Pasta Meatballs Chicken Soup

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Yet another recepi created by Cik Kz yang sesuka hati mencampak-campak di dapur tadi. Tetapi Cik Kz terextra rajin compared with the other day. So Cik Kz menguli meatball. Ilhamnya Cik Kz peroleh di sini. Cik Kz ubah-ubah sikit-sikit (tapi macam banyak-banyak je) mengikut kesesuaian dan availability of ingredients. So let see the recepi Cik Kz yang terlebih rajin pada hari ini (berbuka lambat kot siap sempat buat kek pisang..hahaha)

Meatball
Bahan-bahan
250 g daging kisar
1 labu bawang - potong dadu kecil-kecil
1 sudu teh lada hitam
1 biji cili hijau/merah - dihiris halus
Garam secuku rasa
Sedikit tepung

Cara membuat
1.Satukan kesemua bahan kecuali garam. Gaul sebati. Masukkan garam secukupnya.
2. Bulatkan daging kepada saiz sederhana besar (atau ikut suka hati). Golekkan ke atas tepung.
3. Panaskan kuali dan goreng pada api sederhana sehingga kekunigan. Angkat dan tuskan.

Pasta Meatballs Chicken Soup
Bahan-bahan
Pasta (ikut suka banyak mana)
Meatballs
1 paket Chicken Soup
4/5 ulang bawang putih - diketuk
2 batang sosej ayam
Lobak- potong dadu kecil-kecil
Bunga kobis
Lada benggala
Lada hitam, Oregano
Sedikit minyak dan air

Cara menyediakan
1. Rebus pasta sehingga lembut. Tus dan asingkan
2. Tumis bawang putih dan sosej dengan minyak yang sedikit sehingga naik bau. Masukkan serbuk chicken soup. Tambah air secukupnya (jangan biarkan kuah terlalu pekat sebab kuah akan memekat kemudiannya)
2. Masukkan lobak dan kobis. Gaul sebati. Masak selama 5 minit (Cik Kz suka sayur yang chruncy..hihihi)
3. Masukkan meatballs dan sebatikan. Masukkan lada benggala dan tutup api.
4. Hidangkan bersama pasta yang telah direbus tadi. Taburkan sedikit lada hitam dan basil untuk rasa yang lebih umphhh and nyummylicious..hihihi...

close up...sarat dengan meatballs...

Inilah menu berbuka Cik Kz..Alhamdulillah kenyang... :)

Cik Kz makan dengan sangat banyaknya. Kalau makan kosong macam tu (without pasta) pun sedap juga. Ada kek pisang Cik Kz hadap seorang sahaja dah habis 1/4 kek (nama pun favourite kek). Maaf ye kawan-kawan I can't stop eating that banana cake la. Sampai Cik Kz call rumah minta mak Cik Kz buatkan kek pisang untuk Cik Kz versi homemade bukan kedaimade tapi mak Cik Kz tak mahu (sedihnyer). Katanya nak kek pisang gi kedai beli sendiri. adess...

Baiklah rakan-rakan. Cik Kz mahu ke surau dahulu. Nanti Cik Kz tulis coretan diari Ramadhan Cik Kz pula ya. Selamat mencuba resepi ini. Tak rugi. Dijamin sedap.. hehehe.. :D

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Pasta Meatballs Chicken Soup"

Post a Comment