Ikan Oh Ikan

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Usai seminar di hospital tadi, Cik Kz dan Cik Seti terus ke pasar mencari ikan untuk dibakar. Asalnya mahu mencari cencaru tetapi tiada pula. Ikan kembung pula sangatlah tidak segar dan harga sangat melampua *cekik darah*. So, kami ke bahagian ikan sungai pula.

Mari beli ikan..silalah pilih yang mana berkenan..hiihi

Setelah berfikir lama, maka ikan patin menjadi pilihan kami. Ikan merah itu (betul ke nama ikan tu?) tulangnya sangat banyak nanti tidak puas pula makan kerana terganggu dengan proses membuang tulang ikan *hehehe*

Ada ikan keli juga. Sedap kalau dibuat masak berlada ataupun masak lemak. Tetapi saiznya besar sungguh. Takut untuk Cik Kz makan sebabnya Cik Kz terbayangkan rupa seperti ular *erkk..sorry*

Ikan keli yang besar-besar saiznya...

But I'm happy! Cik Kz berjaya (akhirnya) juga makan makanan yang diidam-idamkan iaitu ikan bakar. Makan bersama air asam dan sambal kicap. Sungguh berselera. *semangat sungguh*. Oh ya, ikan itu agak pahit sebabnya gall bladder pecah rasanya semasa pakcik ikan itu membersihkan ikan. So, a bit waste jugalah for us yang sangat kempunan mahu makan ikan bakar.

The ikan bakar yang macam sudah mahu rentung..hihihi..

Ikan bakar ini sangat simple. Tetapi kurang garam sedikit. *hehehe* Cik Kz kurang pandai mengagak garam kalau ikan sebesar ini dan bila mahu dibakar. Ikan comel-comel saiz macam ikan kembung insya Allah sudah tau kuantiti garamnya.

Next mission: ikan bakar berinti kelapa. Haruslah mencari ikan kembung yang segar bugar. Tetapi mak cakap sedap kalau ikan cencaru dibuat begitu or ikan merah (kerisi) dibakar bersama sisiknya. Mak kata: confirm marvellous. *hehehe*

Baiklah, Cik Kz sangat bersemangat mahu menyambung tontonan Surgeon Bong Dal Hee. Sangat menarik dan Dr. Ahn Joong Geun itu sangalha cold hearted and cold blooded but I like that character. Got attitude gitu. I LOIKE!! lalala..

Till then, wassalam.. :)

Mijie's request..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Inilah dia request from my lil adik, Mijie. Merengek-rengek meminta Angahnya buatkan email dan seterusnya akaun facebook. Mahukan email address: mizie_sempoi. Katanya mahu sama seperti Angahnya. But sorry my dear, that id is not available anymore. Tidak sama pun tidak mengapa ya dik. Asalkan kamu sudah punya email untuk kegunaan kamu.. :)

Lately rajin sungguh adik Mijie menghadap komputer. Kebetulan komputer di rumah sudah sihat. Segala tok nenek worm, spyware dan virus telah berjaya dinyahkan dari komputer tersebut dan juga speed streamyx yang semakin stabil. Lepas ini pasti adik akan ber'YM' pula dan confirm akan diminta pula untuk meletakkan webcam di komputer or silap haribulan: Angah, belilah laptop untuk letak kat rumah satu. erkkk.. *adess*

Mulanya Cik Kz tidak rajin mahu buatkan akaun tersebut tetapi alahai, kesian pula dengar rengekan adik. Kuasa anak bongsu itu memang sungguh kuat. Menggugat kekerasan hati seorang kakak betul. So, this fbaccount is specially made for you my dear Mijie.

Your sis telah pun mengaktifkan barn buddy application for you so you'll not find any difficulty to playing that game. Selamat berkebun. Ikut jejak langkah kakakmu ini menjadi seoran petani moden yang berjaya. hehehe..

Till then, wassalam

note : harus sms adik ASAP bahawa akaun FB sudah siap :) dan ya adik Mijie berumur 10 tahun ya..lalala.. :P

Asam Pedas Ikan Patin

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dalam pada tidak rajin mahu memasak Cik Kz berjaya menggagahkan diri untuk menyediakan menu ini. Asalnya memang mahu dan berhajat untuk makan benda lain tetapi atas sebab-sebab teknikal tertangguh (lagi) hajat tersebut. Tidak mengapa. Esok masih ada. :D

Kebetulan di dalam peti masih ada stok ikan patin yang tidah habis (zaman bila entah tetapi tidaklah terlalu lama). Setelah puas difikirkan maka Cik Kz masakan sahaja asam pedas. Mahu makan makanan yang pedas kerana perut terasa sakit (meragam pula) Opss Cik Wani, ampun yer, Cik Kz langgar pantang hari ini. Jom review resepi...

Bahan-bahan
2 potong ikan patin/tenggiri (boleh guna ikan kembung juga)
3 sudu besar cili kisar *
1 labu bawang besar *
3/4 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
2/3 biji cili api (tambah kalau mahu lebih pedas)*
1 sudu teh halba
1 sudu teh serbuk kari ayam/ikan
1 cawan air asam jawa
5/6 batang bendi
1 biji tomato - dipotong 4/6
Garam, gula dan serbuk pati ayam

Kisar bahan bertanda *

Cara memasak
1. Tumis halba sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan serbuk kari dan masak selama 5 minit.
2. Masukkan bendi dan masak selama 5 minit (atau sehingga hampir layu). Masukkan air asam dan kacau sebati. Jatuhkan ikan. Masak sehingga ikan masak.
3. Masukkan tomato, garam, gula dan serbuk pati ayam. Bila rasa sudah ok tutup api.

Cik Kz makan asam pedas tersebut bersama sayur di bawah ini. Nama apa pun Cik Kz tidak tahu sebab Cik Kz main campak-campak sahaja. Kebetulan mahu habiskan stok bunga kobis dan cendawan butang. Rasanya sedap. Rangup begitu. Jom tengok resepi tersebut.

