Asam Pedas Ikan Patin

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dalam pada tidak rajin mahu memasak Cik Kz berjaya menggagahkan diri untuk menyediakan menu ini. Asalnya memang mahu dan berhajat untuk makan benda lain tetapi atas sebab-sebab teknikal tertangguh (lagi) hajat tersebut. Tidak mengapa. Esok masih ada. :D

Kebetulan di dalam peti masih ada stok ikan patin yang tidah habis (zaman bila entah tetapi tidaklah terlalu lama). Setelah puas difikirkan maka Cik Kz masakan sahaja asam pedas. Mahu makan makanan yang pedas kerana perut terasa sakit (meragam pula) Opss Cik Wani, ampun yer, Cik Kz langgar pantang hari ini. Jom review resepi...

Bahan-bahan
2 potong ikan patin/tenggiri (boleh guna ikan kembung juga)
3 sudu besar cili kisar *
1 labu bawang besar *
3/4 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
2/3 biji cili api (tambah kalau mahu lebih pedas)*
1 sudu teh halba
1 sudu teh serbuk kari ayam/ikan
1 cawan air asam jawa
5/6 batang bendi
1 biji tomato - dipotong 4/6
Garam, gula dan serbuk pati ayam

Kisar bahan bertanda *

Cara memasak
1. Tumis halba sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan serbuk kari dan masak selama 5 minit.
2. Masukkan bendi dan masak selama 5 minit (atau sehingga hampir layu). Masukkan air asam dan kacau sebati. Jatuhkan ikan. Masak sehingga ikan masak.
3. Masukkan tomato, garam, gula dan serbuk pati ayam. Bila rasa sudah ok tutup api.

Cik Kz makan asam pedas tersebut bersama sayur di bawah ini. Nama apa pun Cik Kz tidak tahu sebab Cik Kz main campak-campak sahaja. Kebetulan mahu habiskan stok bunga kobis dan cendawan butang. Rasanya sedap. Rangup begitu. Jom tengok resepi tersebut.

Bahan-bahan
Bunga kobis- dipotong sederhana saiz
Cendawan butang -dipotong sederhana saiz
1/2 biji capsucum - dihiris nipis
1 biji telur
Sedikit tepung goreng ayam

untuk kuah
1/2 labu bawang besar - dimayang halus
2/3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 biji lobak merah - dipotong panjang sederhana saiz
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 cawan bancuhan tepung jagung bersama air
Sedikit garam

Cara memasak.
1. Pecahkan telur di dalam satu mangkuk dan pukul sebati. Masukkan bunga kobis dan cendawan. Gaul sekata. Masukkan tepung goreng ayam dan gaul sehingga bunga kobis dan cendawan tersebut bersalut tepung.
2. Panaskan api dan goreng pada api yang sederhana sehingga garing. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk menghidang. Susun capsicum di atasnya.
3. Untuk membuat kuah- Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau, masukkan lada hitam dan serbuk pati ayam. Masukkan lobak merah dan masak selama 5 minit. Masukkan bancuhan tepung jagun. Kacau sebati. Tambah garam. Bila kuah sudah pekat tutup api.
4. Untuk menghidang - Tuangkan kuah ke atas mangkuk berisi hasil gorengan tadi. Siap untuk dihidang

Alhamdulillah, berselera Cik Kz makan sambil menonton drama Surgeon Bong Dal Hee. Menarik sungguh cerita ini. Tiba-tiba terasa mahu menjadi seorang pakar bedah pula. Sungguh terpengaruhan dengan cerita ini. hehehe.

Cik Kz rasa blog Cik Kz semakin banyak menayangkan resepi pula seolah-olah sudah menjadi blog masakan pula. Tetapi bagi Cik Kz blog ini adalah untuk Cik Kz luahkan apa Cik Kz rasa dan apa yang Cik Kz mahu kongsikan bersama orang lain. Namun, ada batasan dalam penulisan. Bahasanya adalah tidak boleh menyinggung mana-mana pihak. Betul kan??

Baiklah, Cik Kz perlu mengundurkan diri dahulu. Nanti Cik Kz akan update lagi selepas ini. Ada misi dan request dari si kecil Mijie. Harus dilaksanakan. Apa request tersebut akan Cik Kz publishkan dalam next entry. Berusaha!!! hehe..

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Asam Pedas Ikan Patin"

Post a Comment