Bendi Goreng Bertelur

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Menu ini Cik Kz buat untuk makan bersama dengan ikan 3 rasa. Dah lama Cik Kz mahu makan bendi but selalu jumpa kat pasar yang tua-tua. Bila nak beli mood jadi merundum. Alhamdulillah hari tu ke pasar, ada bendi yang muda dan masih fresh terus beli smpai quater kg. Banyak kan. But I loike! :D Apa-apa pun, meh la kita tengok resepinya. Very the simple lah. Jom...

Bahan-bahan
100g bendi (hiris serong, sederhana tebal)
1 labu bawang besar (mayang halus)
4 ulas bawang putih (hiris halus)
Sedikit ikan bilis
1 biji cili merah (hiris serong)
1 biji telur
Garam dan serbuk perasa

Cara memasak
1. Bendi yang telah dipotong direndam sebentar di dalam air (untuk kurangkan sedikit lendirnya). Kemudian tuskan.
2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (dalam 2 sudu). Tumis bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan bendi
3. Masak sehingga bendi hampir masak (warna akan jadi hijau pekat). Tambahkan sedikit air. Bila sudah agak-agak kering, pecahkan telur dan kacau sebati.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Bila sudah kering tutup api.

Cik Kz suka masak sehingga telur tu a lil bit garing. But kalau tak mahu garing pun tak mengapa. Still sedap. A nice worth trying recepi. Selamat mencuba

Till then, wassalam.. :)

Ikan Masak Tiga Rasa

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Hari ini Cik Kz masak makanan berasaskan ikan (lagi). Mulanya ingatkan mahu buat ikan goreng je (lagi asalnya tak mahu masak). Then terasa macam dah lama tak makan something yang bersambal, warna merah-merah and pedas-pedas. So, tengok pulak cili kisar dah habis (down semangat kot). But kalau tak buat sekarang bila lagi mahu buat cili kisar tu. Maka mood kerajinan melanda dan Cik Kz pun end up dengan ikan masak 3 rasa. Ok. Ini versi Cik Kz ya rakan-rakan. Cuma ada confuse sikit. Apa beza ikan 3 rasa dengan ikan masam manis. Jeng..jeng..jeng.. Jom tengok resepi sambil kita fikir-fikirkan... :)

Bahan-bahan 
1 ekor ikan merah 
1 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar (blend bersama dengan cili kisar)
4 ulas bawang putih (cincang halus)
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu teh sos tiram
1 biji lobak (saiz kecil, potong dadu)
1/4 capsicum (potong dadu)
1 biji cendawan butang (potong dadu)
1 biji cili merah (hiris serong - untuk hiasan)
1 labu bawang besar (potong bulat-bulat)
Daun sup (hiasan)
Garam, gula, serbuk perasa dan kunyit

Cara memasak
1. Gaul ikan bersama garam dan kunyit dan kemudian goreng ikan sehingga sedikit garing. Angkat dan asingkan. Letak di atas pinggan hidang. 
2. Tinggalkan sedikit minyak goreng ikan di dalam kuali (lebih kurang 2 sudu minyak), tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar (cili dan bawang). Masak sehingga kuah hampir kering.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, cendawan butang, lobak dan capsicum. Masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (perlu ada rasa masam, manis, pedas)
4. Jatuhkan bawang besar (yang dipotong bulat). Masak sekejap sehingga bawang sedikit layu dan kemudian tutup api. 
5. Tuang ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan cili merah dan daun sup. Siap untuk dimakan.. 



Kenyang dan puas hati. Alhamdulillah. Lepas tu berasaplah perut Cik Kz. Dah lama tak makan pedas macam ni. Tambah cili kisar kali ni jenis berapi. Pedas tapi puas hati ya. hehehe. Seperti biasa ini adalah menu untuk makan seorang. Kalau mahu buat lebih banyak, gandakan sahaja bahan-bahan. Ada orang tak suka kuah banyak tapi Cik Kz lagi suka kuah banyak-banyak. hehehe.. 

