam next entri. Kalau taip di sini alamatnya memang panjang habislah entri ni nanti.

Till then, wassalam.. :)

Diari Ramadhan 17

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Penatnya Cik Kz rasa sekarang ni. Hari ini penuh aktiviti. Ke sana dan ke sini. Merata-rata Cik Kz, Cik Seti dan Cik Ilhami pergi. Our journey begins with.. (tengok gambar ajalah ya. Cik Kz kurang bertenaga untuk menaip. hahaha)..

Brigade Road. Hajat untuk membeli tiket flight. Cancel. Kedekut orang di situ. Perlu cari Miss Amisha lah macam ni... Oh itu Levis terbesar di Brigade Road. Sudah 4 tahun di sini baru kali ini Cik Kz snap gambar show roomnya.. hehehe...

Off to Garuda Mall for iftar di Kobe. Makan sizzlers. Nyummylicious sangat-sangat...

Cik Kz makan Schezwan Steak with cheese and garlic souce.. sedap bangat!!!

Side view of the dish...Banyak sayur tu..suka..suka..suka... :P

If nak makan sizzlers it's better to put it onto a small plate so that takdalah terasa panas sangat and can happily eating the meal.. sedapnyer...see banyak kan sayurnya. fresh gitu. memang best sangat-sangat...

Here comes the last part. Sesi membayar bill. Not bad untuk makan-makan 3 orang campur dengan air dan puding caramel yang sangat manis itu and takda tax. yay!!!

The Indian Money. Abaikan rupa yang kurang comel pada duit tersebut. Duit di India memang macam tu. Kalau tak buruk or ada contengan itu tidak sah ya. So jangan risau kot terfikir tak laku ke duit tu tapi sebenarnya yang bercontengan itu lebih laku (lebih original katanya) compare dengan yang bersih dan suci dari sebarang kotoran or contengan...

Things that they bought. Cik Kz gi makan and jalan-jalan sahaja.

Sebelum sampai rumah singgah di Coffee Day di New Bell Road terlebih dahulu. Minum hot Cappucina (gambar di atas) untuk memanaskan badan. Rehat selama 30 minit. Kepenatan akibat kesesatan jalan. Boleh sampai ke KR Road-Chickpet-Mantri Mall. hahaha jauh kot..sejuk lak tu... Balik tak nampak jalan main belasah ikut suka suki hati nasib baik sempat kembali ke pangkal jalan... lalala..

Caffe latte ordered by Cik Ilhami. Nice barista (erk) Bunga tulip yang dah terlebih kembang kot..

Close up. Ada rupa tulip tak????

All in all Cik Kz sangat gumbira boleh keluar jalan-jalan bersama teman baik Cik Kz. Tak lama lagi mahu pulang and by the time confirm masing-masing busy and can't spend time together. Tambah-tambah musim raya ni kan.

Baiklah, mata Cik Kz memang kuyu tahap dewa. Haruslah merehatkan diri. Penat berjalan pun tak habis lagi. Will update my blog later..

Till then, wassalam... :)

Nuzul Al-Quran

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Har ini 17 Ramadhan adalah merupakan Nuzul Al-Quran dalam erti kata lain hari di mana al-Quran itu diturunkan. As we all know, al-Quran itu merupakan mukjizat terbesar bagi junjungan Nabi Muhammad s.a.w. So, Cik Kz mahu share sedikit info yang Cik Kz tahu tentang hari tersebut hasil bacaan Cik Kz dari website ini . Mari baca bersama.. :)

-------------------****************------------------

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar
Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati Nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

-------------------*******************-----------------

Till then, wassalam.. :)

Diari Ramadhan 16

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Lambat lagi Cik Kz update blog hari ini. Seperti kebiasaannya..hehehe.. Baiklah, ada berita gembira melanda Cik Kz baru-baru ini. But berita tersebut masih lagi dalam keadaan 'rumors' but Cik Kz berharap agar ianya adalah benar so that I can spend more and more time with my family. Apa dia berita tersebut, let it remains as a secret until that moment comes..


Untuk iftar hari ini menu simple sahaja. Order shawarma from Casino Hotel Restoran. Seperti yang dikatakan memang shawarma dari restoran ini adalah yang terbaik. Sedap sangat-sangat. Kenyang tidak terkira. Harus dicuba kalau sampai ke Bangalore ini.

Chicken shawarma yang sangat yummilicious...

