Cerita Raya 2

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Cik Kz mahu meneruskan cerita Hari Raya Cik Kz (walaupun dah agak lambat tapi tetap mahu cerita gak). Pagi raya kedua adalah sesi berangkat ke rumah Pak Itam sebelah abah yang menjadi tempat biasa bagi abah dan adik-adik berkumpul semenjak arwah atuk tiada. But, singgah sebentar di rumah Mak Ngah dan Mak Ndak yang juga di sekitar Jengka.

Ini gambar pokok limau kasturi nenek belah mak. sangat lebat buahnya...

Di rumah Mak Ndak ada daun kepala kelapa. Mak pun jadi gatal tangan menganyam ketupat. Anak-anaknya cuma memandang dan mencuba juga but semuanya tidak berjaya. Mak tak mahu ajar. Katanya nak belajar silalah belajar sendiri. Jangan nak selalu spoon-feed je *adessss*

Hasil anyaman mak pada hari itu...

So sebelah petang terus pulang ke rumah sebabnya Mak Ngah belah abah mahu datang rumah. Kelam kabut pulang dari rumah Pak Itam dan terus memasak. Rombongan 4 buah kereta yang padat terus rumah Cik Kz yang comel itu. Meriah sungguh family tersebut. Suka tengok.. :)

So sebelah malam dek kerana semua tidak mahu memasak dan makan ketupat/lemang/nasi impit senang cerita semua makanan rayalah, maka restoran Tawan dijejaki. Pelik nama restoran tersebut but makanan sedap dan berpatutan. Cuma service sahaja yang agak kelambatan.

Cik Kz was unable to snap pictures sebabnya kamera Cik Kz bergegar dengan dasyatnya. Kata mak Cik Kz mungkin ada sesuatu yang terdapat di situ yang sepatutnya Cik Kz tidak patut nampak or lihat. Benda ghaib -hantu-. Terus meremang.

Sambil order makanan tersebut ada lagi makanan tambahannya. Taraaa... KFC Idamanku Selalu. Sedap hingga menjilat jari. Parcel Combo B bersama 8 cheezy wedges. Banyakkan? Biasalah family Cik Kz adalah besar dan semua orang menggemari KFC.. :)

Itu dia KFC masih dalam plastik..berbungkus...

Hari raya ketiga dan seterusnya Cik Kz hanya berada di rumah. Penat dan flat habis. Malamnya keluar membeli segala barang keperluan untuk pulang ke India. Banyak Cik Kz borong dan adik-adik seperti biasa mengambil kesempatan. Sempat mengambil barang-barang keperluan mereka juga.

My favourite spot kalau ke Pasaraya TF adalah bahagian forzen food. Habis segala kentang, fish chips dan macam-macam lagi Cik Kz beli. So kena bayar sendiri. Mak Cik Kz awal-awal lagi sudah bayar barang-barang lain.

Maka keesokan paginya, breakfast Cik Kz adalah ala-ala western. Siap masakkan spaghetti lagi tu but guna kuah prego aje. Cepat, mudah dan pasti still lazat. First time juga adik-adik Cik Kz makan spagheti and alhamdulillah they like it so much. *tak membazir*

Jangan tak percaya, ini adalah pinggan makan Cik Kz.. kalori..kalori...

Kesimpulannya, raya kali ini best but towards the end of cuti Cik Kz sedih. Ada banyak perkara buat Cik Kz sedih. But harus bersabar bukan. Kita perlu kuat. Cik Kz redha kalau itu yang terbaik. Tapi Cik Kz rindu lagi. Mahu pulang lagi. Insya Allah selepas selesai semua urusan peperiksaan di sini Cik Kz akan pulang. Ada perkara yang tak terselesai di sana.

Baiklah, harus mulakan sesi pembelajaran yang terbantut banyak kali ini. Will update the blog again after this. Minggu yang busy sebab penuh dengan exam..

Till then, wassalam... :)

0 Response to "Cerita Raya 2"

Post a Comment