Counting Days...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Tinggal 4 hari saja lagi my dear will come to India. weeee... Tak sabar mahu jalan-jalan menjelajah utara India bersama Cik 'Ainun tersayang. But the most important thing Cik Kz harus sihat dahulu. Lately sakit sentiasa melanda. Berapa banyak kelas pagi sudah tidak pergi dek kerana malam Cik Kz tidak dapat tidur menahan sakit. 

Untuk buat physio rasa macam ketidakkerajinan dan rasanya satu pembaziran since bila buat bertambah sakit. Hmm.. so harus bertahan sebab kalau travel lama selalunya akan sakit. 

Toksah citer pasal sakit sebab tak best. So, the journey will begin on 25 Disember. Cuti-cuti New Year. hehehe.  Ke Delhi-Agra-Shimla. Yay! Boleh main snow.weeee.. Hari tu ke UK tak sempat snow lagi masa bertandang ke sana. Dah balik Bangalore baru turun snow. Tak aci.sob..sob..sob..

Aigoo... Harus bersiap ke kelas petang. Kalaupun pagi tak attend kelas petang jangan tak attend ya. Harus bertahan!!! Chaiyok!!!

Till then, wassalam... :)

Innalillah

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Salam takziah buat keluarga super senior Cik Kz di Lembah Beringin

Berakhirnya penderitaan arwah melawan cancer

Moga mendapat ketenangan di sana.. 

Moga ditempatkan bersama golongan para soleh dan solihin...

amin...

note: al-fatihah.... 

Kelakarnya....

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Amaran! Entri ini bakal berbau sinis. Well, ada satu persoalan yang Cik Kz rasa macam kurang best untuk mempersoalkannya. 

Rahsiakan pertunangan dan hebahkan perkahwinan

Bermaksud, kalau mahu bertunang tu kita tak perlulah sibuk-sibuk menghebohkan kepada orang ramai yang kita hendak bertunang. Sebabnya, mungkin kalau tak jadi kahwin nanti maka dapatlah malu *ouch*. And then hebahkan perkahwinan sebabnya itukan perkara baik a.k.a. mendirikan masjid and supaya tidak menimbulkan fitnah. Rite?

So, persoalannya, apakah motif mahu tunang sembunyi-sembunyi kalau sudah terang lagi bersuluh kamu bercouple dan dating depan orang ramai dengan bercakap kurang sejengkal macam mahu bercium??? haish. Dan apakah motif konon-konon mahu berahsia dengan alasan tidak pasti walhal pada masa yang sama sudah ada satu tarikh yang definite? Motif? Rasa sungguh funny! Sangat kelakar ok! Boleh gelak guling-gulingnya lah!!!

Bukan Cik Kz jeles atau apa cuma Cik Kz kurang gemar dengan situasi ini. Meyampah. Diulang sekali lagi menyampah ok! Tak yah lah nak tutup wall ke apa kalau orang sudah tahu. Konon nak berahsia tapi alahai. huhuhuu....

Opss emosi lebih. Mohon maaf kalau ada yang terasa. But, satu pesan Cik Kz, kalau mahu bertunang or kawin apa salahnya jemputlah kawan yang terdekat tu (termasuk housemate yer). Maklumkan pada mereka dan janganlah perkara itu diketahui dari mulut orang lain dahulu dan ya orang kata kita harus berbahasa. Jemputlah mana tahu jika lapang boleh juga menghadirkan diri. Betul tak??

Till then, wassalam....

note: terasa

Roti Jala

Labels:

1


Assalamualaikum wbt....

Hari yang terlebih dos vitamin kerajinan dalam diri Cik Kz. It's been a while Cik Kz tidak masak-masak. Ada Cik Kz makan (bukan masak bermakna tak makan ya) cuma tidaklah seberapa masakannya sekadar mencampak-campak sahaja. 

So hari ini Cik Kz menjala buat kali keduanya di bumi Bangalore. Alhamdulillah lebih kemas hasil jalaan kali ini. hehehe. Menu breakfast pagi ini dimakan bersama gulai kari ayam. Jom tengok resepinya..

