Kari Ayam

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Hari ini Cik Kz sangat blurr mahu masak apa. Jadi Cik Kz masak biasa-biasa sahaja. Penat menyental bilik masih belum hilang. Jom tengok resepi simple ini...

Bahan-bahan
6 ketul ayam (sederhana saiznya)
2 biji kentang (potong 8)
1 labu bawang besar (kisar/tumbuk halus)
4/5 ulas bawang putih
Sedikit rempah ratus(bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga)
2 sudu besar rempah kari ayam dan daging
1 sudu teh rempah kari ikan
1/2 kotak santan
2/3 helai daun kari
1 biji tomato
1 keping asam gelugor
Sedikit air
Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa

Cara memasak.
1. Tumis rempah ratus, bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
2. Masukkan serbuk kari (ayam dan ikan). Gaulkan.
3. Masukkan santan sedikit (santan yang dicairkan). Jatuhkan kentang dan asam gelugor. Masak sehingga hampir empuk pada api sederhana.
4. Masukkan ayam dan lebihan santan (santan pekat). Masak sehingga ayam masak.
5. Jatuhkan tomato. Masukkan garam dan serbuk pati ayam sebukup rasa. Masak selama 2-3 minit dan tutup api.

Cik Kz makan kari ayam ini bersama dengan sayur goreng sahaja. Kalau perasaan dalam gambar tersebut ada benda berbentuk silinder. Itu adalah soya based. Macam soya paneer (tofu) tetapi versi kering dan rasanya memang enak. Cuma tadi Cik Kz tidak merebus terlebih dahulu. Agak keras sedikit. Cik Kz tidak tahu nama sebenarnya apa jadi Cik Kz tidak letak di dalam resepi ya. Jangan risau. It doesn't give any changes towards the taste of curry just as an extra ingredient to make the dish looks tastier. (ala-ala bagi semangat untuk makan) hehehe.. Nanti kalau Cik Kz sudah berjaya dapatkan namanya dari kedai-kedai 'tempe' (orang tempatan) Cik Kz akan maklumkan... :)

Hari yang lengai (again) bersama mood yang lengai (again) dan diri yang semakin tidak sihat. :(

Till then, wassalam....


0 Response to "Kari Ayam"

Post a Comment