Kari Ikan
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt..
Lambat sedikit Cik Kz mengupdate blog malam ini. Cik Kz baru sahaja selesai membuat log book Cik Kz. Alhamdulillah settle juga semuanya. Sekarang masa untuk berehat-rehat. Tadi sudah puas bercucuk tanam di barn buddy dan farmville jadi sekarang adalah masa untuk berblogging *hehehe*
Hari ini, Cik Kz masak simple lagi. Asalnya tidak teringin hendak memasak pun tetapi perut sudah berkeroncong, maka Cik Kz gagahkan diri juga untuk memasak. Kononnya mahu masak ikan goreng tup-tup kari ikan pula yang terhasil *hahaha*. Jom tengok resepi main hentam Cik Kz ini...
Bahan-bahan
1 ekor ikan kembung (Cik Kz makan seorang sahaja)
1 batang sosej
1/2 labu bawang besar (ditumbuk halus)
3/4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu teh serbuk kari ayam/daging
2 sudu besar santan pekat
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 biji tomato
2/3 helai daun kari
Rempah ratus (bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis)
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Cara memasak.
1. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan rempah ratus sehingga naik bau.
2. Masukkan bancuhan serbuk kari (bancuh bersama sedikit air). Tumis sehingga terbit minyak.
3. Masukkan santan dan tambah sedikit air (untuk biarkan sedikit berkuah). Masak selama 5-10 minit.
4. Masukkan air asam jawa, kacau sebati. Masukkan ikan berserta sosej. Masak sehingga kuah pekat dan ikan masak.
5. Jatuhkan tomato. Masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa.
6. Masak selama 5 minit. Bila rasa sudah ok, tutup api
Cik Kz makan kari ikan ini bersama dengan air asam. Cik Kz rasa mengidam sungguh dengan air asam ini. Hampir setengah bekas Cik Kz habiskan. Sungguh terbukti kemengidaman itu. *hehehe* . Alhamdulillah sangat berselera walaupun menjamu selera seorang diri. Mungkin air asam itu pembangkit selera, ditambah pula dengan ulam timun dan sayur goreng kicap. Marvellous sungguh.
Esok Cik Kz ada kelas tutorial. Petang baru Cik Kz free. Tiada plan lagi tetapi Cik Kz sangat tidak sabar. Sebabnya Cik Seti mahu masakkan laksa kelantan untuk Cik KZ. yay!!! Dan Cik Kz pula kena masakkan untuk Cik Seti kuih puteri ayu. Hujung minggu adalah masa untuk makan-makan secara heavennya setelah seminggu penat berperang di hospital
Baiklah, Cik Kz rasa lapar. Mahu cari makanan di dapur dahulu.
Till then, wassalam... :)


0 Response to "Kari Ikan"
Post a Comment