Selamat mencuba

Till then, wassalam.. :)

Tak Suka

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......... Cik Kz cukup tak suka (sangat-sangat tak suka) kalau ada yang cakap macam ni kat Cik Kz: 
1. Awak tu doktor, saya ni orang biasa. manakan enggang boleh terbang dengan pipit. kena ukur baju pada badan sendiri. 
2. Awak tu lah jual mahal sebab kita ni orang biasa je. mana mahu kawan dengan kita
3. saya tak layak dengan awak miss doktor..
4. nanti orang kutuk saya bila saya kawan dengan doktor sebab doktor mana standard kawan dengan orang biasa ni. 

memang Cik Kz akan buang hati macam tu bila dengar ayat-ayat atas dari golongan adam..

Rasanya bukan sekali kot kena macam tu. BENCI!. Hambek. Emosi tak pasal-pasal Cik Kz hari ini. Kalau Cik Kz sendiri tidak memilih kawan, tak memilih dengan siapa Cik Kz mahu berkawan (tak kisah darjat, standard, kerjaya, education level), boleh tak jangan sesekali jatuhkan hukuman yang Cik Kz macam tu. Sakit hati ok!!!!! 

Kalau macam tu alamatnya la kan, semua doktor dalam dunia ni kena kawan dengan doktor sahaja. Tak perlu jadi all rounded ya kawan-kawan. Nanti kita berborak semua kena hal medic sahaja (nanti orang kata borak pasal lain tak berilmu pulak! ngengssssssssssss!! )

Baiklah, orang kata marah-marah or sakit hati jangan tulis banyak-banyak nanti boleh jadi sewel. Off now. Rehat dengan dengar ayat-Nya lagi ada bagus. 

Hak masing-masing untuk bercakap tapi bukan hak masing-masing untuk jatuhkan hukuman ke atas orang lain..

Till then, wassalam..  :(

Egg Omelet Nostalgic

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

This is a very nostalgic version off egg omelet. Cik Kz used to eat this during breakfast masa di rumah lama (H-47) dahulu. Chef utama untuk resepi ini adalah Cik Ella. Memang Cik Ella rajin masak egg omelet for her housemate masa breakfast. Terasa kasih sayang tu mengalir melalui makanan. Kalau ingat lagi, sure rasa sedih and sayu. Banyak kenangan manis but apa boleh buat. Ini yang lebih baik. Baiklah, udahlah sadis sadun semua, meh tengok resepi simple ini...

egg omelte garing..hahaha...i loike garing-garing ni
Bahan-bahan
2 biji telur
50g daging (potong dadu)
1 biji lobak merah (potong dadu)
1/2 labu bawang merah (potong dadu)
2-3 cendawan butang (potong dadu)
1/4 biji capsicum (potong dadu)
1 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar sos tomato
Sedikit oregano dan lada hitam
Garam dan serbuk perasa
*cheese - jika mahu

Cara memasak
1. Pecahkan telur dan kacau sebati. Masukkan sedikit garam dan lada hitam
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan daging sehingga masak. Masukkan tomato, cendawan dan capsicum. Sebatikan. 
3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Ratakan. Masukkan oregano dan lada hitam. Jatuhkan cheese. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Tutup api selepas 5 minit (jangan biar kuah terlalu kering)
4. Panaskan non-stick pan. Tuang telur (biar penuh pan). Biarkan seketika sehingga agak-agak masak. Kemudian taburkan inti tadi. Bila telur sudah masak, lipatkan telur tersebut (jadi bentuk separuh bulat. kalau mahu buat lipatan jenis lain pun boleh) Angkat dan hidangkan di atas pinggan makan.

isi dalam egg omelet tersebut..


Bila makan, pasang lagu slow memang syahdu. Rasa mahu menangis..waaaa.. Seriously Cik Kz rindu sangat-sangat suasana dahulu, housemate dahulu dan terlebih rindu pada roomate Cik Kz. Tipulah kalau Cik Kz tak ingat malah dari jauh Cik Kz perhatikan and follow her progress (macam stalker lak kan) hehehe.. Baiklah. End of story. Time to sleep.

