Masak Lemak Kulit Rambai bersama Ikan Merah

Labels:

2


Assalamualaikum wbt...

Agak lama sangat-sangat Cik Kz tidak mengupdate tentang resepi. Bukan tidak masak tetapi Cik Kz kurang rajin menapak mencari kamera Cik Kz. Kebetulan hari ini kamera itu berada di ruang tamu so sempatlah Cik Kz snap a feq pictures (hasil masakan)

Sebut tentang kulit rambai, Cik Kz tidak pasti samada orang lain (selain Cik Kz) menggemari masak lemak kulit rambai atau tidak. Bagi Cik Kz ini adalah one of my favourite menu. Kalau dahulu pulang ke rumah atuk sebelah abah di Kampung Embun, kena pula musim buah rambai memang ini akan menjadi menu wajib and highly demand by Cik Kz. Semangat Cik Kz makan buah rambai tersebut semata-mata untuk mendapatkan kulitnya. hehehe..

Untuk tidak membuang masa membaca berkenaan kisah kulit rambai ini marilah kita jenguk resepi ini.


Bahan-bahan

100 g kulit rambai - dihiris halus
2 ekor ikan merah (ikan kerisi) - dibersihkan dan dipotong kepada 2
1 labu bawang besar *
4/5 ulas bawang putih *
5/6 biji cili api *
1 cawan santan pekat *
1 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
Garam dan serbuk pati ayam

Cara memasak
1. Celurkan kulit rambai selama lebih kurang 15 minit. Angkat dah tuskan.
2. Kisarkan bahan bertanda * (tambah sedikit air agak tidak terlalu pekat). Masukkan kulit rambai dan hasil kisar ke dalam periuk. Pastikan kuahnya tidak terlalu banyak (cukup-cukup tenggelam kulit rambai tersebut)
3. Masukkan serai dan asam gelugor. Masak pada api yang sederhana. Setelah kuah menggelegak, masukkan ikan. Masak sehingga ikan tersebut masak. Tambah garam dan serbuk pati ayam secukup rasa. Bila rasa sudah ok tutup api.



Masakan ini perlu rasa sedikit masam dan pedas baru ada umphh. But tadi Cik Kz kurangkan pedas sebabnya perut Cik Kz akan meragam kalau makan terlalu pedas. Nak lagi sedap silalah menjamu bersama sambal tempoyak surely bertambah-tambah nasi nanti.

Baiklah, selamat mencuba. Mungkin pelik tetapi sedap tu. Rasa dahulu baru tahu. *cewah*

Till then, wassalam.. :)

Jalan-jalan Mid Valley

Labels:

2


Assalamualaikum wbt....

Inilah corat-coret Cik Kz tentang weekend Cik Kz tempoh hari (kelmarin). Cik Kz bersama askar-askar kecil (adik-adik) ke KL. Destinasi yang dituju adalah Mid Valley Megamall. Adik-adik sangat bersemangat terutama si comel Mijie. Bersiap sangat awal sesudah subuh. The journey begin at 7.30am. Kami ke sana menaiki bas. Yes, Cik Kz memang tidak drive walaupun ada lesen beso. Seram dan Cik Kz tak pandai dengan jalan-jalan di KL kalau naik train komuter, lrt semua tu Cik Kz oklah.

So entry kali ini banyak dengan gambar-gambar yang berjaya disnap. Kita biarkan gambar berkata-kata yer. hihihi.. :D

Di stesen monorail Titiwangsa. Adik-adik bermain teka-teki peta. Cuba cari Low Yat di mana..

Again, tak jumpa-jumpa lagi...

Sampai di Mid Valley, Cik Kz dan adik-adik menanti kedatangan my sayangs Cik Ainun and adik Cik Kz yang berada di Poli Shah Alam (Ina). Sesambil menanti sempat juga adik-adik memborong pelbagai roti dari kedai Roti BOy. Kami decide untuk menonton wayang cerita Magika. But before that kita lunch dulu. Adik-adik sangat kelaparan. Cik Akaknya pun lapar juga. hehehe..

Magika.. memang penuh magis...

Ok.. ini takda kerja namanya... :D

Wating for the food..... Muka budak lapar... :P

Kami makan di McD. Macam-macam menu diorder and ini kali pertama adik-adik menjamah makanan McD

Airnya pula.. Jemput minum semua....

