Karipap Pusing

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah done with the psychiatric exam. Cik Kz punya tulisan masa jawab exam tadi tahap kehancuran betul. Kalah cakar ayam sampai Cik Kz sendiri kurang berjaya untuk membaca semula jawapan Cik Kz. Apa-apa pun habis juga posting psychiatric yang sangat sempoi dan relax ini. 

Karipap pusing ini Cik Kz buat a few days before (ada la dalam 4/5 hari lepas). Kebetulan ada stok kentang dah mince meat dan ditambah dengan angin kerajinan yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. hehehe. So, resepi mudah but leceh (sebab Cik Kz tak pandai buat). Jom tengok resepi. Bahan-bahan Cik Kz main agak-agak. Tak terpasti pula sukatan yang betul...

Inti
1/2 kg keledek (dibersihkan dan potong besar-besar)
100g daging cincang
2 sudu besar sebuk kari daging
Rempah ratus (bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis)
1 labu bawang besar (blend)
5-6 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1/2 cawan santan
Air
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara memasak
1. Tumis bawang putih dan rempah ratus sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, rempah kari dan gaul sebati
2. Bila daging sudah agak masak masukkan santan dan keledek serta air sehingga keledek tenggelam. Masak pada api sederhana sehingga air kering atau keledek empuk.
3. Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa. Bila sudah ok tutup api.

Kulit karipap
Doh A (luar)
Tepung gandum
Garam 
Air 

Doh B (dalam)
Tepung gandum
Mentenga

Cara membuatnya
Doh A - satukan semua bahan dan masukkan air secukupnya (jangan terlalu lembut doh sebab nanti bila dibiarkan doh memang akan menjadi lembut). Bulatkan doh.
Doh B - satukan bahan dan tambah mentega sehingga tepung boleh dibulatkan tambah merekah/pecah
Perap doh selama 30 minit
Untuk membuat kulit karipap boleh lihat pada step di bawah. 


Masukkan sedikit inti ke dalam doh yang telah dileperkan dan kelim dihujung kulit tersebut (kelim yang Cik Kz buat sungguh tidak comel. huhuhu)


Goreng pada api sederhana kuat supaya karipap akan jadi lebih rangup. 

Sedap dimakan ketika masih panas bersama air teh panas...nyum..

Ini first attempt untuk Cik Kz membuat karipa pusing. Kalau dilihat pusingannya kurang sedikit. Kata mak Cik Kz keraha doh bulat yang Cik Kz buat itu kecil. Kalau mahu lebih berpusing-pusing maka haruslah dibesarkan dohnya. 

Selamat mencuba

Till then, wassalam... :)

0 Response to "Karipap Pusing"

Post a Comment