Asam Pedas Sardin

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Ini adalah misi melayan tekak yang tidak berapa nak betul seleranya. Boleh pula Cik Kz teringin makan asam pedas tapi bukan ikan or ayam yer but sardin. Bila Cik Kz cakap pada sahabat Cik Kz, sahabat Cik Kz siap memberi respon boleh kah?. So Cik Kz mengambil mood rajin untuk memasak asam pedas tersebut. Rasanya not bad. Ada rasa asam pedas tu dan rasa sardin masih wujud but hujung-hujung lidah sahaja. A nice try recipe if you want too. Jom tengok resepinya..

Bahan-bahan
1 tin sardin (asingkan isi sardin dan kuahnya)
1 mangkuk air asam jawa (campur sedikit dengan kuah sardin)
1 labu bawang besar *
2 sudu besar cili giling *
4-5 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
1 sudu teh halba
Tomato/ Bendi
Daun kesum
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara memasak
1. Blend bahan bertanda *. Panaskan api. Tumis halba sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar. Masak sehingga garing
2. Masukkan air asam dan sebatikan kuah. Masak pada api perlaham. Bila kuah sudah mendidih, masukkan isi sardin. Masukkan daum kesum. Masak selama 10 minit. 
3. Masukkan tomato dan biarkan seketika. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Bila rasa sudah ok tutup api.


Cik Kz buat kuahnya pekat sedikit sebab Cik Kz tak makan dengan nasi. Best (cewah puji sendiri.hehehe). Makan dengan sayur goreng kicap. Masak sayur sedikit sahaja sebab sardin sudah banyak. Walaupun banyak sekali hadap sahaja Cik Kz habiskan. Sekarang musim makan banyak. Mulut tak habis-habis mahu munching. Bahaya sungguh situasi sekarang ini. adesss.... Baiklah semua.

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Asam Pedas Sardin"

Post a Comment