Ikan Patin Masak Tempoyak
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah Cik Kz berkesempatan untuk berpuasa lagi pada hari ini. Exam surgery juga berjalan dengan lancar walaupun ada juga sesi-sesi penggorengan berlaku tadi.
Hari ini menu berbuka Cik Kz ialah ikan patin masak tempoyak. Jangan tidak percaya di sini pun ada ikan patin ya. Cik Kz pun pada mulanya agak terkejut melihat ikan patin di pasar. Kemudian terasa sangat excited sebab Cik Kz boleh makan favourite meal Cik Kz.
Resepi ini resepi mudah. Mak Cik Kz bagi resepi simple untuk Cik Kz pelajari dan sesuai dengan bahan-bahan yang ada di sini. Jom review resepi tersebut.
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin (lebih kurang 1 kg)
3 sudu besar tempoyak (lebihkan jika mahu kuah lebih pekat) *
5/6 biji cili padi (lebihkan jika mahu lebih pedas) *
1 batang daun serai
Sedikit daun kesum
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air *
Cara memasak
1. Bersihkan ikan patin. Rendam bersama asam gelugor selama 10 minit dan tuskan.
2.Kisarkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan ke dalam kuali/periuk
3. Masukkan serai, daun kesum dan asam gelugor. Masak pada api sederhana
4. Setelah masakan hampir mendidih masukkan ikan. Masak selama 15 minit / sehingga ikan betul-betul masak.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati. Tutup api 5 minit kemudian. Siap untuk dihidangkan.
Taraa..!!! Sangat simplekan resepi dia. Mula-mula dulu pun Cik Kz ingatkan sangat renyah. Mesti kena isi macam-macam bahan. Tetapi mak Cik Kz cakap bahan adalah sedikit sahaja. Mungkin ada orang meletakkan pelbagai jenis daun (Cik Kz tidak ingat daun itu). But simple is the best isn't it?
Baiklah, lepas kenyang, rasa suka hati. Mata pun semakin berat. Kuyu sahaja rasanya *hehehe*
Cik Kz akan sambung membebel di post yang lain ya. Mengantuk la...*hahaha*
Till then, wassalam.. :)


0 Response to "Ikan Patin Masak Tempoyak"
Post a Comment