Hari ini tidak call mak Cik Kz. But Cik Kz amat berharap apa yang mak Cik Kz katakan pada Cik Kz semalam adalah sekadar gurauan di malam hari. Seram sejuk bila fikirkan kembali. Tapi kalau itu yang terbaik Cik Kz terima sahaja. Jeng..jeng..jeng.. hahahaha....shhh....rahsia ni.. :P

Esok ada kelas dental pagi-pagi hari. Bertukar jadual dengan rakan Cik Kz. Then Cik Kz free sekejap sahaja sebelum sambung posting balik dan seterusnya dengan seminar. Ada lagi 3 minggu kemudian tibalah giliran Cik Kz membentangkan topic Cik Kz iaitu tentang Tuberculosis. Probably Cik Kz akan share some info bout that disease later on ya.

Baiklah. Harus merehatkan diri yang sudah terlebih rehat. Kena rehat juga. Banyak-banyak sebab badan Cik Kz bukan betul-betul ok lagi. Tak seimbang dengan betul-betul lagi. Cik Kz will continue update the blog later ya.

Till then, wassalam.. :)

Diari Ramadhan 15

Labels:

0


Assalamualaikum wbt.....

Mari kita teruskan diari Ramadhan Rafiq eh Cik Kz dengan cerita yang tak pasti best atau tidak. hehehe. Ok. Untuk hari ini Cik Kz memang blurr pagi-pagi sebab kurang cukup tidur (tidur tak berapa lena). But, di hospital Cik Kz berjaya berjaga dan membuka mata dengan seluas-luasnya.

On the way ke hospital Cik Kz sempat bersms dengan mak Cik Kz. Mulanya mahu call but mak Cik Kz tak angkat call pula. So sambung dengan sms sahajalah... 

Mak: Nape cik kak
Mak: Call la skg. Jap agi nak gi kedai
Cik Kz: tak rindu saya ker? Jap lagi pas 1jam angah call. Kena gi spital dah ni
Mak: Ari ni mak kena buat roti jala RM +++ oiii...
Cik Kz: hahaha. selamat berusaha!!! :P

Kesian mak Cik Kz. Confirm melompat-melompat terkejar-kejar untuk siapkan order untuk moreh itu. Ini mesti kes abah Cik Kz ambil order or kes mak Cik Kz tak sanggup nak tolak order (untuk orang bermoreh memang mak Cik Kz tak sampai hati untuk cakap NO). Confirm abah and Wani kena tolong buat kerja. hahaha. Menjalalah mereka petang nanti. lalala.. 

Di OPD dental tadi ada kes menarik iaitu scalling of tartar. Tartar deposition terjadi disebabkan oleh poor hygiene. So rakan-rakan semua haruslah kita menjaga kebersihan gigi kita. Sangat teruk condition patient tadi. Itupun kata Dr.Dinesh sudah terkawal bleedingnya. Inflammation of gum pun sudah berkurangan. Teruk. Jadi peringatan untuk Cik Kz juga.

As for iftar, Cik Kz masakkan ikan bakar yang almost nak rentung. hahaha. Leka bersembang sampai tak teringat ikan di dapur. But tak rentung pun. Rupa je lebih macam nak rentung. Cik Kz sumbat dengan inti kuih cucur badak semalam. Ada lebih tak baik membazir. Hajat asal hendak buat pulut panggang tapi tak terbeli daun pisang pula.

Ikan bakar rentung opss..

Makan bersama sambal kicap. Oh sedapnya. Ada sayur-sayur yang sangat banyak sebab perlu menghabiskan stok sayur. Lama sungguh Cik Kz tak masak sayur. Banyak dibuang saja sayur dalam peti tu. Then, ada keledek goreng. Mewah berbuka semalam. Itu semua rezeki-Nya. Alhamdulillah syukur.
Cik Kz calling-calling mak Cik Kz semalam. Lama bercakap. Lebih kurang 1jam 30minit. Macam-macam permintaan adik Cik Kz. Habislah cuti ini. Menggigil purse Cik Kz nanti. hahaha. But tak mengapalah. Adik-adik, kalau tak kakak yang manjakan siapa lagi. But not upto the point memewahkan. Betul tak?

Disebabkan banyak pesanan dari pihak penaja di Malaysia, maka Cik Kz perlu merajinkan diri ke bandar. Kira-kira perlu dibuat hari ini supaya dapat tengok flow macam mana nanti. Nasib baik hari ni kelas petang. Hoyeah!!! Heaven. But kena prepare untuk masak-masak hujung minggu ini. Special edition and the best is mak bagi juga resepi masakan tu (dulu bukan main susah nak bagi).

Baiklah, banyak sungguh pula menaip pagi-pagi buta ini. Harus berhenti berceloteh. Takut ada yang tak suka pulak kan tengok Cik Kz update lebih-lebih ni.

Till then, wassalam... :)