Masak dan Makan
Labels: Life , Recipes
2
Assalamualaikum wbt..
Banyak sungguh gambar makanan dalam entri kali ini. Inilah hasil kerja Cik Kz di rumah pada hari ini. Hasil bunk kelas. Memasak adalah antara terapi bagi Cik Kz di kala tidak stabil.
Menariknya hari ini, Cik Wani telah datang ke rumah Cik Kz. Kami makan bersama-sama. Sudah lama tidak makan begitu. Cik Wani kata rindukan masakan Cik Kz *hehehe*
Hanya ini yang mampu Cik Kz sediakan. Hajatnya mahu membuat kuih burger Malaysia juga tetapi masa tidak cukup pula. Mungkin lain kali akan Cik Kz buat dan hantarkan kepada Cik Wani :)
Untuk resepi sambal ikan ini sama sahaja seperti sambal ayam. Cuma gantikan ayam dengan ikan sahaja. Cara memasak adalah sama sahaja.
Sambal ikan...
Sayur tauge goreng campur
Untuk sayur tauge goreng campur ini, Cik Kz masak sama sahaja seperti sayur goreng biasa cuma Cik Kz campur pelbagai jenis sayur (lobak, sawi, bunga kobis, cendawan dan lada benggala) . Pelbagai dan sungguh warna-warni. Itu yang menjadi kegemaran Cik Kz :)
Kek pisang.. Upper view
Side view
Dah kena potong into slices.. :P
Kek pisang. Kegemaran Cik Kz. Sebenarnya kek ini perlu dimasak menggunakan oven (dibakar pada suhu 175 celcius selama 45 minit). Memandangkan di rumah Cik Kz tiada oven (yang ada cuma microwave oven) Cik Kz dengan suka-sukinya mengukus kek tersebut. Sudah seperti apam pisang pun ada juga tetapi teksturnya adalah seperti kek. Boleh view resepi di sini.
Alhamdulillah atas segala nikmatnya. Oh ya, Cik Kz sudah ok. Biasalah kadang-kadang mood itu kurang stabil. Terasa kelakar pula boleh beremosi. Thats not so Cik Kz actually. hihihi
Esok Cik Kz tiada kelas pagi tetapi Cik Kz perlu ke hospital awal pagi. Baru mendapat tugasan untuk menyiapkan segala log book yang Cik Kz baru tahu semalam dan perlu hantar pada hari Sabtu ini. Incredible India!.
Baiklah, Cik Kz mahu bersembang-sembang dengan Cik 'Ainun. Berbincang tentang percutian kami pada hujung tahun ini. Cik 'Ainun is coming to India! Seronok sangat-sangat!!!
Till then, wassalam :)


jgn lupa!!kita nk main masak2..cik enoun nk serbu dapur cik kz!!nyehahah
hehehe..semestinya..
aktiviti wajid nanti
yang pasti kamu lah jadi main chefnya..
hihihihi :D