Sup Daging Mamak Penang

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Tadaa... Cik Kz tidak tahu samada berjaya atau tidak resepi ini. Rasa macam sedap sahaja di tekak. Boleh makan. Berjayalah agaknya. Cik Kz peroleh resepi di sini. Ada Cik Kz ubah sikit-sikit, kurangkan sedikit bahan sebabnya Cik Kz masak sedikit sahaja. Cukup untuk Cik Kz makan seorang diri. Jom kita review resepinya (izinkan Cik Kz copy and paste yer)

Bahan-bahan
1 kg daging - potong dalam saiz 1 inci
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 inci halia
5 biji ubi kentang - direbus dan diblend
4 biji ubi kentang - dipotong 8 setiap satunya
2 biji lobak merah
1 sup bunjuk Adabi
Sedikit cengkih dan bunga lawang
Sedikit kayu manis dan buah pelaga
Lada hitam/ lada putih - ikut suka
Sedikit minyak
Sedikit air
Garam dan serbuk pati ayam
Bawang goreng dan daun sup

Cara memasak
1.Kisarkan kentang, bawang merah, bawang putih, halia bersama sup bunjut (bahagian isi sup bunjut tersebut).
2.Gaulkan bahan yang telah dikisar bersama daging dan perapkan selama lebih kurang 10-15 minit.
3.Tumis cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Kemudian masukkan bahan perapan tadi. Tambahkan sedikit air.
4.Masukkan kentang dan lobak. Tambahkan air dan biarkan. Masak pada api yang perlahan (lebih kurang 30-45 minit)
5.Masukkan bahan perasa (garam dan serbuk pati ayam). Tambahkan sedikit lada hitam. Kacau
6.Biarkan sup. Masak sehingga daging dan kentang empuk.
7.Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Taburkan bawang goreng dan daun sup.
8.Siap sedia untuk dihidang.. :)


Kalau dilihat pada bahannya macam leceh sahaja hendak membuatnya. Tetapi senang sahaja. Cepat dan banyak masa terluang bila kita memasak sup ini. Cik Kz sempat study sementara tunggu sup masak. Rasanya memang sedap cuma sedikit berempah. Jadi kalau sesiapa tiadak minat sup yang berempah ini boleh kurangkan bahan-bahan rempah tersebut (ini pendapat Cik Kz).

Sup pun agak pekat mungkin kerana Cik Kz terlebih letak kentang blend. Kalau mahu lebih cair bolehlah kurangkan kuantiti kentang yang dikisar itu ya. Cik Kz juga olah sedikit. Patutnya tidak perlu diperap daging tersebut tetapi Cik Kz sengaja berbuat demikian. Kononnya mahu bahan-bahan itu menyerap masuk ke dalam daging. Tetapi memang terasa pun. Lebih enak daging tersebut.

Cik Kz juga tidak masukkan bawang goreng dan daun sup kerana stok tiada di rumah ini. Cik Kz makan bersama keropok ikan goreng. Tetapi banyak hirup begitu sahaja. Cubalah. Sesuai sangat dimakan kalau masa demam atau semasa perut meragam.

Baiklah bersambung kemudian. Cik Kz perlu study.

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Sup Daging Mamak Penang"

Post a Comment