Fucuk Masak Air

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Menu for dinner yang Cik Kz rasa senang dan cepat untuk disediakan. Ditambah pula dengan mood ketidakrajinan yang melanda diri ini. Cik Kz buat fucuk masak air, makan bersama sambal kicap dan ikan goreng. Berselera tu. Habis licin. Jom tengok resepi simple ini..

Bahan-bahan
Fucuk (rendam seketika)
Suhun (rendam seketika)
2 biji kentang (potong 4 tiap satunya)
Sejemput ikan bilis (kisar)
4-5 ulas bawang putih (tumbuk.kisar)
1 labu bawang besar (mayang halus)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
Sedikit daun sup
Serbuk perasa, garam 
Air

Cara memasak
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang besar, ikan bilis dan bawang putih sehinggan naik bau. Kemudian masukkan air. 
2. Jatuhkan kentang dan biarkan masak sehingga kentang empuk. Masukkan fucuk dan suhun dan ratakan masakan. Tambah air jika perlu (or jika mahu lebih berkuah).
3. Masukkan lada hitam, garam, serbuk perasa. Bila rasa sudah ok tutup api. Taburkan hirisan daun sup.


Enak dihirup begitu sahaja. Mahu lagu umpph makan bersama sambal kicap. Kuantiti fucuk dan suhun yang digunakan Cik Kz tak nyatakan disebabkan boleh diubah mengikut kehendak masing-masing. Kalau suka banyak boleh letak sebanyak mungkin. Memandangkan Cik Kz sangat sukakan daun sup, maka Cik Kz telah penuhkan mangkuk fucuk tersebut dengan daun sup. Bertukar menjadi kehijauan .hehehe.. 

A simple yet a nice recepi. Selamat Mencuba. 

note: moga dipermudahkan segalanya. kalau memang rezeki takkan ke mana kan?? :)

0 Response to "Fucuk Masak Air"

Post a Comment