Bowling Time..
Labels: Life , Recipes
0
Assalamualaikum wbt....
Memandangkan sekarang Cik Kz dan rakan-rakan tiada kelas petang dan kebetulan kami sudah selesai dengan urusan exam, maka kami, the girls (plus Danial) ke Mantri Mall untuk bermain bowling. Rancangan asal adalah pada Ahad minggu lepas namun disebabkan masing-masing ada hal maka ditunda ke hari ini.
This is second time Cik Kz main bowling. Firs masa di Lembah Beringin dulu. Cik Kz bermain bowling bersama tutorialmates di bowling alley in Bukit Beruntung 6 years back. Masa tu main ikut suka hati campak bola tu sampai bunyi gedegang macam ada benda jatuh and pecah.
But, alhamdulillah semalam sudah a lil bit ok. Berjaya mendapat tunjuk ajar dari seorang sahabat (walaupun menggunakan ym sahaja. teknologi sekarang kan canggih.hahaha). Cik Kz manage to score. yay!. 1 frame (ada 10 times chance to throw ball). Harganya just Rs100 (lebih kurang RM7). Murah kan..kan??? Let see a few pictures (tak banyak sebab dalam bowling hall tu tak boleh snap picture)
in front Amoeba, Mantri Mall. Lokasi baru untuk bermain bowling...
the scores...hehehee... :D
Habis bermain bowling, masing-masing pergi menunaikan solat di surau. Alhamdulillah sudah ada surau di Mantri Mall so lepas ni tak perlulah kelam kabut nak cari tempat untuk solat. Habis solat makan aiskrim di Swensen (tempat biasa) Bila makan ramai-ramai rasa seronok dan meriah. Semua berselera (agaknya sebab lapar kot. Then heading towards BodyShop (yang tengah buat sale bagai nak rak tu) But Cik Kz tak beli apa-apa since tak pernah guna barang BodyShop. Lepas tu ke Spar seperti biasa. Mahu borong barang tapi bila ingat mahu ke CS terus cancel. But then last-last tak ke CS sebab pak cik tailor tiada. Adesss...
ok...ini ikan apa yer???? macam pernah makan di Malaysia...
Sampai rumah masa asar. Rehat sekejap boleh Cik Kz terlena 30minit. Solat dan mulalah perut kemudiannya menyanyikan lagu rock. Lapar kot! Tak makan apa-apa lagi dari pagi. Pergi dapur alhamdulillah ada kuih seri muka pelangi (atas permintaan Cik Seti yang mahukan berwarna-warni). Makanlah beberapa potong kuih tersebut...
seri muka pelangi...
As for dinner, Cik Kz makan ala western sedikit. Ada baked broccoli, garlic bread (beli di Namdhari), baked bean, hash brown (beli di Mantri) and scramble egg. Kalau ada sosej ni sure lagi sedap. Plus, mushroom soup. Waa...sure berselera. Then malam tidur awal sebab keletihan (pastu bangun untuk update jap)..
plate for dinner..
Itulah corat coret buat masa terkini. Dalam masa terdekat Cik Kz akan ke banda lagi. Kena shopping barang-barang pesanan rakan-rakan dan saudara mara. Jika ada yang berminat kiralah sudinya untuk let me know ya before 25 March.
Till then, wassalam.. :)



0 Response to "Bowling Time.."
Post a Comment