Egg Omelet Nostalgic

Labels:

0


Assalamualaikum wbt....

This is a very nostalgic version off egg omelet. Cik Kz used to eat this during breakfast masa di rumah lama (H-47) dahulu. Chef utama untuk resepi ini adalah Cik Ella. Memang Cik Ella rajin masak egg omelet for her housemate masa breakfast. Terasa kasih sayang tu mengalir melalui makanan. Kalau ingat lagi, sure rasa sedih and sayu. Banyak kenangan manis but apa boleh buat. Ini yang lebih baik. Baiklah, udahlah sadis sadun semua, meh tengok resepi simple ini...

egg omelte garing..hahaha...i loike garing-garing ni
Bahan-bahan
2 biji telur
50g daging (potong dadu)
1 biji lobak merah (potong dadu)
1/2 labu bawang merah (potong dadu)
2-3 cendawan butang (potong dadu)
1/4 biji capsicum (potong dadu)
1 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar sos tomato
Sedikit oregano dan lada hitam
Garam dan serbuk perasa
*cheese - jika mahu

Cara memasak
1. Pecahkan telur dan kacau sebati. Masukkan sedikit garam dan lada hitam
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan daging sehingga masak. Masukkan tomato, cendawan dan capsicum. Sebatikan. 
3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Ratakan. Masukkan oregano dan lada hitam. Jatuhkan cheese. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Tutup api selepas 5 minit (jangan biar kuah terlalu kering)
4. Panaskan non-stick pan. Tuang telur (biar penuh pan). Biarkan seketika sehingga agak-agak masak. Kemudian taburkan inti tadi. Bila telur sudah masak, lipatkan telur tersebut (jadi bentuk separuh bulat. kalau mahu buat lipatan jenis lain pun boleh) Angkat dan hidangkan di atas pinggan makan.

isi dalam egg omelet tersebut..


Bila makan, pasang lagu slow memang syahdu. Rasa mahu menangis..waaaa.. Seriously Cik Kz rindu sangat-sangat suasana dahulu, housemate dahulu dan terlebih rindu pada roomate Cik Kz. Tipulah kalau Cik Kz tak ingat malah dari jauh Cik Kz perhatikan and follow her progress (macam stalker lak kan) hehehe.. Baiklah. End of story. Time to sleep.

Till then, wassalam... :)

0 Response to "Egg Omelet Nostalgic"

Post a Comment