Bahan-bahan
Bunga kobis- dipotong sederhana saiz
Cendawan butang -dipotong sederhana saiz
1/2 biji capsucum - dihiris nipis
1 biji telur
Sedikit tepung goreng ayam

untuk kuah
1/2 labu bawang besar - dimayang halus
2/3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 biji lobak merah - dipotong panjang sederhana saiz
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 cawan bancuhan tepung jagung bersama air
Sedikit garam

Cara memasak.
1. Pecahkan telur di dalam satu mangkuk dan pukul sebati. Masukkan bunga kobis dan cendawan. Gaul sekata. Masukkan tepung goreng ayam dan gaul sehingga bunga kobis dan cendawan tersebut bersalut tepung.
2. Panaskan api dan goreng pada api yang sederhana sehingga garing. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk menghidang. Susun capsicum di atasnya.
3. Untuk membuat kuah- Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau, masukkan lada hitam dan serbuk pati ayam. Masukkan lobak merah dan masak selama 5 minit. Masukkan bancuhan tepung jagun. Kacau sebati. Tambah garam. Bila kuah sudah pekat tutup api.
4. Untuk menghidang - Tuangkan kuah ke atas mangkuk berisi hasil gorengan tadi. Siap untuk dihidang

Alhamdulillah, berselera Cik Kz makan sambil menonton drama Surgeon Bong Dal Hee. Menarik sungguh cerita ini. Tiba-tiba terasa mahu menjadi seorang pakar bedah pula. Sungguh terpengaruhan dengan cerita ini. hehehe.

Cik Kz rasa blog Cik Kz semakin banyak menayangkan resepi pula seolah-olah sudah menjadi blog masakan pula. Tetapi bagi Cik Kz blog ini adalah untuk Cik Kz luahkan apa Cik Kz rasa dan apa yang Cik Kz mahu kongsikan bersama orang lain. Namun, ada batasan dalam penulisan. Bahasanya adalah tidak boleh menyinggung mana-mana pihak. Betul kan??

Baiklah, Cik Kz perlu mengundurkan diri dahulu. Nanti Cik Kz akan update lagi selepas ini. Ada misi dan request dari si kecil Mijie. Harus dilaksanakan. Apa request tersebut akan Cik Kz publishkan dalam next entry. Berusaha!!! hehe..

Till then, wassalam.. :)

Cucur Jagung

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Cik Kz curi-curi mengupdate blog sementara menunggu Cik Seti bersiap. Ini adalah brunch Cik Kz untuk hari ini. Sudah lama sangat mengidam mahu makan cucur jagung. Dulu di rumah lama (H47) Cik Achik selalu buatkan untuk kami (housematesnya). Sekarang kalau mahu makan kenalah masak sendiri. Jom tengok resepi yang simple habis ini. (saja-saja Cik Kz letak di blog sebab tidak tahu mahu buat apa sementara menunggu ni ..hihihi..)

Bahan-bahan
1 tongkol jagung
200g tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh garam (agak-agak rasanya)
2 sudu teh gula (lebihkan kalau suka manis)
Sedikit air

Cara memasak
1. Asingkan bertih jagung dari batangnya. (boleh guna pisau lagi cepat)
2. Campurkan tepung, telur, garam dan gula bersama jagung tersebut. Tambahkan air sehingga adunan sebati dan tidak terlalu cair.
3. Panaskan kuali. Masak pada api yang perlahan sehingga kekuningan.

Banyak sungguh kuantiti jagung itu.. hihihi. i loike! :P

Nampaknya macam tidak sempat hendak makan di rumah sahaja. Maka haruslah Cik Kz tapawkan untuk Cik Seti. Makan di dalam dewan kuliah sementara menunggu doktor masuk. Boleh diberikan kepada rakan-rakan backbanches juga. weee... :P

Baiklah, harus mengundurkan diri terlebih dahulu.

Till then, wassalam.. :)

Sawi Ikan Masin

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah kenyang Cik Kz malam ini. Cik Seti masakkan sup ayam pada malam ini. Lazat. Resepinya Cik Kz tiada. Tugasan Cik Kz pula adalah menyediakan sayur dan sambal kicap. So, setelah berfikir Cik Kz masak sawi ikan masin. Kalau ada kailan pun lagi sedap. Jom tengok resepi tersebut.

Bahan-bahan
Sawi - terpulang mahu banyak mana
1/2 biji capsicum
2/3 batang cendawan butang
Brokoli (kalau tidak mahu letak pun tidak mengapa)
Ikan masin - - dipotong selebar 1cm (ikut suka jenis apa)
1/2 labu bawang besar - dimayang halus
3/4 ulas bawang putih - dihiris halus
2 biji cili hijau - dihiris halus
Garam dan pati ayam

Cara memasak
1. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hijau sehingga naik bau. Masukkan ikan masin. Masak sehingga ikan agak garing
2. Masukkan sawi (bahagian batang), brokoli dan masak sehingga hampir layu. Kemudian masukkan bahagian daun sawi, cendawan. Masak sehingga hampir layu.
3. Masukkan garam dan pati ayam secukup rasa. Jatuhkan capsicum. Jika rasa sudah ok tutup api.

Simple masakan di hari yang sejuk amat ini. Sup buat Cik Kz rasa panas badan dan sedikit lega. Alhamdulillah demam semakin kebah. Insya Allah esok sudah boleh ke kelas seperti biasa. Malam ini perlu review topik yang diajar di kelas petang tadi.

Baiklah, lain kali Cik Kz berceloteh lagi.

Till then, wassalam.. :)

Demam

Labels:

0


Assalamualaikum wbt..

Mesti aneh kan tengok Cik Kz mengupdate blog pada saat ini. Cik Kz demam. Pagi tadi terasa sungguh tidak berdaya untuk bangun. Dan Cik Kz terpaksa menelan ubat demam (paracetamol) which is sungguh amazing sebabnya Cik Kz memang alah sedikit untuk memakan ubat demam unless kalau betul-betul sudah teruk.

