Sejuk + Mogok = Bestnya!!!
Labels: Life
0
Assalamualaikum wbt...
Sejuk sungguh pagi ini. Cik Kz pun jadi liat hendak bangun dari katil. Berselubung dalam comforter bertemankan buku Dutta. Jadi semakin tidak rajin. Golek-golek kiri kanan lalu Cik Kz gagahkan diri untuk bangun dan membuka laptop.
Hari ini Cik Kz tidak perlu ke hospital *yay!*. Cik Kz dapat cuti. Thanks kepada rakyat jelata yang telah membuat strikes pada hari ini. It is a bandh against rise in price. Cik Kz dapat tahu setelah menggeledah facebook rakan-rakan.
Bagus juga bandh ini terutama kerana harga yang semakin naik ini. Hari itu Cik Kz ke pasar. Harga sayurnya kesabaran sahaja. Sudah naik berganda-ganda. Ada juga yang turun harganya tetapi yang naik ini rasanya macam melampau pula.
Itu belum lagi makanan di kedai-kedai. Kenaikannya sangatlah terkesan. Bukan sahaja harga naik tetapi kuantiti makanan itu pun turut sama berkurangan. Manalah Cik Kz tidak berpuas hati. Nasib baiklah Cik Kz jenis tidak boleh makan masakan India sangat *sebab terlalu berempah*. Kalau tidak mesti Cik Kz terpaksa melupakan all those favourite foods
Harga auto juga naik sekarang ini. Yang ini Cik Kz memang sangat tidak berpuas hati. Sebabnya harga tambang naik ( Rs18/2km), itu belum lagi termasuk yang menipu. Mengubah suai meter auto jadi semakin laju. Pernah sekali Cik Kz naik auto dari kolej untuk pulang ke rumah. Tambangnya Rs50 sedangkan tambang sebenar tidak sampai Rs25 pun. Cik Kz bayar cukup-cukup Rs25 dan terus lari masuk ke kawasan apartment.
Bagi Cik Kz pemandu-pemandu auto sekarang sudah banyak naik lemak. Suka mengenakan orang terutama foreigner. Kalau yang tidak tahu itu memang sangat kesian. Memang terkulat-kulatlah mereka membayar tambang harga yang sungguh unreasonable.
Baiklah, Cik Kz mahu sambung baca paeds. Esok Cik Kz mula exam. Doakan Cik Kz dan rakan-rakan Cik Kz di sini ya.
Till then, wassalam.. :)


0 Response to "Sejuk + Mogok = Bestnya!!!"
Post a Comment