Fries yang sungguh banyak....

Satukan untuk memudahkan proses memakan. Oh, macam gunung fries pula.. hehehe... :D

Adik Mijie bila makan dah tak mau layan orang tangkap gambar...

with my kesayangan.. Cik 'Ainun dearie... :)

Adik..jangan meragam yer.. bosan tunggu monorail nak ke Titiwangsa...

Alhamdulillah kami berjaya mengejar bas pulang ke Temerloh. Selalu sangat sampai on time. Dan Cik Kz memang kurang gemar kalau mahu travel yang memerlukan penggunaan komuter sebabnya ianya akan melewatkan dan menambah masa perjalanan. Hari itu pun nyaris-nyaris miss bas lagi..

Sampai di Temerloh, usai urusan semua (bersihkan diri, solat) terus pergi makan-makan. Mak tak masak di rumah. Singgah sebentar di benkel Along before ke kedai makan di Mentakab. Kerapu masak 3 rasa memang terbaiklah. hehehe.

Miss Ija dengan posing sengalnya...

Adik Mijie still in the mood tak mahu pandang kamera...

Cik Kz bersama 2 gelas besar fresh orange.. hehehe...

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Manage untuk membeli barang-barang untuk bonda dan ayahanda tercinta. Untuk diri sendiri Cik Kz sekadar mahu berjalan-jalan sesambil membawa adik-adik tour around KL. Next mission to Times Square (dah lama adik-adik request). Harapnya Cik Kz berkesempatan untuk memenuhi hajat adik-adik selagi Cik Kz tidak terikat dengan komitmen kerja.

Baiklah, masa untuk memasak. Sementara adik-adik belum pulang dari sekolah bolehlah Cik Kz merasa untuk memegang lappy kalau tak rampasan kuasa akan berlaku. huhuhu..

Till then, wassalam... :)

........

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

SELAMAT HARI LAHIR

Moga sentiasa bahagia hendaknya

Moga segala cita-cita, harapan dan impian akan tercapai..


Till then, wassalam..

Selamat Hari Lahir

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Entri ini didedikasikan special untuk 
Cik Lappy tersayang..


Happy birthday to My beloved LAppy
Udah setahun umur kamu bersama Cik Kz

Walaupun awal-awal dulu kamu banyak ragam
Mahu display yang baru
Panas badan sampai bertukar kipasnya
But you are my best lappy ever

Nantikita pi hospital na...
Kat sebelah Mid Valley tu..
Kesian kamu dikerjakan adik-adik
Bertahan dengan sakit yang ada sekarang ini!!!
Chaiyok!!!!

Till then, wassalam... :)

note:
kata abah: "angah kenapa laptop hang retak tu????" 
adik-adik: "abah itu cover untuk laptop angah lah..memang camtu"
abah: *blurr*

Mengurut..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Akhirnya Cik Kz berjaya mendapatkan lappy Cik Kz. Adik-adik kena tidur awal maka sesi penyerahan lappy berjaya terlaksana sebelum Cik Kz terlelap. 

Hari ini Cik Kz hanya rehatkan diri. Tadi diurut oleh bonda tercinta. Aduhai rasa mahu tercabut segalanya. Banyak angin dalam badan. Mak cakap kalau lambat diurut boleh lagi teruk jadinya. Next session will be continued tomorrow and a day after that.

Plan Cik Kz esok mungkin berada di rumah sahaja. Larangan bergerak sehingga selesai proses urut-mengurut. But Cik Kz akan berangkat ke KL dalam weekend ini. Mungkin akan pergi bersama askar-askar kecil yang memang tak boleh nak biarkan Cik Kz berjalan seorang diri. 

Now, Cik Kz mahu bercucuk tanam sebentar then membaca buku. Balik cuti tak boleh duduk goyang kaki macam orang lain. Cik Kz perlu menghadap buku. Kalau boleh telan buku tu kan senang. Kalaulah boleh diabsorb segala info..hahaha...

Baiklah. till then.

Wassalam.. :)

Home Sweet Home Again

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah Cik Kz selamat tiba di rumah. Adik-adik pun terkejut Cik Kz ada di rumah. hehehe. But for Cik Adik-Berkaca-Mata dia sudah boleh agak kakaknya akan pulang. Katanya angah kalau tak sakit pun boleh tup-tup ada depan rumah inikan pula dah accident confirm balik nak bermanja. Adess.. kesabaran. 