Sekarang sudah rasa sedikit kebah. Pening kepala juga dah berkurangan. Terasa mahu ke kelas tetapi hujan sangat lebat. Jangan cari pasal Cik Kz. Biarlah demam sehari daripada demam seminggu. So, Cik Kz duduk di rumah sahaja. Baca buku dan chatting with my dear Cik 'Ainun.

Baiklah, Cik Kz terasa lapar. Mahu minum milo dahulu. Kalau Cik Kz bertambah ok nanti Cik Kz update lagi.

Till then, wassalam... :)

Laksa Kelantan

Labels:

0


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. Yay!!! Finally Cik Seti masakkan untuk Cik Kz laksa kelantan yang telah dijanji-janjikan. Sedap sangat. Memang ini purely air tangan orang Kelatan. Bila Mek Klate beraksi inilah hasilnya. Bertambah-tambah Cik Kz makan. Jom tengok resepi, hasil pemerhatian Cik Kz bila Cik Seti memasak.

Bahan-bahan
1/2 kg ikan (ikan kembung/selayang/tamban) - ikut suka
2 biji bawang besar - ditumbuk halus
1 sudu lada hitam -ditumbuk halus
2 biji kelapa - diparut dan dibuat santan pekat
1/2 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan serbuk pati ayam

Cara memasak
1. Bersihkan ikan dan rebus ikan sehingga masak. Tus dan asingkan ikan. Ambil isi ikan dan tumbuk hingga lumat. Jangan buang tulang ikan dahulu.
2. Blend tulang ikan bersama santan pekat dan air rebusan ikan tadi. Tapiskan ke dalam periuk (yang akan digunakan untuk memasak). Masukkan sekali isi ikan yang telah siap ditumbuk.
3. Masukkan bawang besar dan lada hitam yang telah siap ditumbuk. Tambah air dan santan (jika kuah terlalu pekat)
4. Masak atas api perlahan sehingga kuah mendidih. Tambah garam dan serbuk pati ayam secukup rasa. Bila rasa sudah ok tutup api.
5. Hidangkan bersama timun, kobis, tauge, daun selom, limau nipis, belacan dan sedikit cili padi :)

Ulam-ulam yang dimakan bersama laksa kelantan. Kalau ada tauge ni mesti lagi marvellous..

Belacan dan garam. Kata Cik Seti wajib ada ketika makan laksa tersebut..

Laksa tiada jadi kami gunakan mee sahaja...

Kuah yang sangat pekat dan berlemak manis.. :)

Taraaa!!!, bila sudah disatukan. Pekatkan kuahnya? Sampai mee tak nampak langsung. hehehe.. :P

Alhamdulillah rezeki Allah. Happy! Sudah lama Cik Kz tidak makan dan hendak makan laksa Kelantan ini. Dulu mak Cik Kz selalu buatkan untuk Cik Kz masa Cik Kz masih kecil dahulu. Bila sudah besar mak Cik Kz kata Cik Kz perlu belajar makan pedas-pedas jadi mak Cik Kz rajin masakkan Cik Kz laksa Penang or laksa Johor sahaja. Pedas tu. Meleleh-leheh air mata Cik Kz makan tetapi mak Cik Kz larang Cik Kz dan abang serta adik Cik Kz daripada minum air. Bertahan sahaja kami bertiga (masa itu masih 3 beradik lagi).

It's very nostalgic. Bila 3 orang budak kecil makan bersebelahan each other menghadap si ibu yang memandang tajam. Habiskan makan! Jangan minum air! Kalau minum kena tambah lagi! waaa...seksa tu!!! Training makan pedas yang sangat seksa (sebab kecik lagi masa itu).

Sekarang kalau tidak pedas memang tidak sah. Craving for spicy food. Tapi Cik Kz sudah lama dan sangat jarang-jarang makan makanan yang spicy sangat sejak sakit tempoh hari. Doktor pesan Kena avoid makanan pedas-pedas yang seperti lazimnya Cik Kz langgar sahaja pantang itu. Kesudahannya sakitlah Cik Kz. hehehe. Well, Cik Kz memang degil orangnya..lalala..

Baiklah, assignment murmur Cik Kz tidak siapkan lagi. Harus bekerja keras. Perut sudah kenyang maka boleh study dengan baik. Berusaha!!!

Till then, wassalam.. :)

Egg Puff

Labels:

0


Assalamualaikum wbt..

Nikmatnya terasa bila dapa makan egg puff ini. Kebetulan tadi Cik Kz berjumpa dentist sempat Cik Kz singgah ke kedai pastry. 2 egg puff Cik Kz beli buat brunch Cik Kz hari ini. Kenyang dan yang pasti sangat lazat. Cik Kz tayang gambar sahaja yer. Resepi Cik Kz kena korek-korek dari tuan punya kedai. Confirm tidak akan dapat sebab secret resepi (mungkin) hehehe.. :P


Kalau hendak harapkan Cik Kz buat sendiri puff ini entah bilalah akan jadinya. Kalau buat adakah sesedap puff ini? jeng, jeng , jeng. hehehe

Baiklah Cik Kz mahu ke hospital dahulu. Lain kali bersambung lagi celotehnya.

Till then, wassalam.. :)

Info Nisfu Syaaban

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Cik Kz mahu share satu lagi artikel tentang Nisfu Syaaban. Tempoh hari ada satu artikel telah Cik Kz sharekan, jadi ini adalah artikel lain yang Cik Kz peroleh dari Berita Harian. Mari baca dan renungkan bersama...

---------------------********************--------------------
Syaaban peluang bersih hati, siapkan diri berpuasa
Oleh Ibrahim Abdullah

Malam Nisfu Syaaban termasuk salah satu masa doa umat Islam mustajab, diperkenan Allah

Pada bulan Syaaban banyak amal kebajikan diperoleh mereka yang mengambil kesempatan beramal. Bulan yang sering dijadikan persediaan menyambut Ramadan turut menjadi bulan umat Islam berebut melakukan amal kebajikan.

Apabila Syaaban berhasil mendorong melaksanakan pelbagai kebajikan dengan amalan mengikut sunnah seperti memperbanyakkan berpuasa sunat, maka Ramadan yang menyusul dapat dilalui dengan mudah dan selesa untuk menunaikan kewajipan berpuasa.

