Lengai..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Hari Sabtu yang agak lengai bagi Cik Kz. Keletihan masih lagi terasa. Pagi tadi hampir sahaja Cik Kz lewat ke hospital. Kerana letih Cik Kz rasa mahu sahaja sambung tidur. Tambahan pula cuaca yang sejuk ini memang pendorong untuk tidur dengan lenanya. Nyaman!

Hari ini klinikal dan tutorial berjalan seperti biasa. Cik Kz terlena sejenak ketika tutorial. Nasib baik Cik Kz sempat memahami topik yang dibentang oleh rakan-rakan Cik Kz. Lega juga nama Cik Kz tidak dipanggil pada sesi soal jawab itu. Cik Kz takut Cik Kz terlalu gemuruh sehingga tidak dapat menjawab soalan-soalan yang ditanya.

Cik Kz tidak pergi ke bandar pun pada hari ini kerana Pak Cik Yusof tiada di kedainya. Hanya ada lewat jam 6.30 petang. Terlalu lewat (sebenarnya ok sahaja) tetapi memandangkan Cik Kz dan Cik Seti masing-masing keletihan dan Cik Seti masih dalam keadaan hypoglycemic. Adalah baik jika kami pulang ke rumah sahaja dan berehat.

Cik Kz blurr untuk dinner apa pada malam ini. Cik Kz tidak berpuasa pun tetapi harus juga mengisi perut ini. Cuma, bahan tidak cukup buat Cik Kz tidak rajin sahaja.

Mungkin Cik Kz perlu ikat sahaja perut. Berlapar sahaja pada malam ini. Tetapi tidak bagus untuk kesihatan pula. Cik Kz perlukan idea. Idea untuk makan :P

Baiklah, Cik Kz harus berehat.

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Lengai.."

Post a Comment