So, untuk hari ini Cik Kz berehat dahulu. Malam akan bermulalah sesi mengurut nanti tak boleh Cik Kz mahu berjalan-jalan. Someday Cik Kz akan turun ke KL ada urusan rasmi di sana. 

Gambar diambil selepas accident.. sesi call for help... 

Baiklah, adik Cik Kz sudah bertapa di sebelah. Mahu guna lappy untuk ambil tanamannya. So, kebarangkalian Cik Kz mengupdate blog sepanjang cuti probably agak terhad disebabkan lappy bukan sentiasa ada dengan Cik Kz sebaliknya bersama adik-adik tersayang. 

Till then, wassalam... :)

Bad News vs Good News

Labels:

2


Assalamualaikum wbt....

Hari yang agak kurang bernasib baik bagi Cik Kz dan Cik Seti. Kami berdua accident. Tapi alhamdulillah kami berdua selamat. Kalau tengok dari gaya accident tu harapan untuk selamat agak tipis dengan keadaan yang laju dan melanggar divider jalan.

Cuma minor injury and restriction on movement. Injection tetanus toxoid juga telah diambil and yes kami berdua tidak attend exam practical OBG tadi (accident masa on the way ke hospital). 

Good thing is Cik Kz akan pulang ke Malaysia esok. Cuti selama 11 hari. Baru dapat tahu kelas tiada dan teruk Cik Kz godang website AirAsia untuk book tiket. Alhamdulillah manage to get one. hehehe.. cuti lagi yay!!!! :P

So selamat pulang buat Cik Kz and alamatnya bersawang kembali blog Cik Kz. hehehe

Baiklah, Cik Kz needs a rest. Itupun kalau boleh membaringkan diri sebab so far Cik Kz tidak boleh untuk baring lama terus sakit badan dan pinggang. Doakan Cik Kz dan Cik Seti cepat recover ya..

Till then, wassalam... :)

Sardin Masak Asam

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Lambat lagi update blog. haish. Cik Kz masih lagi dalam minggu exam sehinggalah selasa petang nanti. So makan pun semuanya sempoi-sempoi sahaja. Mahu menjengah ke blog buku pula yang melambai-lambai. Baiklah, this is simple menu yang dimasak for dinner dengan niat untuk mengurangkan stok sardin yang agak bertimbun-timbun. hehehe. Jom tengok resepi. Simple-simple aje.. :D

Bahan-bahan
1 tin kecil sardin
1 sudu lada kering siap dikisar
3/4 ulas bawang putih -dihiris/ditumbuk halus
1 labu bawang besar - dipotong bulat-bulat
1 inci halia - dihiris halus
2 keping asam gelugor
2 biji cili hijau - dibelah 2 tiap satunya
Sedikit minyak dan air
Garam, gula dan serbuk pati ayam secukupnya

Cara memasak
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, cili hijau dan lada kisar sehingga naik bau. Masukkan kuah sardin terlebih dahulu. Kacau sebati. 
2.Kemudian masukkan isi sardin. Tambah sedikit air supaya tidak terlalu pekat. Masukkan asam gelugor. 
3. Masak selama 10 minit. Tambahkan garam, gula dan pati ayam secukup rasa. Jatuhkan bawang besar. Masak sekejap sehingga bawang sedikit layu. Tutup api


Simple je kan. Cepat, mudah dan sedap juga. Makan bersama sayur masak kicap versi berkuah dan ada telur dadar juga. Kalau dah ada telur dadar ni tak lengkap pula kalau tiada sambal tempoyak. Banyak terus jadinya. Tapi alhamdulillah rezeki dan kami berdua kenyang. nyum..nyum...


Baiklah, Cik Kz tak boleh berlama-lama diblog. Ikutkan jari memang mahu sangat-sangat menaip. Tapi kalau menaip alamatnya bye-byelah segala buku. Will update again later. Banyak resepi mahu share lagi. 

