Diari Ahadku

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Ini entri edisi istimewa hari ini. *hehehe* Coretan atau diari harian Cik Kz pada hari Ahad. Sorry to Cik Wani sebabnya Cik Kz masih lagi berjaga awal-awal pagi ini. Cik Kz tidak boleh tidurlah. Mungkin kerana kekenyangan.

Pagi tadi, Cik Kz ke Commersial Street. Menjalankan misi Cik Kz. Malangnya misi uncomplished. Cik Kz hanya berjaya mencari kain cotton untuk dibuat blouse. Lain-lain gagal. Tiada kain untuk sepupu Cik Kz juga periuk untuk bonda Cik Kz (yang ini Cik Kz KIV dahulu). Untuk tempahan baju pula Cik Kz akan lakukan minggu hadapan kerana Kedai Pakcik Yusoff itu kebiasaannya tutup pada hari ahad.

Jadi mari kita lihat kain-kain yang telah berjaya menambat hati Cik Kz dan bakal menjadi baju buat adik Cik Kz, Mak Ndak dan Cik 'Ainun dearie..

The plastic bag.. Sangat cantik!

6 pasang kain cotton pelbagai warna..

Close up 1....

Close up 2..

Design untuk blouse Cik Kz tidak ada lagi. Mungkin bermula esok Cik Kz akan mula mencoret kertas kosong dan melakar ilham. Cik Kz tiada idea lagi (masih blurr). Harap sebelum hujung minggu hadapan semuanya telah settle!

Kepada sesiapa yang mahu menempah kain cotton kepada Cik Kz boleh sahaja lakukan sedemikian (kalau mahu). Harganya tidak mahal lebih murah berbanding di Malaysia. Cewah, promosi pula. Tetapi sungguh Cik Kz tidak kisah sangat pun jika ada sesiapa yang berminat kerana sememangnya Cik Kz selalunya akan membawa pulang kain cotton mahupun kain sari (material : chiffon dan jacquard) atas tempahan sedara mara Cik Kz.

Enough the story 'bout cotton. Balik dari bandar Cik Kz terus memulakan operasi gempur dapur. Kemas segala benda sebelum berbuka. Cik Kz berbuka dengan air mineral sahaja kerana malam itu ada sedikit makan-makan di rumah Ija dan Zaki. Mesti menu pelbagai. Secret resepi katanya. *hehehe*

Setelah makan-makan Cik Kz dan Cik Seti menghantar Cik Wani pulang. Berbual-bual. Hujan turun dengan lebat. Maka bertapalah kami di situ buat sementara waktu. Sempat menonton perlawanan akhir World Cup (first half). Oh ya, SPAIN menang maka Pak Nil tidak perlu ke Bukit Bintang dan memakai jersi sambil memegang bola :)

Sambung semula coretan. Iklan sebentar tadi. Kami pulang agak lewat. Bermandikan hujan. Tetapi Cik Kz rasa tenang. Sudah lama Cik Kz tidak menghirup udara malam. Rasa nyaman dan seolah-olah segala masalah dibawa pergi bersama. Alhamdulillah..

Baiklah, Cik Kz harus tidur. Sudah lewat. Nasib baik esok tiada kelas pagi hanya kelas petang. Tetapi perlu ke pasar. Barang dapur sudah habis. Mahu membayar bil elektrik juga. Banyak urusan pula di pagi hari. *hehehe*

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Diari Ahadku"

Post a Comment