Segalanya Tentang Cinta..
Labels: General
2
Assalamualaikum wbt...

Salam ahad semua. Hari ini Cik Kz mahu berkongsi sedikit 'quotes' tentang cinta. Cik Kz perolehi hasil dari pembelekan Cik Kz terhadap Diari Cinta 2010 milik Cik Kz sendiri. Cik Kz beli pada pesta buku tempoh hari. Cover diari yang menarik ditambah pula banyak informasi buat Cik Kz tertarik untuk membeli diari tersebut
Cik Kz bukanlah seorang yang gemar menulis diari pun sebenarnya. Sebaliknya Cik Kz lebih gemar mengumpul diari atau buku-buku yang punyai banyak quotes. Nanti Cik Kz akan tunjukkan buku-buku/journal/diari yang ada pada Cik Kz di sini yang Cik Kz beli semata-mata kerana 'quotes' yang terdapat di dalam diari itu :)
Berbalik kepada topik Cik Kz di atas, mari kita kongsi bersama ayat-ayat cinta yang sempat Cik Kz baca semasa tempoh pembelekan tersebut..
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan ~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya CINTA ..
Baiklah buat masa sekarang Cik Kz kongsi dua 'quotes' ini dahulu ya. Tunggu nanti bila mana Cik Kz habiskan bacaan semua 'quotes' yang terdapat di dalam diari tersebut.
Bagi Cik Kz, cintailah cinta kerana cinta itu mencintai dan semua insan berhak untuk dicintai dan mencintai ... :)
Till then, wassalam...


Jiwangnya Cik Kz ..haha
hahaha...
opss..mn ada cik kz jiwang..
cik kz share apa yg cik kz baca jer.. :P