Till then, wassalam.. :)

Rendang Ayam Bonda

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Lama sungguh Cik Kz tidak update tentang makanan especially bab resepi. Bukan Cik Kz tidak memasak cuma Cik Kz tidak berkesempatan untuk update blog. Gambar memang ada. Tangan itu yang kurang rajin untuk menaip. But, Insya Allah after this Cik Kz akan merajinkan tangan Cik Kz untuk menaip. Menaip itu pun satu exercise yang bagus untuk tangan ya. hehehe..

So, rendan ayam bonda ini Cik Kz klasikkan dengan meletakkan perkataan 'bonda'. Actually Cik Kz dapat resepi dari mak Cik Kz. Menu ini juga dimasak pada hari raya pertama tempoh hari dan Cik Kz angkut bersama resepi tersebut balik ke Bangalore sebab Cik Kz tak puas makan rendang. Siap angkut segala lengkuas, kunyit hidup termasuklah dengan daun kunyit. Jadi, jom tengok resepi rendang ini...


Bahan-bahan
1/2 ekor ayam -potong medium size
2 biji bawang besar *
5/6 ulas bawang putih *
2 inci lengkuas *
1 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup *
1 atau 2 batang serai *
1 sudu teh jintam manis *
1 sudu teh jintah putih *
1 sudu teh ketumbar *
3 sudu besar kerisik
1 kotak santan pekat
1 helai daun kunyit -potong halus
Garam, gula dan serbuk pati ayam
Air dan sedikit minyak

Cara memasak.
1. Cuci ayam dan tuskan. Blend semua bahan bertanda * sehingga lumat (letak banyak air). Tumis bahan kisaran dengan sedikit minyak.
2. Bila sudah naik bau masukkan santan pekat. Tambah sedikit air. Masak sehingga kuah hampir pekat. Masukkan ayam dan ratakan. Masak pada api yang perlahan.
3. Bila kuah hampir kering, masukkan kerisik. Sebatikan. Tambah garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa. Masak sehingga terbit minyak
4. Masukkan daun kunyit yang telah dipotong halus. Gaul sebati. Tutup api setelah daun tersebut layu.


Cik Kz makan rendang tersebut dengan nasi sahaja. Since there is no lemang and Cik Kz pun tidak membawa stok lemang segera. Terubat rindu makan rendang. Raya hari tu tak puas makan almaklumlan cepat sangat makanan itu clear. 

So, selamat mencuba resepi yang mudah ini. Simple but the taste was superb. Berbaloi.. hehehe...

Till then, wassalam... :)

Cerita Raya 3

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah presentation is over. Yay!!! Suatu kelegaan teramat sangat buat Cik Kz but sorry for others sebabnya terlebih lama pula presentation untuk team Cik Kz. Tapi mahu buat macam mana kan. Dapat pun tajuk TB punyalah vast but need to be present within 2 hours duration (but request from kawan-kawan in 1 hour) memang itupun main laju aje tekan slides tu. But when Dr Girish sudah sampuk itu kami bertiga tidak mampu lakukan apa-apa. Layan aje lah..hehehe

Back to the main topic. Here is the third post bout Cik Kz's raya. Oh banyak lagi gambar mahu share but gambar Cik Kz sendiri malu la nak letak. hahaha. So let see the other pictures yang Cik Kz dan select untuk tatapan umum.

Kucing ini super duper comellllllllll............... geram!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Lagi-lagi kucing...comelllll...........

this action was so cute...rasa mahu je curi seekor.... hehehe....

Those kitten belongs to anak Mak Ngah Som. Selama ni CIk Kz tak tau pulak yang Abang Faizul adalah sangat menggemari kucing sebab masa kecil-kecil dulu tak pernah la nampak bermain dengan kucing. Menurut Mak Teh Cik Kz kucing ini dibawa balik beraya sama sebab takda orang mahu jaga (sebab cuti raya. Maid pun cuti balik kampung). So, angkutlah sama. Oh, super duper comel. Rasa mahu ambil bela seekor but confirm tak akan dapat sebab kucing comel siapa mahu bagi macam tu je kan. So tengok ajelah. Sian kucing kena kurung dalam reban ayam (klasik gitu) sebab sangkar kucing tak cukup muat untuk 2 keluarga kucing yang besarnya adalah 5 ekor untuk satu keluarga and yes semuanya species kacukan siam and parsi. Mananya tak comel. Isn' it???

