Mengurut..
Labels: Family
0
Assalamualaikum wbt....
Akhirnya Cik Kz berjaya mendapatkan lappy Cik Kz. Adik-adik kena tidur awal maka sesi penyerahan lappy berjaya terlaksana sebelum Cik Kz terlelap.
Hari ini Cik Kz hanya rehatkan diri. Tadi diurut oleh bonda tercinta. Aduhai rasa mahu tercabut segalanya. Banyak angin dalam badan. Mak cakap kalau lambat diurut boleh lagi teruk jadinya. Next session will be continued tomorrow and a day after that.
Plan Cik Kz esok mungkin berada di rumah sahaja. Larangan bergerak sehingga selesai proses urut-mengurut. But Cik Kz akan berangkat ke KL dalam weekend ini. Mungkin akan pergi bersama askar-askar kecil yang memang tak boleh nak biarkan Cik Kz berjalan seorang diri.
Now, Cik Kz mahu bercucuk tanam sebentar then membaca buku. Balik cuti tak boleh duduk goyang kaki macam orang lain. Cik Kz perlu menghadap buku. Kalau boleh telan buku tu kan senang. Kalaulah boleh diabsorb segala info..hahaha...
Baiklah. till then.
Wassalam.. :)


0 Response to "Mengurut.."
Post a Comment