Donut oh Donut...
Labels: Recipes
2
Assalamualaikum wbt...
Petang tadi Cik Kz merajinkan diri Cik Kz yang sangat kurang rajin ini untuk membuat kuih. Pada asalnya Cik Kz mahu buat kuih pau goreng tetapi tiada inti kacang. Jadi terus tukar resepi ke kuih donut. Resepi ini Cik Kz peroleh dari mak Cik Kz. Rupa dia agak tidak bulat (macam donut penyet je) kerana Cik Kz dengan sesuka hatinya membuat rupanya sedemikian. Cik Kz agak kurang rajin untuk menggunakan acuan yang diberi oleh mak Cik Kz. Jom kita tengok resepi donut itu..
Bahan-bahan
500g tepung
15 g yis basah (lebih kurang saiz 1 ruas ibu jari)
15 g mentega
1 biji telur
2 sudu besar minyak
2 sudu besar susu pekat
3 sudu besar gula (untuk dicampur bersama yis)
1/2 cawan gula (dikisar untuk menyalut donut yang telah siap digoreng)
Secubit garam
Sedikit air
Cara membuat
1.Rendamkan yis bersama gula di dalam sebuah mangkuk kecil dan biarkan sehingga kembang
2.Di dalam bekas lain, campurkan semua bahan. Masukkan yis dan gaul sebati (sehingga tepung tidak melekat di tangan)
3.Kemudian tutup bekas dengan menggunakan kain (Cik Kz gunakan pinggan sahaja kerana bekasnya kecil).
4.Biarkan selama 45 minit atau 1 jam sehingga doh kembang 2 kali ganda daripada saiz asal.
5.Keluarkan doh dan uli kepada bentuk donut. Biarkan doh yang dibentuk selamat 5-10 minit untuk kembang sekali lagi.
6.Goreng kekuningan. Angkat dan tuskan. Biarkan sejuk sedikit.
7.Gaulkan bersama gula yang telah dikisar. Siap sedia untuk dimakan.
Menu ringkas berbuka hari ini. Ada sup daging lagi (untuk dinner). Masih di atas dapur (tidak siap dimasak lagi). Hari ini Cik Kz mencuba resepi baru sup daging yang Cik Kz jumpa di sini. Tidak pasti menjadi atau tidak. Nanti Cik Kz sharekan bersama ya (kalau menjadi) hehehe...
Cik Kz mahu berehat sebentar. Mengantuk
Till then, wassalam... :)


cik enoun nk donat!!!!
boleh..senaraikan makanan yg Cik enoun mahu
nanti datang sini Cik Kz buatkan
special untuk Cik enoun... :D