Till then, wassalam... :)

Selesai Sudah...

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Phew..Alhamdulillah. Finally selesai sudah urusan untuk memperbaharui residential permit Cik Kz. Macam biasalah kalau tiada kesengalan itu tidak sah la kan (banyak sungguh bersabar tadi). Cik Kz cuma dapat double entry sahaja. Kalau dapat multiple sure sangat best sebab boleh balik banyak kali. hehehe. Settle hantar dokumen dalam jam 12 then boleh ambil permit around pukul1. So sementara tu, Cik Kz dan Cik Seti jalan-jalan cari makan. Masuk Chinese Restaurant. Insya Allah, makanannya halal dan tiada pork dijual di kedai tersebut. 

buku menu.. harga not bad.. standard harga Casino and Food Magic..

my lunch. Koithio.. macam kuew teow tapi ejaan versi Kannada..hahaha..rasa ok la..not bad..

menu Cik Seti. Dragon Chicken Chopsew. Sedap tapi a bit muak kalau makan banyak...

Tepat jam 1, kami kembali semula ke FRRO untuk ambil permit. All in all, semua ok. Semakin cekap pekerja di FRRO bertugas. Urusan pun lancar cuma ada certain pegawai sahaja yang tarik muka bila tahu Cik Kz ni student Malaysia (mereka memang macam tu. suka cari pasal dengan kami)

Untuk ke FRRO kali ni jalan a bit susah kalau tak tahu. Tapi kalau tahu memang sekejap sahaja boleh sampai. Need to go there lagi after this sebab Cik Seti masih tidak berjaya mendapatkan return visanya. 

Tadi call bonda. Katanya, kalau tak call tadi memang nak kena tembak banyak kali dah. Risau anaknya pengsan masuk hospital (nampak sangat sebab selalu sakit). Berita yang dikhabarkan menggumbirakan hati Cik Kz. Alhamdulillah. Itulah yang terbaik sebab dipermudahkan segala urusannya. weheeewwww. Tak sabar mahu pulang. Cepatlah tiba 30 March, den tak sabo dah ni oii..... 

Baiklah semua. Harus rehatkan diri. But Cik Kz akan poskan dulu resepi dinner Cik Kz sebelum tidur. A very nostalgic recepi. 

Till then, wassalam... :)

Ayam Masak Berlada

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Breakfast+Lunch+Dinner. Menggeletar tangan Cik Kz sebab tak makan langsung seharian (padan muka). Nak tak nak kena rajinkan diri memasak. At first mahu buat ayam masak beriyani but then kentang tiada maka terus tukar resepi yang lagi simple. Jom tengok resepinya...

Bahan-bahan
4 ketul ayam (sederhana saiz)
2-3 biji cili padi (lebihkan jika mahu lebih pedas)
4-5 ulas bawang putih (kisarkan)
1 labu bawang besar (kisarkan)
1 mangkuk kecil air asam jawa
Serbuk kunyit, garam, gula dan serbuk perasa

Cara memasak 
1. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng sederhana garing. Angkat dan tuskan
2. Panaskan 2-3 sudu minyak masak (lagi sedap ambil minyak gorengan ayam tadi) dan tumis bahan kisar sehingga garing.
3. Masukkan air asam dan sebatikan. Bila sudah sedikit kering, masukkan ayam dan ratakan. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Bila kuah sudah kering, tutup api. 

Cik Kz makan bersama sayur goreng kering...

Just nice sahaja menu ini. Simple tetapi mengenyangkan juga cepat untuk disediakan. Siap masak terus Cik Kz makan. Kalau tunggu lagi lama alamatnya pengsanlah Cik Kz kerana kebuluran. hehehe. 

Baiklah semua, selamat mencuba..