Continue the story dengan perjalanan balik Cik Kz. Perkara yang super duper sungguh tidak best. Kali ini pulang dengan AirAsia. Balik hari itu ok. Makanan pun ok. Kali ini kelakar sedikit. Tragedi di dalam flight. Delayed for an hour.

snap gambar sementara tunggu flight mahu depart...

snap gambar pada seat...

here comes the meal...

Jangan terkejut ya. Memang banyak Cik Kz makan. But Cik Kz really need those. At first (masa book flight) Cik Kz ambil sandwich sahaja. Tak tahu tiada air disediakan. Oh, Cik Kz really needs air especially mineral water yang diisi dalam bekas. Then Cik Kz order air mineral sebagai tambahan but membazir pula if just air mineral sebabnya sebahagian Cik Kz perlukan untuk simpan retainer and the other untuk minum. So, orderlah combo Nasi Lemak Sotong with Teh Tarik. Puas hati. Ada tempat mahu tuang semula air simpan retainer itu nanti. :)

the ingredients.. screw pine leaf itu daun pandankah???

Sila lihat nasi tersebut..sedap tu.....

Nasi lemak itu sedap. Boleh tahan. Teh tarik. hmm.. Rasa kurang tariknya and pahit sedikit. Sandwich dia oh sangat sedap. Paling suka cheese itu. Sedap sangat. Cik Kz sangat kenyang but tak boleh tidur pun. So berjagalah Cik Kz sepanjang 3 jam 30 minit itu sambil melayan perasaan. huhuhu...

Tamat sudah kisah raya Cik Kz. 1 minggu yang padat dan berlari ke sana sini. Alhamdulillah berjaya memperbaharui passport. Renew for 5 years but Cik Kz dapat 5 1/2 tahun tu. Rezeki raya agaknya but hahaha di Imegresen Temerloh itu so segan and malu Cik Kz. Ada insiden di situ. hahaha. Takpa kalau mahu jumpa pun 5 tahun akan datang. So cool aje sudah..hehehe.. :P

Baiklah, time untuk belek buku and/or continue with the next update. Hari ini harus selesaikan urusan mengupdate blog yang tertangguh disebabkan kesibukan. Sementera hari ini mahu rehat sekejap dari membaca. Pagi nanti mahu study balik. Ada 2 lagi exam practicals.

Till then, wassalam...

note: update sambil layan lagu yang terindah by dakmie..hmm..hati..oh hati...

Cerita Raya 2

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Cik Kz mahu meneruskan cerita Hari Raya Cik Kz (walaupun dah agak lambat tapi tetap mahu cerita gak). Pagi raya kedua adalah sesi berangkat ke rumah Pak Itam sebelah abah yang menjadi tempat biasa bagi abah dan adik-adik berkumpul semenjak arwah atuk tiada. But, singgah sebentar di rumah Mak Ngah dan Mak Ndak yang juga di sekitar Jengka.

Ini gambar pokok limau kasturi nenek belah mak. sangat lebat buahnya...

Di rumah Mak Ndak ada daun kepala kelapa. Mak pun jadi gatal tangan menganyam ketupat. Anak-anaknya cuma memandang dan mencuba juga but semuanya tidak berjaya. Mak tak mahu ajar. Katanya nak belajar silalah belajar sendiri. Jangan nak selalu spoon-feed je *adessss*

Hasil anyaman mak pada hari itu...

So sebelah petang terus pulang ke rumah sebabnya Mak Ngah belah abah mahu datang rumah. Kelam kabut pulang dari rumah Pak Itam dan terus memasak. Rombongan 4 buah kereta yang padat terus rumah Cik Kz yang comel itu. Meriah sungguh family tersebut. Suka tengok.. :)

So sebelah malam dek kerana semua tidak mahu memasak dan makan ketupat/lemang/nasi impit senang cerita semua makanan rayalah, maka restoran Tawan dijejaki. Pelik nama restoran tersebut but makanan sedap dan berpatutan. Cuma service sahaja yang agak kelambatan.

Cik Kz was unable to snap pictures sebabnya kamera Cik Kz bergegar dengan dasyatnya. Kata mak Cik Kz mungkin ada sesuatu yang terdapat di situ yang sepatutnya Cik Kz tidak patut nampak or lihat. Benda ghaib -hantu-. Terus meremang.

