Diari Ramadhan 21

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Hari ini Cik Kz ke Commissioner Office yang terletak di Embassy Road untuk memperbaharui RP Cik Kz. Agak kelam kabut kerana Cik Kz dapat tahu (pagi tersebut) bonafide certificate sudah boleh diambil di kolej. Tetapi bila sampai di kolej kesengalan melanda. Bonafide belum lagi diprint out and the person in charge pula baru lepas kena marah dengan Prof Sudha so expected la that he showed some kesengalan.

So, Cik Kz dan rakan-rakan tunggu sehingga jam 10.30am barulah bonafide certificate tu berjaya kami peroleh itupun setelah kami sendiri yang menghantar cert itu pada Prof. Sudha kalau ditunggu confirm jam 11 belum tentu kami dapat.

Then, we all went to the Commissioner Office. Ada a small problem sedikit when they asked for eligibility certificate (macam-macam). Cert apa itu pun kami tidak faham so we all decided to tell then admission letter and the enquiry letter itu adalah eligibility cert. Dengan muka kesian kami berharap agak application diterima. Kalau tak diterima memang tidak boleh balik minggu depan. Alhamdulillah that process (to get a token) settled. Then tunggu masa untuk dipanggil ke dalam office. Ramai orang potong line!!!! Sabar je la. Kami kena tahan masa cuba untuk potong line. Susah betul bila dah dicop oleh orang office semuanya sebabkan hhmmm.. tak mau cakap lebih. Banyak version. Yang pasti sengal!!!

Nasib baiklah petang tu juga boleh dapat RP so we went to Commersial Street for prayar. Sempat snap a few pictures inside and outside the mosque. Then jalan sekejap di sekitar but tak bermood mahu beli apa-apa pluss Cik Kz tak bawa duit lebih pun. Cukup-cukup untuk buat bayar minyak skuter je.

View from second floor of the mosque...

Pandang kiri ada kuil daa...

This is what we call as bazar ramadhan in India

Proses membeli-belah.. lots of fruits and samosas...

Then ada problem lain pula terjadi. Banyak sungguh dugaan terjadi dalam proses membuat RP ni. Harap my dear friend sangat-sangat bersabar. I knew you was shocked and stress. Kami juga berperasaan yang sama. So we went back to the office to take the RP and again kami punya RP belum siap lagi! Again kena hold sebab officer tak sign lagi.

Oh bila dapat pula it just double entry and for Cik Kz RP valid upto 8 March 2011. Aduhai, kena renew lagi nanti, kena hadapi kesengalan lagi. Kami semua diam walaupun dalam hati sangat tidak berpuas hati. Tak mahu timbul kekecohan nanti menyusahkan the others yang akan datang renew day after.

Then Cik Kz pulang ke rumah dahulu. The other dearies went back to Commersial Street to settle the problem. Hmm.. nak ikut jugak but then nanti takda orang bawa balik skuter pula. So I went back first and follow up their progress with the hope semuanya berjalan dengan lancar.

Sampai rumah Cik Kz solat asar, tunggu maghrib sekejap then berbuka dengan air masak then terus zzzz. Sedar balik jam 11 malam itupun dengan mamai-mamai lagi. Cik Kz masak dan makan bersama Cik Ilhami. Simple dish (will post that recepi after this). Makan bersama-sama then bersembang-sembang walaupun masing-masing mata memang sudah sangat layu.

Alhamdulillah semua problem settle. Memang sangat penat. Ke hulu ke hilir. Uruskan semuanya. But alhamdulillah bila semua sudah settle rasa lega. Setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya yang penting perlu bersabar.

Baiklah. Cik Kz mahu sahur. Just a milo dengan beberapa keping biskut Hup Seng. Cukuplah untuk bertahan sepanjang hari ini tambah keletihan yang super duper confirm I'll not attend the class tomorrow. Penat and rasa sengal badan. Mahu rehat dan berbaring di atas katil sahaja...

Till then, wassalam.. :)

note: it is advisable not to visit India for more than 14 days or else you will face lots of kesengalan...huhuhu...

0 Response to "Diari Ramadhan 21"

Post a Comment