Pasta Sos Tomato
Labels: Recipes
2
Assalamualaikum wbt...
Cik Kz makan seorang diri lagi hari ini. Ini keputusan Cik Kz sendiri kerana tidak mahu mengganggu Cik Seti yang katanya banyak lagi log books tidak siap ditulis. Tidak mengapa. Makan seorang macam biasa. Cuma yang pasti tidak best!
Cik Kz cuma masak pasta sos tomato. Mulanya Cik Kz hendak buat cream souce tetapi Cik Kz tidak tahu resepi dan juga tidak tahu untuk campak-campak apa ke dalamnya. Senang cerita buat jenis tomato souce sahaja. Senang sedikit. hehehe
Bahan-bahan *untuk hidangan 2 orang*
100 g daging/ayam cincang
2 batang sosej (dihiris halus)
1/2 labu bawang besar (mayang halus)
4/5 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk chicken soup
2 sudu besar tomato puri
2 biji tomato (dikisar halus)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh lada hitam (yang telah ditumbuk halus)
Sedikit oregano, basil
2 biji lobak (dipotong dadu)
Bunga kobis (ikut suka)
Lada benggala (ikut suka)
Sedikit air, garam, gula dan pati ayam
Cara memasak
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging yang dicincang. Masak sehingga air daging tersebut kering. Masukkan sosej.
3. Dalam periuk yang sama, tumis cili kering sehingga pecah minyak.
4. Masukkan tomato yang telah diblend. Tambahkan sedikit air dan gaul sebati.
5. Tambah serbuk chicken soup dan tomato puri. Kacau sebati.
6. Masukkan tepung jagung (dicampur bersama air terlebih dahulu) untuk memekatkan kuah. Lebihkan jika kuah masih tidak pekat.
7. Masukkan lobak dan bunga kobis. Kemudian masukkan lada benggala (masuk akhir-akhir tidak mengapa supaya lada benggala tersebut lebih crunchy)
7. Tambah lada hitam, basil dan oregano. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa.
8. Jika rasa sudah ok, tutup api.
Ini adalah resepi yang Cik Kz main campak-campak sahaja. Jangan ikut/cuba jika tidak berkenan. hehehe. Mungkin ada cara yang lebih proper lagi. Jika mahu lebih enak tambahkan cheese ke dalam kuah tersebut juga semasa menghidangkan pasta. Oh ya, jangan lupa untuk merebus pasta ya. Nanti kuahnya ada tetapi pastanya tiada pula. hehehe.
Selamat makan semua, Cik Kz harus meneruskan perjuangan. Minggu depan mungkin akan sedikit tidak sibuk (kerana sudah hantar log book). Minggu seterusnya exam medicine pula (fuhh semangat)
Till then, wassalam..


sedapnye :)
jom masak!!! hehehe.. :D