Roti Jala
200 g tepung gandum
Secubit garam
Air

Cara membuat
1. Bancuhkan bahan-bahan dengan sekata. Tambah air sekiranya adunan terlalu pekat. Pastikan ianya tidak terlalu cair (lebih kurang adunan untuk buat kuih ketayah but sedikit cair).
2. Panaskan non-stick pan, jalakan adunan menggunakan acuan roti jala. Masak sehingga adunan masak (nampak ada perubahan warna)
3. Lipatkan roti jala tersebut menjadi bentuk segi tiga. Boleh juga digulung seperti gulungan popia

Gulai kari ayamResepinya simple sahaja macam mahu masak kari ayam cuma sedikit cair.

Oh telur masak kicap menu 3 hari lepas.. hehehe...

Hari ini ke kelas. Alhamdulillah sakit belakang a bit ok. Boleh duduk kembali walaupun kesengalan masih ada. Cuaca di sini semakin menyejuk. 

Less than a week my dear Cik 'Ainun will be here. yay!!!!! Berjaulah ke utara India selama 1 minggu makan akan sunyi sepi blog Cik Kz ini..sob..sob sob...

Baiklah, masa untuk ke kuliah. 

Till then, wassalam... :)

Karipap Pusing

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah done with the psychiatric exam. Cik Kz punya tulisan masa jawab exam tadi tahap kehancuran betul. Kalah cakar ayam sampai Cik Kz sendiri kurang berjaya untuk membaca semula jawapan Cik Kz. Apa-apa pun habis juga posting psychiatric yang sangat sempoi dan relax ini. 

Karipap pusing ini Cik Kz buat a few days before (ada la dalam 4/5 hari lepas). Kebetulan ada stok kentang dah mince meat dan ditambah dengan angin kerajinan yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. hehehe. So, resepi mudah but leceh (sebab Cik Kz tak pandai buat). Jom tengok resepi. Bahan-bahan Cik Kz main agak-agak. Tak terpasti pula sukatan yang betul...

Inti
1/2 kg keledek (dibersihkan dan potong besar-besar)
100g daging cincang
2 sudu besar sebuk kari daging
Rempah ratus (bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis)
1 labu bawang besar (blend)
5-6 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1/2 cawan santan
Air
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara memasak
1. Tumis bawang putih dan rempah ratus sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, rempah kari dan gaul sebati
2. Bila daging sudah agak masak masukkan santan dan keledek serta air sehingga keledek tenggelam. Masak pada api sederhana sehingga air kering atau keledek empuk.
3. Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa. Bila sudah ok tutup api.

Kulit karipap
Doh A (luar)
Tepung gandum
Garam 
Air 

Doh B (dalam)
Tepung gandum
Mentenga

Cara membuatnya
Doh A - satukan semua bahan dan masukkan air secukupnya (jangan terlalu lembut doh sebab nanti bila dibiarkan doh memang akan menjadi lembut). Bulatkan doh.
Doh B - satukan bahan dan tambah mentega sehingga tepung boleh dibulatkan tambah merekah/pecah
Perap doh selama 30 minit
Untuk membuat kulit karipap boleh lihat pada step di bawah. 


Masukkan sedikit inti ke dalam doh yang telah dileperkan dan kelim dihujung kulit tersebut (kelim yang Cik Kz buat sungguh tidak comel. huhuhu)


Goreng pada api sederhana kuat supaya karipap akan jadi lebih rangup. 

Sedap dimakan ketika masih panas bersama air teh panas...nyum..

Ini first attempt untuk Cik Kz membuat karipa pusing. Kalau dilihat pusingannya kurang sedikit. Kata mak Cik Kz keraha doh bulat yang Cik Kz buat itu kecil. Kalau mahu lebih berpusing-pusing maka haruslah dibesarkan dohnya. 

Selamat mencuba

Till then, wassalam... :)

Paru Masak Kicap

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Paru masak kicap ini Cik Kz masak masa buat karipap pusing. Kebetulan hari tu memang ke pasar dan tekak terasa mahu makan paru. beli sampai 1/2kg (banyak kan). Memang kenyang dan puas hati. Sekali sekala makan organ dalaman ni memang masyuklah. erk.. huhuhu.... Jom tengok resepinya...