Ulama mengatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk membersihkan diri, Syaaban adalah untuk membersihkan hati dan Ramadan membersihkan jiwa.

Mengenai malam Nisfu Syaaban, Imam Syafii menyatakan dalam Kitabnya Al-Umm: Sudah sampai kepada kami, ada orang yang mengatakan sesungguhnya doa dimakbulkan oleh Allah pada lima malam: malam Jumaat, malam Hari Raya Aidil Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam 15 Syaaban.

Imam Syafii berkata: Saya suka kepada kelebihan yang dinyatakan pada malam itu dengan syarat ia tidak dianggap wajib.

Sahabat, tabiin dan ulama bersungguh beribadah pada malam itu. Kitab Durratun Nasihin menyebut: Jibril datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban dan berkata: Wahai Muhammad, pada malam ini pintu langit dan pintu rahmat sedang dibuka, oleh itu bangun dan kerjakan sembahyang kemudian angkat kepalamu serta kedua-dua tanganmu ke langit.

Aku (Rasulullah SAW) bertanyakan: Wahai Jibril, apakah gerangan malam ini? Jibril menjawab: Pada malam ini sudah dibuka tiga ratus pintu rahmat, maka Allah Taala mengampuni semua orang yang tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, melainkan tukang sihir, kahin (tukang tenung), orang suka bermusuhan, peminum khamar (arak), orang yang melacur dirinya, pemakan harta riba, orang derhaka kepada ibu bapa, orang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan hubungan silaturahim. Maka sesungguhnya mereka tidak akan diampuni sehingga mereka itu mahu bertaubat dan meninggalkan pekerjaan (maksiatnya) itu.

Beribadah pada malam Nisfu Syaaban boleh dilakukan dengan memperbanyak membaca al-Quran, berselawat kepada Rasulullah SAW, berzikir dan berdoa. Ketahuilah malam Nisfu Syaaban adalah termasuk salah satu masa perkenan dan mustajab doa.

Doa yang dibaca Rasulullah SAW pada malam Nisfu Syaaban antara lain bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksa-Mu dan murka-Mu, dan aku tidak mengira pujian kepada-Mu, seperti mana Engkau memuji kepada-Mu sendiri. Maka segala puji bagi-Mu sehingga Engkau reda.

Doa itu dibaca Rasulullah SAW dalam sujud di waktu malam ketika sembahyang sunat di rumahnya. Baginda SAW membaca doa itu dalam sujudnya sambil matanya menitiskan air mata kerana perasaan takutnya kepada Allah SWT.

Antara kelebihan malam Nisfu Syaaban ialah pada malam itu pintu langit dan pintu rahmat dibuka bermula daripada awal malam sehingga waktu Subuh.

Allah mengampunkan segala dosa yang pernah dilakukan oleh orang yang menghidupkan malam itu dengan melakukan ibadah kecuali orang yang syirik kepada Allah, menyimpan dendam dalam hati, ketagih arak dan orang yang sentiasa berzina.

Pada malam berkenaan juga amalan yang dilakukan dalam tempoh setahun diangkat kepada Allah, ditulis siapa yang akan hidup dan siapa yang akan mati, orang yang menghidupkan malam itu dengan beribadah akan dimasukkan ke dalam syurga.

Bagaimanapun, dalam kalangan masyarakat banyak melakukan KESALAHAN mengenai malam Nisfu Syaaban dengan berebut-rebut datang ke masjid atau surau untuk mendapat fadilat malam itu.

Biasanya diadakan majlis bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali selepas sembahyang Maghrib dan selepas bacaan yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur, memohon dijauhkan bala bencana (bacaan Yasin kedua) dan diniatkan memohon murah rezeki yang halal (bacaan Yasin ketiga).

Difahamkan amalan sambutan malam Nisfu Syaaban yang kaifiatnya seperti ini tidak diamalkan di tempat lain melainkan di Malaysia dan sekitar Nusantara. Ada kalanya mereka membaca surah Yasin begitu cepat dan pantas sehingga mengabaikan hukum tajwid.

Ini berlaku kerana ingin mengejar bilangan tiga kali bacaan. Al-Quran melaknat mereka yang membacanya dengan tidak betul hukum tajwid kerana al-Quran mestilah dibaca dengan tartil.

Firman Allah bermaksud: Dan bacalah al-Quran dengan penuh tartil. (Surah al-Muzammil, ayat 4)

Kita digalakkan sembahyang, berdoa, beristighfar, membaca al-Quran dan melakukan amalan disuruh Allah untuk kebaikan dunia dan akhirat. Nabi SAW tidak menetapkan bacaan surah Yasin seperti disebutkan itu.

Sering juga kita mendengar khutbah yang disampaikan khatib semasa sembahyang Jumaat dengan memperingatkan jemaah supaya jangan terlalu taksub dengan amalan Nisfu Syaaban dan ini bererti ada kesalahan sering dilakukan ketika tibanya malam Nisfu Syaaban.

Syaaban adalah satu bulan hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri serta dianggap pintu gerbang Ramadan yang penuh berkat.

--------------------********************--------------------

Moga artikel ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada kita. Renung-renungkan dan selamat beramal

Till then, wassalam.. :)

Jelajah Blog Ramadhan

Labels:

2


Assalamualaikum wbt...


Siapa tidak kenal Ben Ashaari di dunia blog? Cik Kz tertarik untuk join segment Ben Ashaari yang terbaru ini iaitu 'Jelajah Blog Ramadhan'. Sudah lama Cik Kz mahu join segala macam segment yang dianjurkan oleh beliau tetapi Cik Kz tidak tahu macam mana. Jadi setelah mengkaji segala procedurenya barulah Cik Kz faham. *hehehe.. lampi tul*.

