Lokan Masak Lemak Cili Api
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt....
Ini first time Cik Kz beli lokan di sini. Actually since my first year Cik Kz sudah memerhatikan lokan ni cuma Cik Kz tak tahu apa namanya. Nak kata kupang macam bukan kupang apatah lagi lala. Kebetulan a few days before masa jalan-jalan di blog orang terjumpalah gambar lokan ni. Maka barulah Cik Kz tahu benda ini dipanggil lokan. Bila dah tau nama lantas tercetur untuk membeli dan buat masak lemak cili api. Sure terangkat. But the problem now is santan yang sudah berminggu tiada di kedai berhampiran. My last stock coconut milk digunakan untuk masak lokan ini. Apa-apa pun meh tenguk resepinya...
Bahan-bahan
1 kg lokan (dibersihkan kulitnya dan direndam seketika)
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
1/2 inci kunyit hidup * (boleh ganti dengak kunyit serbuk)
3 batang cili padi * (tambah/kurang bergantung pada tahap kepedasan masing-masing)
1 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugor
1 kotak santan
Garam, gula dan serbuk perasa
Cara memasak
1. Lokan yang telah dibersihkan, ditus (make sure tiada pasir dan kulitnya sudah totally bersih kalau tak nanti rasa berpasir)
2. Kisarkan bahan bertanda * dengan sedikit santan yang dicairkan. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan lokan, asam keping dan serai (make sure lokan just nice tenggelam. kalau tak cukup tenggelam tambah santan cair). Masak pada api sederhana sehingga kuah mula mendidih.
3. Masukkan santan pekat. Perasakan degan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Bila sudah menggelegak tutup api.
lokan yang sedap..nyummy....
Rasa dia ok la. Lagi sedap lala (pada pendapat Cik Kz la). But a nice and worth try. Boleh juga dibuat masak berlada but Cik Kz cuba buat masak lemak dulu (alasan sebab nak makan masak lemak sebenarnya. hahaha). Cik Kz makan bersama dengan gobi manchurian (mahu habiskan stock cauliflower yang sangat banyak itu) dan juga dengan sayur goreng berkicap. Baiklah, selamat mencuba semua..
Till then, wassalam.. :)


0 Response to "Lokan Masak Lemak Cili Api"
Post a Comment