Ayam Masak Berlada

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Breakfast+Lunch+Dinner. Menggeletar tangan Cik Kz sebab tak makan langsung seharian (padan muka). Nak tak nak kena rajinkan diri memasak. At first mahu buat ayam masak beriyani but then kentang tiada maka terus tukar resepi yang lagi simple. Jom tengok resepinya...

Bahan-bahan
4 ketul ayam (sederhana saiz)
2-3 biji cili padi (lebihkan jika mahu lebih pedas)
4-5 ulas bawang putih (kisarkan)
1 labu bawang besar (kisarkan)
1 mangkuk kecil air asam jawa
Serbuk kunyit, garam, gula dan serbuk perasa

Cara memasak 
1. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng sederhana garing. Angkat dan tuskan
2. Panaskan 2-3 sudu minyak masak (lagi sedap ambil minyak gorengan ayam tadi) dan tumis bahan kisar sehingga garing.
3. Masukkan air asam dan sebatikan. Bila sudah sedikit kering, masukkan ayam dan ratakan. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Bila kuah sudah kering, tutup api. 

Cik Kz makan bersama sayur goreng kering...

Just nice sahaja menu ini. Simple tetapi mengenyangkan juga cepat untuk disediakan. Siap masak terus Cik Kz makan. Kalau tunggu lagi lama alamatnya pengsanlah Cik Kz kerana kebuluran. hehehe. 

Baiklah semua, selamat mencuba..

Till then, wassalam.. :)

0 Response to "Ayam Masak Berlada"

Post a Comment