Untuk Ramadhan yang bakal menjelma nanti (kurang daripada 15 hari lagi) Cik Kz ucapkan alhan wasahlan ya Ramadhan Al Mubarak dan buat rakan-rakan di luar (tidak kira samada yang mengenali Cik Kz atau pun tidak) Selamat Berpuasa. Jom puasa penuh untuk Ramadhan kali ini. Berusaha!! Tingkatkan amalan kita dan yang penting ikhlaskan hati dalam setiap perbuatan. Kawal nafsu juga especially nafsu makan sebabnya di bazar Ramadhan itu banyak sungguh makanan-makanan yang menggoda iman. *hihihi*

Jadi, untuk semua blogger yang menziarah blog Cik Kz maka Cik Kz berhajat mahu hidangkan dengan ini (Cik Kz sungguh tergoda dengan kek ini) :


Dan untuk hari raya nanti bolehlah anda semua bergaya sakan dengan shawl menarik dari Checkguprincessshop. Hadiah untuk anda semua dari Cik Kz. *cewah*

Cik Kz akan pulang beraya di Malaysia tahun ini *yay!!!*. Gumbira sungguh hati ini. lalalala...

Till then, wassalam.. :)

Assignment

Labels:

0


Assalamualaikum wbt..

Cik Kz baru 30 minit (eh 40 minit) bangun dari tidur. Balik kelas tadi Cik Kz mandi, basuh baju dan terus tidur. Kebetulannya misi hari ini gagal. Sakit hati? The best term is bersabar sahajalah. Cik Kz tidak jadi memasak. Tutup dapur. Tidur lagi bagus ditambah pula dengan selesema dan kepenatan melampau.

Cuma ini yang Cik Kz ambil for dinner. Roti pizza yang lebih hari itu Cik Kz letakkan sosej yang dihiris nipis dan keju. Makan bersama air milo yang masih panas. Alhamdulillah rasa panas sedikit badan. Rasa selesa dengan suasana yang sejuk. Awal pula musim winter di sini. Tetapi betulkah sudah winter???

Hari ini Cik Kz dan rakan-rakan diberikan assignment oleh Dr. Shirley. Perlu bersiap sedia sebelum khamis ini. Kalau ikut ward round bersama beliau get ready to be asked by lots of questions on murmurs. Dikerah untuk study OP Ghai (paeds text book) as what she had advised all of us.

Nama sudah diambil so get ready. But she was so cute actually. She said she loves music so much so thats why she really loves medicine as she can listen and then appreciate so many 'sounds' (heart murmurs, added sounds on respiration). However, beware of her during an examination couse she is the one who has the tendency to say that : you're FAIL! *hehehe* scarry marry miamore..

Baiklah, Cik Kz mahu habiskan milo Cik Kz, kemudian lipat-lipat baju dan kemudian baca buku dan kemudian Cik Kz akan update blog lagi.

Till then, wassalam.. :)

Daging Masak Sos Tiram

Labels:

0


Assalamualaikum wbt..

Tengok tittle post itu macam semacam sahaja bunyi resepi ini kan? Ini resepi Cik Kz main sesuka hati mencampak segala bahan dan kebetulan kena pula dengan selera Cik Kz. Accidentally terinvent resepi ini (entah-entah memang dah wujud je pun resepi ini.lalala...). Apa-apa pun jom review resepi ini...

Bahan-bahan
200 g daging batang pinang
1 1/2 labu bawang besar (1/2 biji kisar/tumbuk halus, 1 biji potong 6)
3/4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 biji cili hijau (tambah jika mahu pedas)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap manis
1/2 biji lada benggala (dihiris halus)
Sedikit lada hitam, garam dan serbuk pati ayam
Sedikit air (dalam secawan)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak
1. Daging dihiris nipis dan direbus selama 5-10 minit. Tus daging dan simpan air rebusan tersebut.
2. Tumis bawang besar (yang dikisar) bersama bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging (yang telah direbus). Goreng sehingga daging agak garing.
3. Masukkan air rebusan daging tadi. Bila air rebusan sudah sedikit kering, masukkan sos tiram dan kicap. Perlahankan api
4. Masukkan cili hijau, bawang besar, garam dan serbuk pati ayam. Masak sehingga air hampir kering (atau ikut suka hati hendak kuah banyak mana)
5. Tabur lada benggala (capsicum) dan tutup api.

Makan bersama ini... sayur goreng campur.. ada brokoli..nyummy.. :)

Alhamdulillah syukur ke atas rezeki Allah. Actually Cik Kz masak agak lambat pada hari ini. Cik Kz ketiduran selepas pulang dari hospital. Sedar-sedar sudah maghrib. Boleh pula di dalam tidur Cik Kz bermimpi Cik Kz sudah siap masak dan tengah makan. Sedar-sedar perut berkeroncong. Minta diisi. Dengan mamainya Cik Kz memasak.

Hari ini Cik Kz mahu meneruskan misi untuk membaca buku ENT pula. Mengapa ENT?? hahaha. Dr. S punya pasallah ini. Sabar sahajalah.

Baiklah. Esok ada misi penting. Harap jadilah. Penat sungguh kecewa banyak kali. Macam apa sahaja. Misi memasak yang tertangguh. hihihi

Till then, wassalam... :)

Nisfu Syaaban

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Hari ini (malam ini) merupakan malam Nisfu Syaaban. Mari Cik Kz mahu kongsi sebuah artikel dengan anda sekalian. Cik Kz ambil dari sini. Kalau mahu baca secara penuh bolehlah terus klik pada sini. Moga diberikan sedikit ilmu dan panduan buat kita semua.

--------------------**********--------------------

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya:
“Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.
“Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal? Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah. Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut? Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masa kini tentang sahih batilnya amalan ini.Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.
--------------------**********-------------------

Cik Kz tidak habis copy dan paste tentang artikel ini. Oleh itu Cik Kz amat berharap agar semua boleh merujuk kepada link yang telah Cik Kz berikan di atas. Dan Cik Kz juga tidak berani hendak komen lebih jadi ada baiknya jika kita baca dan kaji sendiri. (wah terasa berat pula artikel ini)

Till then, wassalam..

