Rindunya..........
Labels: Family
2
Assalamualaikum wbt...
Cik Kz rasa sangat rindu pada adik bongsu Cik Kz, adik Mijie. Mungkin kerana bila Cik Kz call rumah dan bercakap dengan mak adik Mijie sudah tidur. Suara tidak kedengaran. Kalau tidak pantang Cik Kz call mesti terjerit-jerit adik Mijie di belakang mak. Bercerita itu ini. Bila bercakap direct senyap pula.
Jangan la kacau Mijie tengah makan...
Tak mau layan Angah...
Mijie dah lapar ni. Bila nak makan ni..Those pictures memang buat Cik Kz rindu sangat-sangat pada adik bongsu ni. Paling manja dengan Cik Kz. Kalau Cik Kz pulang mesti macam-macam yang dicelotehkan. Bercerita itu ini, tentang hal sekolah dan juga cerita kartun yang menarik di TV sebabnya Cik Kz memang suka menonton cerita kartun pun. *hehehe*
Dari kecil Cik Kz ajar Mijie kalau nak berpisah dengan Cik Kz (bila mak dan abah mahu pulang sesudah menghantar Cik Kz ke asrama) supaya mencium kedua pipi Cik Kz. And that remains till now. Bestnya hanya dengan Cik Kz sahaja adik Mijie tidak kekok untuk buat begitu.
Si Manja ini seringkali menangis bila Cik Kz kata padanya mahu keluar ke bandar dan dia tidak boleh ikut. Boleh mogok dengan Cik Kz. Mogok tidak mahu makan. Bila dibawa keluar ke bandar excited bukan main. Katanya: Adik bukan nak beli barang pun, adik nak jalan-jalan dengan angah je...
Oh Cik Kz rasa macam homesick tahap mega. Mahu tunggu Raya ada lebih kurang 2 bulan lagi. Haruslah Cik Kz tanam kesabaran yang menggunung. Cik Kz tidak sempat menyambut hari jadi adik Mijie (yang sama tarikh dengan mak). Cuma berkira-kira mahu memberi hadiah kepadanya sahaja. Hadiah apa itu Cik Kz tidak dapat putuskan lagi. No idea yet.
Baiklah, Cik Kz tidak boleh melayan perasaan lama-lama. Banyak lagi yang perlu Cik Kz revise.
Till then, wassalam... :)
note: adik..angah rindu...



Cik kz kasi dia buku..=)
hehehe..dia sangat malas baca buku
kalau bagi ps2 memang dia akan menjadi seorang yang sangat tekun
oh yes.. lagi satu
kalau bagi dia kfc
pasti sangat bahagia..hik3