Kurma Telur dan Daging

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Cik Kz berbuka keseorangan sahaja pada hari ini kerana Cik Seti mengalami ulcer (Cik Seti makan nestum sahaja). Kalau seorang diri Cik Kz gemar makan di dalam bilik daripada makan di meja makan. Yang pasti makan seorang diri sangat tidak best ya rakan-rakan. Kurang seleranya. Makan pun jadi tidak rasa kenyang.

Jom review resepi dan seperti biasa resepi Cik Kz adalah resepi ikut sedap tangan sahaja. hehehe :D

Kurma telur bersama daging..

Bahan-bahan (untuk makan seorang)
2 biji telur
100 g daging (dihiris halus)
1 labu bawang besar (potong 4/6)
1 labu bawang besar (dikisar halus)
4/5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 sudu besar rempah kurma
1/3 kotak santan pekat (lebih kurang 2 sudu besar santan pekat)
2 biji buah tomato
Sedikit minyak
Sedikit air
Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa

Cara memasak
1. Rebus telur sehingga masak. Kupas kulitnya dan goreng sedikit garing/ kekuningan
2. Tumis bawang putih dan bawang besar (yang dikisar) sehingga naik bau
3. Masukkan rempah kurma dan ratakan. Masak selama 2-3 minit. Masukkan daging. Tambah santan pekat dan gaul rata.
4. Tambah air (lebih kurang 100ml) dan ratakan masakan. Perlahankan api.
5. Masukkan telur yang telah digoreng. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan bawang besar
8. Setelah kuah menjadi pekat/ minyak terbit, jatuhkan buah tomato. Tambah garam dan serbuk pati ayam secukup rasa. Selepas 3-5 minit, tutup api dan bolehlah dihidangkan


Cik Kz makan bersama sayur campur goreng masak kicap. Resepi macam sayur goreng biasa cuma Cik Kz tambah kicap sahaja. Cik Kz habiskan stok sayur di dalam peti kerana berhajat untuk membeli stok sayur baru pada esok harinya. yay! Sambal tempoyak juga menjadi sebahadian dari menu. Tidak lengkap rasanya tanpa sambal untuk memberi rasa umph pada menu ini. Spice will live up your life! Betul kan?? hihihi

Sayur campur masak kicap

Esok Cik Kz mahu masak apa ya? No idea yet since esok pun Cik Kz perlu makan seorang diri lagi (sedih). Lama-lama macam ini boleh kering Cik Kz. Makan itu memang tetapi bila seorang diri umpama tidak makan, hilang selera.

Baiklah, Cik Kz dapat merasakan aura kemengantukan yang sangat dasyat. Mata semakin kuyu. Apa yang Cik Kz taipkan juga lebih banyka typing error dari yang betulnya. Solat dahulu dan kemudian zzz...

Till then, wassalam :)

0 Response to "Kurma Telur dan Daging"

Post a Comment