Pizza Segera

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, kenyang. Cik Kz baru sahaja menghentam 4 slices of pizza segera. Cik Kz tidak berpuasa hari ini. Sangat lapar. Kebetulan tadi Cik Kz ke hospital. Berjumpa dengan doktor (monthly appointment since July last year). Yay!!! tidak perlu jumpa doktor lagi sehingga bulan 9 nanti :)

Sempat juga Cik Kz singgah ke Gerai Siva yang menjual egg puff yang sangat sedap lagi marvellous itu. So far, egg puff Siva yang terbaik sekali yang pernah Cik Kz makan di sini. Di BBH, puffnya sedikit pedas (berempah sangat) dan di Day Fresh (our favourite kedai mamak here especially for boys la) pastrynya sedap tetapi untuk intinya kurang rasa pula (banyak komen betul kan Cik Kz ni. hihihi)


Pizza ini pula adalah lunch dan mungkin juga dinner Cik Kz malam ini (kalau Cik Kz kurang rajin untuk memasak). Cik Kz buat pizza segera di mana roti pizza Cik Kz beli di kedai sahaja. Bukan apa, kalau ada oven di rumah ini sudah pasti Cik Kz masak pizza dengan cara yang proper (cewah alasan). Boleh tahan sedap roti pizza itu, lembut. Cuma bahan atas itu Cik Kz main letak sahaja sesuka hati mengikut bahan yang ada di rumah ini. Cik Kz letak cheese (banyak sangat-sangat), sos cili (sedikit), sosej dan cendawan sahaja. Then, Cik Kz bakar in microwave oven (guna function grill) for 10 minutes. Bila sudah siap dan mahu makan Cik Kz tabur oregano banyak-banyak. Sedap bila ditambah oregano ini. Menaikkan rasa pizza dan of course menaikkan selera Cik Kz. hehehe

Baiklah, Cik Kz perlu menyiapkan diri untuk ke hospital. Perlu attend 3 jam kelas teori. Ikutkan mood dan suasana yang sejuk ini lagi best kalau duduk di rumah dan berselubung di dalam comforter. Tetapi Cik Kz ada tanggungjawab dan amanah. Untuk belajar dan berbakti pada negara setelah pulangnya Cik Kz nanti (wah patriotik pula.hehehe..)

Till then, wassalam.. :)

Jodoh

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Hari ini usai Cik Kz menyiapkan kerja-kerja log book (sudah hantar tetapi Cik Kz terlebih rajin siapkan untuk kes Obstetric) Cik Kz telah membuka email Cik Kz. Banyak email yang diterima cuma Cik Kz tidak sempat untuk membacanya sahaja. Ada satu email menarik perhatian Cik Kz dan jika orang lain mendapat email yang sama pasti mereka turut tertarik.

Jadi Cik Kz decide untuk share di blog ini tentang email tersebut (agak panjang tetapi harap kalian sabar dan terus membacanya) yang bertajuk Salah Faham Berkenaan Jodoh. Mari baca dan ambil iktibar. :)
--------------------*********--------------------

Subject: Salah Faham Ferkenaan JODOH

Persoalan Jodoh termasuk perkara yang berada dibawah bab takdir dan telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak azali lagi. Memahami masalah jodoh hendaklah dengan kefahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang diajarkan oleh Rasulullah agar kehidupan kita dilalui dengan pertunjuk yang sahih dan mencapai keredhaan Allah SWT.

Salah Faham Berkenaan Jodoh
(sumber : http://tinyurl.com/salah-faham)

Saya sendiri pernah tersalah faham di dalam bab jodoh, ianya berlaku kepada saya sewaktu masih muda remaja dahulu dan sibuk mengejar cinta serta mengharapkan jodoh yang istimewa dan akhirnya memang saya mendapat jodoh yang benar-benar istimewa.

Saya berkahwin dengan seorang gadis arab, anak perempuan seorang ulama sunnah di Yaman. Sewaktu itu saya cukup bergembira dan merasa sangat berbangga. Walaubagaimanapun Allah lebih menyayangi saya.

Allah swt befirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (Al-Baqarah : 216)

Allah mengehendaki kebaikan kepada saya dengan menganugerahkan kepada saya sebuah perceraian sehingga melaluinya saya dapat memahami erti sebuah jodoh dan perkahwinan. Tanpa penceraian tersebut nescaya saya tidak akan mengetahui dan memahami maksud jodoh sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah.

Saya diberi izin oleh Allah SWT untuk berkahwin kali kedua apabila seorang bapa yang soleh menawarkan anak gadisnya kepada saya. Ketika itu wujud perbalahan di dalam jiwa saya yang membuatkan saya berfikir panjang ini disebabkan sebagai seorang ustaz (ketika itu sudah bergelar ustaz) saya memikirkan untuk mencari seorang gadis yang sempurna, wanita yang hebat dan mampu mengubati hati saya yang terluka dan cedera akibat perkahwinan terdahulu. Kali ini mahu mencari yang paling comel, paling gebu, paling sempurna sehingga saya gariskan ciri-ciri isteri idaman saya yang persis bidadari.

Allah menyebut di dalam Al-Quran bahawa Syaitan akan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara antaranya ialah dengan angan-angan yang memperdayakan:

"Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka." (Al-Baqarah : 216)

Allah befirman : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (An-Nisa : 120)

Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberikan kebaikan kepada saya dengan mendapat nasihat dan pertunjuk berguna daripada ulama-ulama sunnah di Yaman. Kata mereka, Allah tidak akan memberikan "bidadari" kepada anda di dunia tetapi di akhirat. Jadi jika anda mahukan wanita yang bertaraf bidadari di dunia maka kahwinilah dengan niat yang betul, jalanilah kehidupan rumahtangga dengan betul, jadilah suami yang betul dan InsyaAllah isteri anda akan menjadi bidadari di akhirat.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal kepimpinannya. Pemimpin adalah yang bertanggungjawab memimpin dan akan ditanya perihal yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Buruh adalah pemimpin dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah pemimpin dan tentu akan ditanya perihal kepimpinannya. " (Hadis sahih Muttafaq 'alaih)

Syeikh lalu menceritakan perihal Umar RA yang turut mengalami masalah rumahtangga, bahkan rasulullah sebaik-baik manusia juga menghadapi masalah yang sama sekaligus menyedarkan saya
"Mana ada manusia yang SEMPURNA."

