Ayam Masak Kicap
0
Assalamualaikum wbt...
Hari ini Cik Kz berbuka seorang diri lagi. Bosan dan sedih sungguh. Tetapi tidak mengapalah. Hendak buat macam mana kan. Cik Kz cuma masak ayam masak kicap campak-campak dan sayur goreng biasa sahaja. Tidak rajin hendak masak pelik-pelik kalau yang makannya hanya Cik Kz. Oh sedih... :(
Cik Kz pernah buat masakan ini masa di rumah dahulu. Mak Cik Kz cakap itu cara orang jawa memasak. Cik Kz sendiri tidak tahu walaupun adalah sedikit darah jawa (sebelah mak Cik Kz). Yang Cik Kz tahu mencampak sahaja segala jenis bahan yang Cik Kz suka. Jom kita lihat resepi tersebut..
Bahan-bahan
6 ketul ayam
2 biji kentang (dipotong empat dan digoreng garing)
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis (cap kipas udang)
1 sudu cili kering (dikisar)
1 biji tomato
2 helai daun limau purut
1/2 biji lada benggala
1 biji cili padi
3/4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
Sedikit air
Cara memasak
1.Goreng ayam sehingga sedikit garing. Asingkan
2.Tumis bawang putih bersama cili padi dan cili yang telah dikisar. Masak sehingga naik bau.
3.Tambahkan kicap pekat dan kicap manis. Masukkan sedikit air dan juga daun limau purut. Biarkan mendidih.
4.Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng. Gaul sebati.
5.Masukkan tomato dan lada benggala.
6.Masukkan garam dan serbuk pati ayam. Masak selama 5 minit dan tutup api.
Sangat simple. Tidak lama pun hendak menyediakan. Makan bersama sayur goreng atau sayur masak air.
Hmm.. tiba-tiba Cik Kz sangat bosan. Makan seorang sangat tidak best. Macam ini Cik Kz tidak mahu makanlah *merajuk*
Baiklah, Cik Kz mahu baca buku. Hari ini Cik Kz banyak tidur daripada study. Nanti Cik Kz update lagi.
Till then, wassalam...


0 Response to "Ayam Masak Kicap"
Post a Comment