Bahan-bahan
1/2 kg paru lembu (dibersihkan dan dipotong besar-besar)
3 biji kentang (dipotong wedges dan goreng garing)
Sedikit jintan manis (ditumbuk halus)
5-6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1/2 inci halia (ditumbuk halus)
1 Sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar kicap pekat
4 keping daun limau purut
1 labu bawang besar (mayang bulat-bulat)
2 batang cili hijau besar (hiris halus)
Sedikit minyak, air, garam dan serbuk perasa

Cara memasak
1. Gaulkan bahan tumbuk bersama paru dan masukkan rembah kari, serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 30 minit (lebih lama lagi ok)
2. Goreng paru sehingga sedikit garing dan tuskan. Kemudian potong kepada kepinga nipis dah goreng garing. Lakukan sehingga habis.
3. Tumis bawang besar dan cili hijau sehingga naik bau. Masukkan kicap pekat dan sebatikan. Kemudian tambahkan sedikit air dan juga daun limau purut.
4. Masukkan paru yang telah siap digoreng dan gaul sebati. Jatuhkan kentang. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Bila rasa sudah ok tutup api. 

Kadang-kadang bila lama tak makan macam ni rasa sungguh nostalgia. Kali pertama Cik Kz makan paru adalah ketika di rumah moyang di Muar. First time makan Cik Kz ingatkan daging lembu sebab sedapnya sungguh tak terkata walaupun hanyalah paru goreng kosong sahaja. Then, Cik Kz makan semasa di Muadzam (masa sekolah di sana). Rasa sungguh best bila di sekolah ada makanan traditional. Takdanya makan ala-ala barat ni (macam masa kat kolej). Oh, boleh tak kalau mahu jadi budak sekolah semula but then tak mau ambil segala exam. Boleh tak?

Baiklah. Times up harus ke rumah Cik Seti pula. Misi menjala petang ini. First time buat sendiri harap menjadilah. 

Till then, wassalam.. :)

Salam Maal Hijrah..

Labels:

0


 Assalamualaikum wbt....

Selamat Menyambut Tahun Baru 1432H. Moga dengan tahun baru ini azam juga baru. Kalau yang tidak berjaya dicapai tahun lalu haruslah diusahakan untuk mencapainya tahun ini. (skema sungguh ayat. hehehe). 

Tahun baru Cik Kz as usual no cuti (doc memang terlalu baik hati untuk memberi cuti). Petang pula tiada kelas teori ganti dengan practical but why Cik Kz is here? At home? Ini bermakna cuti sendiri telah tercipta. Rata-rata rakan-rakan seangkatan ketidakkerajinan untuk menepek muka di ward or labour room petang ini. Ke ada je?? Entah. Cik Kz duduk di rumah mahu rehat...


Ok itu menu Cik Kz di pagi hari. Bosan opss.. tak suka makan breakfast. Cik Kz memang sejak dahulu tak suka makan sarapan. Memang akan skip. Selalu brunch sahaja. Kalau di rumah selalu sarapan Cik Kz adalah seawal 10am dan lunch pula jam 4pm. 'Awal' kan.. hehehe.. Itu selonggok ubat yang perlu dimakan selama 3 bulan (bosan). Ada stok ubat lain lagi but then ntah mana Cik Kz campak (sebab tak mahu makan). Ok doc apa kalau sendiri tak mahu makan ubat. Bagi orang lain makan suka pulak kan..hehehe... :P


Oh rendang ayam ini minggu lepas punya menu bila Cik Kz mengidam mahu makan rendang dan nasi impit. Simple punya rendang. Tiada lengkuas buat rasa rendang itu masih ada. Nasib baik tak mengidam mahu makan pelik-pelik. Kalau tak confirm pening kepala. Oh, Cik Kz bukan berbadan dua yer nak mengidam ini. Ini cuma rasa tekak dan kejelesan bila adik bercerita mak Cik Kz masakkan mereka rendang ayam. So tak aci ok!!!!

Alamak. Entri ini untuk ucapan Maal Hijrah. Sudah menjadi entri makan dan bebelan pula. Baiklah berbalik kepada topik. Semoga dengan buku baru ini maka ada transformasi diri. Yang pasti untuk menjadi lebih baik dan lebih baik dari hari ke hari. Moga dipermudahkan urusan dan niat ini. Haruslah mengejar untuk menjadi seperti mana maknanya nama Cik Kz (nama betul)

Till then, wassalam...

note: ya atau tidak.. ya atau tidak.. pilih atau la..hahaha... :)

Lamanya Tak Update

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Terasa lama sungguh tidak mengupdate blog ni walhal baru je dalam 5 hari. *hehehe*. Bangalore sudah dilanda musim sejuknya. Suhu sekarang dalam range 18-22 degree. Sejukkan. So tiap-tiap malam memang Cik Kz pakai baju berlapis-lapis (usually more than 3 lapis). 