Sambil order makanan tersebut ada lagi makanan tambahannya. Taraaa... KFC Idamanku Selalu. Sedap hingga menjilat jari. Parcel Combo B bersama 8 cheezy wedges. Banyakkan? Biasalah family Cik Kz adalah besar dan semua orang menggemari KFC.. :)

Itu dia KFC masih dalam plastik..berbungkus...

Hari raya ketiga dan seterusnya Cik Kz hanya berada di rumah. Penat dan flat habis. Malamnya keluar membeli segala barang keperluan untuk pulang ke India. Banyak Cik Kz borong dan adik-adik seperti biasa mengambil kesempatan. Sempat mengambil barang-barang keperluan mereka juga.

My favourite spot kalau ke Pasaraya TF adalah bahagian forzen food. Habis segala kentang, fish chips dan macam-macam lagi Cik Kz beli. So kena bayar sendiri. Mak Cik Kz awal-awal lagi sudah bayar barang-barang lain.

Maka keesokan paginya, breakfast Cik Kz adalah ala-ala western. Siap masakkan spaghetti lagi tu but guna kuah prego aje. Cepat, mudah dan pasti still lazat. First time juga adik-adik Cik Kz makan spagheti and alhamdulillah they like it so much. *tak membazir*

Jangan tak percaya, ini adalah pinggan makan Cik Kz.. kalori..kalori...

Kesimpulannya, raya kali ini best but towards the end of cuti Cik Kz sedih. Ada banyak perkara buat Cik Kz sedih. But harus bersabar bukan. Kita perlu kuat. Cik Kz redha kalau itu yang terbaik. Tapi Cik Kz rindu lagi. Mahu pulang lagi. Insya Allah selepas selesai semua urusan peperiksaan di sini Cik Kz akan pulang. Ada perkara yang tak terselesai di sana.

Baiklah, harus mulakan sesi pembelajaran yang terbantut banyak kali ini. Will update the blog again after this. Minggu yang busy sebab penuh dengan exam..

Till then, wassalam... :)

Selamat Hari Malaysia

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Tanggal 16 September 1963 merupakan hari bersejarah buat negara Malaysia di mana pada hari tersebut, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah disatukan menjadi sebuah negara yang dinamakan Malaysia.
Tanah Melayu

+

Sabah

+

Sarawak

+

Singapura

=

Malaysia


Ini adalah Malaysia pada tahun 1963 sebelum Singapura mengambil langkah untuk berpisah dari gagasan Malaysia pada tahun 1965 atas sebab-sebab tertentu. Sebelum penubuhan Malaysia banyak usaha perlu dilakukan dan suruhanjaya ditubuhkan. Survey dilakukan. Oh sejarah. Amatlah Cik Kz suka subjek tersebut ketika di zaman sekolah dahulu.. :)

Doa Cik Kz, moga Malaysia sentiasa aman damai dan semua rakyatnya akan sentiasa bersatu padu untuk menjaga keharmonian Malaysia. Jangan berbalah. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.. :)

note: pic credit to yahoo image...

Allah Is There

Labels:

0


Allah Is There

You may trip and fall,
Yet Allah will still accept your call.

You may loose your way,
Yet Allah will still wait to hear what you have to say.

You may find it hard to cope,
Yet Allah will be there for you so never loose hope.

You may feel that you're all alone,
Yet Allah is All-Knowing so your state is not unknown.

You may feel there is no one to hear your cry,
Yet Allah is All-Hearing so let this feeling pass by,

You may feel your love for Him is weak,
Yet Allah's love for you will be there, so turn to Him and seek.

You may be trapped in a life of sin,
Yet Allah's forgiveness is there for you to dwell in.

-----------------------------

Mungkin ada yang pernah melihat ayat-ayat ini di mana-mana (email/fb/fs)
but bagi Cik Kz
ini salah satu terapi penguat diri Cik Kz
Cik Kz a bit down sekarang
but I must be strong isn't it?
Ini semua ujian untuk mematangkan diri Cik Kz

Jadi harus..
Redha dengan ketentuan-Nya
Bersyukur atas segala nikmat-Nya
Jangan megalah
La' tahdzan..

Allah is always there for you...

Let the sun rise and shine again... :)