Mari Bersukan
Labels: Life
0
Assalamualaikum wbt...
Wah, penat Cik Kz bersukan tadi. Cik Kz telah merajinkan diri untuk bersukan di sport center kolej berhampiran dengan kolej Cik Kz. Rombongan bertolak seusai solat Maghrib. Cik Kz main badminton sahaja. Tidak berpeluh pun dan yang pasti banyak skill sudah tiada. Sedih sungguh rasanya. Jadi, Cik Kz berazam untuk meneruskan misi bersukan supaya stamina sentiasa ada. Tidaklah nanti terasa semput di hospital.
Tetapi Cik Kz sangat tidak puas bersukan. Mungkin di dalam minda Cik Kz lebih tertumpu untuk bermain netball. Sayangnya di sports center ini tiada court untuk netball. Yang ada basketball sahaja (indian tidak bermain netball). But Cik Kz memang kurang gemar bermain basketball kerana sudah pastinya yang terkeluar nanti adalah gaya-gaya netball. Kaki statik dan shot bola with the netball style.
So, if Cik Kz mahu bermain netball Cik Kz perlu ke XLR8 (indoor sports center) yang boleh tahan jauhnya dari rumah Cik Kz. Dan Cik Kz perlulah membentuk team juga seelok-eloknya 3 team barulah puas untuk bermain. But medic students (terutama final year student) lebih gemar menghabiskan masa di rumah, membaca buku sahaja. So, dalam usaha membentuk team ini boleh dikatakan fail!
Baiklah, Cik Kz rasa sangat penat. Walaupun tidak berpeluh tetapi dek kerana sudah lama tidak bersukan rasa penat itu lebih menggunung tinggi. Pegang raket badminton pun tidak betul. Banyak pukul angin dari memukul shuttlecock. Sungguh tidak fit Cik Kz sekarang ini. Kalau dulu almost setiap petang Cik Kz di court badminton sekarang setiap petang di rumah berehat dan bersenang lenang. hehehe. Sungguh berbeza dahulu dan sekarang :(
Baiklah semua. Nanti Cik Kz sambung berceloteh lagi. Oh yes, Cik Kz tidak memasak hari ini kerana Cik Wani belanja makan KFC. Yummy! hehehe.
Till then, wassalam


0 Response to "Mari Bersukan"
Post a Comment