Till then, wassalam.. :)

Lokan Masak Lemak Cili Api

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Ini first time Cik Kz beli lokan di sini. Actually since my first year Cik Kz sudah memerhatikan lokan ni cuma Cik Kz tak tahu apa namanya. Nak kata kupang macam bukan kupang apatah lagi lala. Kebetulan a few days before masa jalan-jalan di blog orang terjumpalah gambar lokan ni. Maka barulah Cik Kz tahu benda ini dipanggil lokan. Bila dah tau nama lantas tercetur untuk membeli dan buat masak lemak cili api. Sure terangkat. But the problem now is santan yang sudah berminggu tiada di kedai berhampiran. My last stock coconut milk digunakan untuk masak lokan ini. Apa-apa pun meh tenguk resepinya...

Bahan-bahan
1 kg lokan (dibersihkan kulitnya dan direndam seketika)
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
1/2 inci kunyit hidup * (boleh ganti dengak kunyit serbuk)
3 batang cili padi * (tambah/kurang bergantung pada tahap kepedasan masing-masing)
1 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugor 
1 kotak santan 
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara memasak
1. Lokan yang telah dibersihkan, ditus (make sure tiada pasir dan kulitnya sudah totally bersih kalau tak nanti rasa berpasir)
2. Kisarkan bahan bertanda * dengan sedikit santan yang dicairkan. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan lokan, asam keping dan serai (make sure lokan just nice tenggelam. kalau tak cukup tenggelam tambah santan cair). Masak pada api sederhana sehingga kuah mula mendidih.
3. Masukkan santan pekat. Perasakan degan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Bila sudah menggelegak tutup api. 

lokan yang sedap..nyummy....

Rasa dia ok la. Lagi sedap lala (pada pendapat Cik Kz la). But a nice and worth try. Boleh juga dibuat masak berlada but Cik Kz cuba buat masak lemak dulu (alasan sebab nak makan masak lemak sebenarnya. hahaha). Cik Kz makan bersama dengan gobi manchurian (mahu habiskan stock cauliflower yang sangat banyak itu) dan juga dengan sayur goreng berkicap. Baiklah, selamat mencuba semua..

Till then, wassalam.. :)

Ayam Black Pepper

Labels:

0


Assalamualaikum wbt.....

Hari ini agak kekurangan idea untuk memasak apa. Jadi Cik Kz meminta pendapat dari seorang kawan Cik Kz. Kawan Cik Kz mencadangkan supaya buat masakan black pepper. A great idea sebabnya Cik Kz tak pernah lagi mencuba untuk memasak sedemikian. So, misi menggoogle dilakukan di Mesra.net Resepi. Alhamdulillah ada pun resepinya. Resepi asal Cik Kz ambil di sini but a bit alteration is done to suite my taste. Jom tengok resepinya..

where the chicken??? hehehe.. :P
Bahan-bahan
A. Untuk ayam goreng
4 ketul ayam (sederhana saiz)
Sedikit tepung gandum dan tepung jagung 
1 biji telur 
Sedikit basil dan oregano
1 sudu lada hitam (ditumbuk sederhana halus)
Sedikit garam

B. Untuk gravy
4-5 ulas bawang putih (ditumbuk sederhana halus)
1 sudu lada hitam (ditumbuk sederhana halus) - boleh tambah kalau mahu lebih pedas
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu teh pati ayam
2 sudu besar air bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
1 labu bawang besar (potong bulat)
1 biji lobak (potong memanjang, sederhana tebal)
1/2 biji capsicum (dipotong memanjang)
1 biji tomato (potong 6)
Daun sup (jika mahu)
Garam, gula dan air 

Cara memasak
Untuk ayam
1. Lumur ayam bersama basil, oregano, lada hitam dan sedikit garam. Perap selama 10-15 minit. 
2. Celup di dalam telur dan kemudian gaulkan bersama campuran tepung gandum dan tepung jagung. Goreng pada api sederhana sehingga kekuningan. Angkat, tuskan dan susun di atas pinggan hidang.