Diriwayatkan bahwa seorang pemuda datang ke rumah Umar bin Khatthab Radhiallahu 'anhu hendak mengadukan keburukan akhlak isterinya. Maka ida berdiri di depan pintu menunggu Umar keluar. Lalu dia mendengar isteri Umar bersuara lantang pada suaminya dan membantahnya sedangkan Umar diam tidak membalas ucapan isterinya. Pemuda itu lalu berbalik hendak pergi, sambil berkata : "Jika begini keadaan Umar dengan sifat keras dan tegasnya dan dia seorang amirul mukminin, maka bagaimana dengan keadaanku ?".

Umar keluar daripada rumahnya dan melihat ada orang beredar dari rumahnya lalu memanggil pemuda itu dan berkata : "Apa keperluanmu wahai pemuda ?" Dia menjawab : "Wahai Amirul Mukminin, pada mulanya aku datang hendak mengadukan keburukan akhlak isteriku dan sikapnya yang membantahku. Lalu aku mendengar isterimu berbuat demikian, maka aku pun kembali sambil berkata :"Jika demikian keadaan amirul mukminin bersama isterinya, maka bagaimana dengan keadaanku ?" maka Umar berkata : "Wahai saudaraku. Sesungguhnya aku bersabar atas sikapnya itu kerana hak-haknya padaku. Dia yang memasakkan makananku, yang membuatkan rotiku, yang mencucikan pakaianku, yang menyusui anak-anaku dan hatiku tenang dengannya dari perkara yang haram. Kerana itu aku bersabar atas sikapnya". Pemuda itu berkata : "Wahai Amirul Mukminin, demikian pula isteriku". Berkata Umar "Bersabarlah atas sikapnya wahai saudaraku ..." [Kitab Al-Kaba'ir oleh Dzahabi hal. 179]

Janganlah melihat kepada keburukan seseorang kerana tidak akan wujud pengakhirannya tetapi lihatlah kepada kebaikan yang akan membolehkan kita menumpang dan menikmatinya.

Saya lalu terus bersetuju untuk mengahwini seorang gadis mentah, muda seusia 17 tahun untuk menjadi isteri saya tanpa teragak-agak. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun kini dialah bidadari saya yang merupakan wanita paling indah yang pernah saya temui.

Anda yang bertanggungjawab "berusaha" menjadikan pasangan anda sebagai bidadari atau lelaki soleh yang anda inginkan melalui usaha berterusan dan perjuangan melaksanakan hal tersebut beroleh pahala.

Berdasarkan carta jodoh di atas ANDA akan mendapati bahawa JODOH kita sebenarnya sudah DITAKDIRKAN iaitu bermaksud ianya sudah ditetapkan oleh ALLAH SWT semenjak azali lagi.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda:

"Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya." (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)

Tidak kira apakah jalan yang anda gunakan untuk berkahwin maka ianya sudah pun ditetapkan oleh yang demikian mengapakah kita harus menggunakan JALAN yang HARAM sedangkan dengan JALAN yang HALAL pun kita boleh mendapatkannya ?

Janganlah mencelakakan diri kita dengan memilih jalan yang haram dan berdosa kerana kelak kita akan menanggung akibatnya di akhirat.

Kenapa bimbang belum mendapatkan jodoh ?

Apakah anda akan ditakdirkan akan berkahwin atau ditakdirkan tidak akan berkahwin TERNYATA sudah tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana ianya SUDAH DITETAPKAN dan hal tersebut tidak berubah.

Jadi mengapa bimbang dan risau ? Orang yang beriman kepada Takdir maka tiada kebimbangan dan kerisauan di dalam jiwa mereka kerana menyakini segala sesuatu sudah pun ditetapkan.

Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Abu Darda r.a dari Nabi s.a.w bersabda,

‘Tidak sekali-kali masuk ke dalam syurga (Allah), orang yang mendustakan takdir (Allah).’ (lihat: Silsilah hadis Sahihah, nombor 675).

Apa yang perlu anda risaukan ialah bagaimana harus berusaha, jalan yang perlu dipilih agar memenuhi PERINTAH ALLAH itu sahaja.

Siapakah Pasangan Anda ?

Anda tidak perlu TAKUT siapakah jodoh anda kerana pasangan anda sudah pun ditentukan oleh Allah SWT dan apa yang perlu anda lakukan ialah untuk berusaha mendapatkan calon yang soleh dan solehah sebagai memenuhi PERINTAH ALLAH dalam keadaan anda penuh sedar dan yakin ianya sudah ditetapkan.

Anda berusaha semata-mata kerana mahu memenuhi perintah Allah. SWT. Pilihlah jodoh yang baik.

Berdasarkan carta di atas, maka anda diharapkan dapat memahami bahawa Kehendak Allah yang disukai dan diredhai-Nya (Iradah/Kehendak Syar'iyah) dapat diketahui oleh kita dengan ILMU berdasarkan Kitab dan Sunnah. Manakala Kehendak Allah yang menyebabkan berlakunya segala sesuatu, yang mengizinkan terjadi tiap-tiap perkara (disebut Iradah/ kehendak Kauniyah) tidaklah bermakna ianya disukai dan diredhai oleh Allah SWT.

Tiada sesiapa termasuk anda dan ulama dapat mengetahui siapakah lelaki atau wanita yang sesuai atau baik untuk anda. Mr. Right atau Mrs. Right tidak akan dapat diketahui oleh Kita selama-lamanya tanpa WAHYU di sisi.

Allah swt befirman : "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib ,maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu." (Jin : 26)

Memandangkan Rasulullah telah wafat maka tiada sesiapa lagi boleh mengetahui siapakah yang lebih sesuai untuk kita dan siapakah pula tidak. Majoriti orang "menyelidik", "mengkaji" latar belakang calon pasangan masing-masing dengan tujuan "merisik" mencari calon yang paling sesuai dan terbaik.