So bab makan pula, Cik Kz jarang memasak. Selama 2 hari Cik Kz makan di rumah Cik Seti but tonight sudah tidak. Naik segan.*hahaha*. Menu dinner malam ini hanyalah maggie asam laksa sahaja. Segala sayur habis. Hari itu ke pasar boleh pula Cik Kz jadi blurr. Mungkin sebab gastric upset so memang tak boleh nak berfikir sangat. Terus hilang fokus shopping barang basah. 

Untuk posting pula kali ini posting pyschiatric. Memang super duper mengantuk but tak heavy mana. Habis pun awal (itu yang best). hehehe. 

Ok lah. Cik Kz sudah blurr mahu taip apa. Mungkin tiada special event sangat sekarang ini and Cik Kz pun tidak memasak sangat (kalau tak boleh tepek gambar makanan kan). So, end the story.

Till then, wassalam... :)

note: masih menimbang-nimbang untuk being admitted or not.....hmm...

Bubur Nasi dan Kari Sardin

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Menu hari ini adalah menu simple lagi heaven *sedap*. Opss puji sendiri lak. Baiklah Cik Kz sebenarnya pada asal dan dasarnya mahu masak bubur nasi sahaja. Tapi macam mana entah tangan ini terlebih rajin pula buat sekali kari sardin. Kita tengok gambar ajelah yer sebabnya cara masak the super duper simple dan semua orang confirm boleh buat cuma bahan-bahan for bubur itu terpulang pada tuan punya diri dan perut. 

 bubur nasi bersosej, ada bilis dan kacang goreng serta ditaburi dengan daun sup....

Untuk kari sardin ni cara masak macam kari ikan (so guna serbuk kari ikan ya). Kurangkan penggunaan santan but lebihkan sedikit air asam jawa. Letak kentang dan tomato lagi sedap. Memang berselera habislah. Makan masa panas dan bila musim hujan. Memang terbaik!!! 

 kari sardin....

zoom dekat skit..nampak tak sardin tu....

Hari ini Cik Kz meneruskan treatment lagi. Kali ini the physiotherapist tu buat keje rough sedikit mungkin sebab semalam alahai nak bagi Cik Kz tak cuak or takut agaknya. But alhamdulillah pain dah kurang cuma a few minutes after the procedure tu terasalah kesengalan dan memang tak berapa nak duduk diam Cik Kz di dalam kelas. *huhuhu*

Lagi mahu cerita apa yer (kering idea). Oh, hmm.. apa yer.. ok... Petanda sudah harus melelapkan mata..bye-bye semua...

Till then, wassalam... :)

What I Ate

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Entri ini hanya untuk menunjuk/tayang gambar sahaja banyak-banyak (tapi tak banyak mana pun). 
Ok sedikit sebanyak menu Cik Kz (ok ni pun perlu cerita ker???)
Minggu kekerabuan *hehehe*
Jom tengok-tengok gambar...

 Nasi kerabu..yang kurangnya budu dan sambal tumis...

 Ubah sedikit selera jadikan nasi goreng kerabu..letak daging sedikit...

 Makan bersama keropok dan telur masin....

 Opss..ini bukan kerabu.. ini sambal sotong tapi dah macam sotong masak merah versi terlebih pedas...

Ini menu hari ini.. nasi lemak with sambal sotong.. no timun.. lupa takda stok timun dalam fridge...

So far tiap-tiap malam Cik Kz makan nasi. 
Macam orang kempunan makan nasi pula
Alhamdulillah tiket ke Delhi untuk semua dah settle
Next kena settle accomodation pula... *phewww*

Lass than a month
My dearie Cik Ainun akan jejakkan kaki ke bumi Gandhi ini..
Those nice places yang Cik Ainun mahu pergi sudah disenaraikan
But then belum ada senarai pendek dan jadual yang tetap..
Shopping itu satu kewajiban juga
and yes
steak yang Cik Ainun sangat teringin mahu makan sudah termasuk dalam list
*kamu suka tak dear???? *

Cik Kz dan mulakan treatment..
Ok la..Panas..huhuhu
But then dalam kelas menahan sakit.. 
Sampai bergenang air mata.. sob..sob...sob...
Bertahan!!!! 

Masa sudah tiba untuk melelapkan mata yang masih segar ini

Till then, wassalam.... :)