Untuk gravy
1. Tumis bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau. Masukkan capsicum, bawang besar dan lobak. Masak sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram, kicap dan pati ayam. Tambah sedikit air dan sebatikan. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
3. Masukkan garam dan gula secukupnya (pastikan gravy manis sebab ianya lebih sedap jika manis). Jatuhkan tomato dan bila rasa sudah ok tutup api. Tuang ke atas ayam yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup di atasnya.

inilah dia ayam blackpepper tersebut..nyummy...

the other ayam yang tersebunyi dan bersembunyi

Cik Kz makan bersama sayur goreng telur. Habiskan baki telur celup ayam tadi. Rasa sayang kalau buang macam tu sahaja. Baik gunakan lebihan telur tersebut. 

sayur goreng telur

Alhamdulillah kenyang Cik Kz. Rezeki untuk hari ini. Esok mula minggu baru. Selasa ada presentation. Soalan simple sahaja (for 3 marks) tapi bila tengok jawapannya mak aih.. macam short essay pula. Surely, the doc expect more than that. Jadi harus bersiap sedia. Kalau baca Ghai memang tiada jawapan. Maka haruslah membuka kebuk power point lecture. Baiklah semua. Selamat mencuba resepi di atas

Till then, wassalam.. :)

Kerabu Sotong Sempoi

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

Seriously Cik Kz super duper kelaparan hari ni. Adalah menjadi suatu perkara luar biasa bila mana Cik Kz mengambil breakfast. Bangun pagi (lepas mak minta call), bersihkan diri terus mencari makanan di dapur. Cik Kz end up dengan makan burger special, hash brown and baked bean (banyak kot!!). 

As for dinner pula, Cik Kz made a very simple kerabu sotong. Tekak memang teringin nak makan kerabu ni dari dulu but bila tengok resepi banyak yang menggunakan sos ikan. Cik Kz tiada stok sos ikan so tanya mak Cik Kz resepi paling simple and sempoi without using fish souce. Maka, terhasillan masakan ini. Jom tengok resepinya..

Bahan-bahan
100g Sotong 
1 labu bawang besar (mayang halus)
1 biji tomato (potong dadu)
1 biji limau nipis 
2 biji cili padi
Sedikit garam, gula 

Cara membuat
1. Sotong dibersihkan  dan dipotong nipis. Rebus lebih kurang 5 minit di dalam air yang mendidih dan kemudia tuskan.
2. Satukan sotong, bawang dan tomato. Perahkan limau nipis dan kacau sebati. Tambahkan sedikit garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk disejukan. 

Kalau mahu lebih sedap boleh tambah sos ikan dan juga sedikit kelapa parut. Baru betul-betul umphh. Cik Kz makan bersama daging bakar, baked cauliflower and broccoli. Untk daging itu Cik Kz just campur minya zaitun, basil, blacpepper dan sedikit garam. Sedap walaupun sangat simple.

my dinner plate

So, mari mencuba. Resepi mudah dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin kurangkan oily food intake. Mari makan secara sihat. yay!!

Till then, wassalam.. :)

note : pening membuat kira-kira untuk perbelanjaan cuti nanti..aigoo...

Fucuk Masak Air

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Menu for dinner yang Cik Kz rasa senang dan cepat untuk disediakan. Ditambah pula dengan mood ketidakrajinan yang melanda diri ini. Cik Kz buat fucuk masak air, makan bersama sambal kicap dan ikan goreng. Berselera tu. Habis licin. Jom tengok resepi simple ini..

Bahan-bahan
Fucuk (rendam seketika)
Suhun (rendam seketika)
2 biji kentang (potong 4 tiap satunya)
Sejemput ikan bilis (kisar)
4-5 ulas bawang putih (tumbuk.kisar)
1 labu bawang besar (mayang halus)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
Sedikit daun sup
Serbuk perasa, garam 
Air

Cara memasak
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang besar, ikan bilis dan bawang putih sehinggan naik bau. Kemudian masukkan air. 
2. Jatuhkan kentang dan biarkan masak sehingga kentang empuk. Masukkan fucuk dan suhun dan ratakan masakan. Tambah air jika perlu (or jika mahu lebih berkuah).
3. Masukkan lada hitam, garam, serbuk perasa. Bila rasa sudah ok tutup api. Taburkan hirisan daun sup.