Hakikatnya hanya ALLAH yang mengetahui, boleh jadi setelah dikaji "di dalam makmal" maka didapati seorang wanita itu baik untuk kita atau sebaliknya namun setelah berkahwin dan hidup bersama maka dia kemudiannya berubah hati dan menjadi jahat serta menyeleweng.

Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”
(HR. Tirmidzi)

Hati manusia boleh berubah ibarat pantai.

Jangan membuang masa mencari Mr. Right atau Mrs Right sehingga mengabaikan tanggungjawab kita yang banyak. Masa kita terhad, maka perlu dipergunakan semaksima mungkin di dalam gerak kerja ibadah kita seharian.

Kita harus perlu sentiasa TEGUH di atas Perintah ALLAH SWT.

Aisya ra., berkata, “Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan,

‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.(hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah)

Ambilah iktibar dari Kisah Ummu Habibah (Ummul Mukminin), Ramlah binti Abu Sufyan yang telah mengahwini Ubaidullah bin Jahsy, seorang muslim seperti beliau. Tatkala kekejaman kaum kafir terhadap kaum muslimin, Ramlah hijrah menuju Habsyah bersama suaminya. Disanalah beliau melahirkan seorang anak perempuan, yang diberi nama Habibah. Dengan nama anaknya inilah beliau dijuluki (Ummu Habibah).

Allah menguji beliau dengan situasi yang dahsyat apabila suaminya murtad daripada Islam sewaktu berada di Habsyah dan berusaha memurtadkannya. Beliau tetap istiqamah di atas Islam dan akhirnya berpisah dengan suami tercinta kerana agama. Hal ini akhirnya menjadi PELUANG kepadanya untuk menjadi Ummul Mukminin apabila beliau kemudiannya dipinang oleh Rasulullah SAW. Rasulullah bertemu dengannya pada tahun ke enam atau ke tujuh Hijriyah. Waktu itu Ummu Habibah berumur 40 tahun.

Islam Mengizinkan Lelaki Mukmin berkahwin dengan Wanita Ahli Kitab

"Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan* diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi.” (Al-Maidah:5)

Mengapakah Allah mengizinkan lelaki yang beriman mengahwini wanita ahli kitab ? Jawapannya kerana persamaan Aqidah di antara kita dan mereka. Perbezaan di antara ahli kitab dan umat Islam ialah berkait masalah syariat demikian yang dimaksudkan dengan keizinan bolehnya berkahwin di antara lelaki muslim dan ahli kitab iaitu mestilah ahli kitab yang memiliki kepercayaan Aqidah yang sahih dan benar berdasarkan kitab samawi terdahulu bukannya merujuk kepada ajaran Yahudi dan Kristian yang SYIRIK dan mensyirikkan Allah di dalam ajaran mereka sehingga menjadikan mereka orang musyrikin dan bukan lagi ahli kitab.

Di dalam “Sahih Bukhari” terdapat sebuah riwayat yang berasal dari Abdullah bin Umar r.a. bahawasanya ia pernah ditanya tentang perkahwinan antara lelaki muslim dan wanita nasrani atau yahudi, Abdullah bin Umar menjawab :

“Allah mengharamkan wanita musyrik dikahwini oleh lelaki muslim, Aku tidak tahu syirik apakah yang lebih besar daripada seorang isteri yang mengatakan bahawa Tuhannya ialah Isa, padahal beliau itu adalah salah seorang dari hamba Allah s.w.t. Jika ia tidak mengatakan hal itu, ia tetap dipandang sebagai wanita ahlul kitab, walaupun ia meyakini kesucian Isa al Masih atau meyakini kesucian bondanya Maryam atau meyakini kesucian roh kudus dalam bentuk yang berlainan dari kepercayaan orang muslim; selama ia tidak menyekutukan Allah”. (hadis Sahih Bukhari)

Hal ini membuktikan bahawa Islam menganggap perkahwinan itu cuma alat dan tools untuk merealisasikan perjuangan dan tuntutan ibadah bagi menyalurkan keperluan fitrah manusia ke arah yang halal.

Lantas untuk orang yang sedar akan segera memahami bahawa adalah tidak perlu untuknya mengambil masa yang lama untuk memberi respon kepada jemputan atau pinangan perkahwinan apabila dirinya dipinang jika cara dan kaedah yang digunakan adalah menurut syarak.

Manfaatkan sahaja peluang dan rezeki yang diberikan untuk digunakan ke jalan Allah SWT.

Semuanya berbalik kepada diri kita sendiri apakah kita sebenarnya mahu atau mampu menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah bukan melihat kepada orang lain untuk dijadikan alasan di atas kegagalan kita.

Asiah merupakan isteri Firaun, tetapi dia berjaya menjadi wanita yang solehah dan memasuki syurga Allah.

Allah befirman : "Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman." (At-Tahrim : 11)

Manakala Isteri Nabi Luth pula merupakan ahli neraka sekalipun suaminya ialah Rasul dan Nabi.

Allah befirman : "Kecuali isterinya. Kami telah menentukan, bahwa sesungguhnya dia itu termasuk orang-orang yang tertinggal (bersama-sama dengan orang kafir lainnya)." (Al-Hijr : 60)

Allah befirman : "Maka Kami selamatkan dia beserta keluarganya, kecuali isterinya. Kami telah mentakdirkan dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan)." (An-Naml : 57)

Hal ini sebenarnya bertitik tolak kepada ILMU dan kefahaman yang sahih menurut KItab dan Sunnah untuk menyedari kewajipan dan peranan kita di dalam agama.

Tugas anda ialah berusaha mengikut cara yang sahih dan menjalani ibadah dengan segigih mungkin kepada Allah SWT manakala bakinya berserah kepada Allah untuk menetapkan keputusan di atas usaha kita.

--------------------*********--------------------

Maaf entri ini sangat panjang. Moga diberikan pengajaran dan diambil iktibar darinya. Satu motivasi buat diri Cik Kz harapnya buat kalian juga. Insya Allah..

Till then, wassalam... :)