Ikan Bilis Goreng Kicap
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt....
Hari ini for dinner masak simple sesimplenya. Biasa habislah. Tiba-tiba muncul keinginan mahu makan ikan bilis. Mungkin sebab Cik Kz pergi selongkar segala stok makanan dan jumpa bilis lalu menjemurnya. So, menu ini dahulu masa Cik Kz tinggal di Kedah, mak memang selalu masak. Kalau sekali hidang memang licin terus. Sedap walaupun simple sahaja. Jom tengok resepinya..
Bahan-bahan
Segeggam ikan bilis (atau lebih ikut suka)
2 biji kentang (potong wedges)
1 labu bawang besar (potong bulat)
5 ulas bawang putih (hiris halus)
1 biji cili padi (potong serong)
1 sudu besar kicap manis
Sedikit air, garam dan serbuk perasa
Cara memasak
1. Goreng kentang hingga kekuningan dan tuskan. Kemudian goreng ikan bilis sehingga garing dan tuskan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. Kemudian masukkan kicap dan tambah sedikit air.
3. Masukkan ikan bilis dan kentang. Kacau sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. Bila rasa sudah ok tutup api. Tak perlu masak terlalu lama nanti bilis jadi tak rangup.
Sesuai dimakan dengan nasi putih semasa panas-panas. Memang yummyliciouslah. Kalau tidak mahu letak kentang pun tak mengapa. Cik Kz makan bersama dengan pajeri terung dan ayam goreng berempah. Pelbagaikan menu but semua sedikit-sedikit.
Baiklah semua. Selamat mencuba ya.
Till then, wassalam... :)
note: study sampai muntah... :(


0 Response to "Ikan Bilis Goreng Kicap"
Post a Comment