Burger Malaysia.
Labels: Recipes
2
Assalamualaikum wbt..
Cik Kz meneruskan kelengaian (ada ke perkataan ini??) dengan menguli tepung membuat kuih burger Malaysia. Sebenarnya telah lama Cik Kz berhajat mahu membuat kuih ini. Sejak minggu lepas. Sering kali tertangguh dek kerana ketiadaan tepung di rumah dan terbaru kerana Cik Seti menderita terkena ulcer di mulutnya.
Resepi ini Cik Kz peroleh dari mak Cik Kz yang sangat superb dalam membuat kuih ini. Memang Cik Kz tidak boleh melawan tok guru. Kalau lawan nanti tulah. Kuih jadi bantat. Resepinya sama sahaja dengan resepi donut dahulu tetapi tidak mengapa. Dek kerana Cik Kz sangat lengai maka Cik Kz terlebih rajin untuk menaip. :P
A. Doh kuih
Bahan-bahan
500g tepung
15 g yis basah (lebih kurang saiz 1 ruas ibu jari)
15 g mentega
1 biji telur
1 sudu besar minyak
2 sudu besar susu pekat
3 sudu besar gula (untuk dicampur bersama yis)
1 biji timun (potong nipis-nipis)
Secubit garam
Sedikit air
Cara membuat
1.Rendamkan yis bersama gula di dalam sebuah mangkuk kecil dan biarkan sehingga kembang
2.Di dalam bekas lain, campurkan semua bahan. Masukkan yis dan gaul sebati (sehingga tepung tidak melekat di tangan)
3.Kemudian tutup bekas dengan menggunakan kain (Cik Kz gunakan pinggan sahaja kerana bekasnya kecil).
4.Biarkan selama 45 minit atau 1 jam sehingga doh kembang 2 kali ganda daripada saiz asal.
5. Bulatkan doh kepada saiz kecil-kecil dan susun di atas pinggan. Biarkan doh mengembang selama 10 minit.
6. Panaskan kuali bersama minyak. Masak sehingga keperangan. Angkat dan biarkan sejuk.
7. Potong bahagian tengah kuih tersebut (jangan sehingga terbelah dua ya). Letakkan hirisan timun dan letakkan sedikit sambal bilis.
8. Susun molek-molek di atas pinggan dan siap sedia untuk dihidangkan :)
B. Sambal bilis
Bahan-bahan
1 labu bawang besar (dimayang halus)
1 labu bawang besar (dikisar)
2 sudu cili kering yang telah dikisar
100 g ikan bilis
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh asam jawa
Sedikit minyak
Garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa
Cara memasak
1. Panaskan kuali dengak minyak. Masukkan bawang besar yang telah dimayang halus. Layukan dan asingkan.
2. Goreng ikan bilis sehingga hampir garing (jangan terlalu garing ya). Asingkan
3. Tumis bawang besar dan cili kering yang telah dikisar sehingga hampir kering.
4. Masukkan sos cili, sos tomato dan asam jawa. Kacau sebati. MAsak selama 5-10 minit
5. Masukkan ikan bilis dan gaul sebati. Kemudian masukkan bawang yang telah dilayukan.
6. Tambah garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa. Gaul sebati. Masak sehingga terbit minyak. Tutup api.
Dalam melayan kelengaian diri Cik Kz ini terlebih kerajinan pula mahu makan macam-macam. Mungkin kerana Cik Kz terasa sangat hyponatremic (kurang garam dalam badan) jadi Cik Kz sangat craving for food, something yang a bit salty. Cik Kz juga sangat kerap minum air. Cik Kz harap keadaan ini tidak berterusan kerana ianya akan memudaratkan kesihatan Cik Kz sendiri...
Baiklah, tamat sesi berblog. Cik Kz harus refreshkan diri Cik Kz dengan subjek-subjek esok.
Till then, wassalam..


'Bantat' tu apa? :)
doh tak kembang and naik seperti yang sepatutnya :)