Enak dihirup begitu sahaja. Mahu lagu umpph makan bersama sambal kicap. Kuantiti fucuk dan suhun yang digunakan Cik Kz tak nyatakan disebabkan boleh diubah mengikut kehendak masing-masing. Kalau suka banyak boleh letak sebanyak mungkin. Memandangkan Cik Kz sangat sukakan daun sup, maka Cik Kz telah penuhkan mangkuk fucuk tersebut dengan daun sup. Bertukar menjadi kehijauan .hehehe.. 

A simple yet a nice recepi. Selamat Mencuba. 

note: moga dipermudahkan segalanya. kalau memang rezeki takkan ke mana kan?? :)

Random Day dan Isu HO Tidak Cekap

Labels: ,

0


Assalamualaikum wbt....

Sepatutnya rasa best bila kelas petang tiada. But lama-lama Cik Kz rasa a bit bosan. Bila di rumah mulalah mahu makan. Lepas makan mulalah mengantuk. Selak 1-2 pages buku mulalah menguap bagai. Bila dan menguap mulalah berangkat ke katil, tarik comforter dan zzzz... My typical activities when there is no class.

Cik Kz is thinking about going to the hospital doing some extra works/posting. Boleh cover up my attendance and yet of course gain more and more knowledge plus the experience. Sekarang kan sudah ada isu yang doktor (graduated from overseas) kurang kemahiran (pratical) semasa housemanship. Yes, I have to admit that was so true. But not all and not everything HO tak tahu. 

Let say, freshie from mana-mana universiti juga bila hari pertama mula kerja pasti ada cacat celanya. Ada salah sana sini. But, day by day, he/she will learn and improve his/herself. Same goes with the doctors. Ya, memang doktor harus cekap but we must remember doktor itu manusia. Pasti ada darah gemuruh melanda. Dalam hati: Oh this patient's life is in my hand (cuak kot!)

Perlu diingatkan juga, tidak semua universiti di luar negara ini membolehkan student hands on patient. Cik Kz bertuah kerana di sini (India) memang mudah untuk Cik Kz hands on patient. Nak pegang patient senang. Buat examination semua boleh. But in Ireland situasi itu berbeza. Students are not allowed to touch the patient. Thats explain why some HO lack of clinical experience and having lots of troubles during the housemanship. 

The other thing. I admit sometimes doktor pun pelupa. Perlu ingat doktor itu manusia. Bukan robot. Kapasiti otaknya masih sama seperti manusia lain. Pasti ada sikap lupa juga. Cuma lupa itu memang tidak boleh banyak. Cik Kz geram bila Cik Kz berada di situasi begini: 

A : Kalau saya dapat x-ray tu pun bukan saya boleh baca pun. Awak ya lah sebab awak kan nak jadi doc
Me : hehehe. kalau saya dapat boleh saya study x-ray tu. Tengok apa line management sesuai. Check buku nak tengok further details
A : wah , itu pun nak kena bukak buku ker. Kalau lah patient tu dah nazak, nanti boleh lak awak cakap, jap ye encik saya nk bukak buku jap ye
Me : takda la. bukan semua benda saya boleh ingat lagi sekarang ini. kalau saya tahu alhamdulillah. kalau tak tahu kenalah rujuk buku kan, rujuk other doctors. betul tak? takdalah bodoh sombong bajet tahu semua benda. pastu menyusahkan semua orang.  

Hambek beliau. cesss.. Bukan alasan untuk Cik Kz escape or bajet tak tahu or rasa tak bersalah. But Cik Kz rasa kalau tak tahu baik admit sahaja tak tahu. Janganlah bodoh sombong dan kemudiannya menyusahkan orang lain. Betul tak? Setuju tak??? Same goes with the HO. Ada masalah baru sekarang HO kurang rajin bertanya and merasakan diri itu sangat hebat. Bodoh sombong mengalahkan MO. Harap Cik Kz tak jadi macam tulah nanti ya..

Baiklah. enough cerita pasal itu. Dinner tadi Cik Kz makan ala barat lagi (hahaha). Apalah kemaruk sungguh. Mesti kes garlic bread. Penangan sehingga ke hari ni masih mahu makan ala western. Bukan Cik Kz mahu jadi orang barat ye cuma selera sahaja begitu.


Cik Kz masak ayam bakar (perap dengan perahan air limau, oregano, basil, bawang putih yang ditumbuk, garam dan sedikit kunyit), ada baked broccoli, baked mushroom, coeslow, potato wedges and pepper and garlic souce. Lengkap dinner Cik Kz. Baru makan seketul ayam sudah penuh. But misi Cik Kz tak mahu simpan makanan yang dimasak so Cik Kz gagahkan diri untuk habiskan juga lagi seketul ayam tu. Rasa ayam bakar tu best. Rasa unik. Boleh buat lagi lepas ni. 

Baiklah. Cik Kz kononnya mahu buat short entri sahaja malam ni but end up dengan entri terlebih sudah. hehehe. Harus melelapkan diri. Esok posting ada presentation. 

Till then, wassalam.. :)

Asam Pedas Sardin

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Ini adalah misi melayan tekak yang tidak berapa nak betul seleranya. Boleh pula Cik Kz teringin makan asam pedas tapi bukan ikan or ayam yer but sardin. Bila Cik Kz cakap pada sahabat Cik Kz, sahabat Cik Kz siap memberi respon boleh kah?. So Cik Kz mengambil mood rajin untuk memasak asam pedas tersebut. Rasanya not bad. Ada rasa asam pedas tu dan rasa sardin masih wujud but hujung-hujung lidah sahaja. A nice try recipe if you want too. Jom tengok resepinya..

Bahan-bahan
1 tin sardin (asingkan isi sardin dan kuahnya)
1 mangkuk air asam jawa (campur sedikit dengan kuah sardin)
1 labu bawang besar *
2 sudu besar cili giling *
4-5 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
1 sudu teh halba
Tomato/ Bendi
Daun kesum
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara memasak
1. Blend bahan bertanda *. Panaskan api. Tumis halba sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar. Masak sehingga garing
2. Masukkan air asam dan sebatikan kuah. Masak pada api perlaham. Bila kuah sudah mendidih, masukkan isi sardin. Masukkan daum kesum. Masak selama 10 minit. 
3. Masukkan tomato dan biarkan seketika. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Bila rasa sudah ok tutup api.


Cik Kz buat kuahnya pekat sedikit sebab Cik Kz tak makan dengan nasi. Best (cewah puji sendiri.hehehe). Makan dengan sayur goreng kicap. Masak sayur sedikit sahaja sebab sardin sudah banyak. Walaupun banyak sekali hadap sahaja Cik Kz habiskan. Sekarang musim makan banyak. Mulut tak habis-habis mahu munching. Bahaya sungguh situasi sekarang ini. adesss.... Baiklah semua.

Till then, wassalam.. :)

Salam Maulidur Rasul

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Salam Maulidur Rasul buat semua..
Marilah kita bersama-sama menghayati kisah, pengorbanan dan sentiiasa mengingati junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Mari berselwat ke atas Nabi... 
jom..ayuh...jangan dilengahkan lagi..

Mencari cinta Rasulullah
Moga dengannya 
Dapat juga dikecapi 
Cinta Allah..
yang abadi dah hakiki..
:)

till then, wassalam... :)

note: area kawasan Cik Kz  (specifically Bangalore) kalendar hijrahnya lambat sehari. so, semua sambutan dalam bulan Islam adalah lambat sehari