Masak Lemak Nenas bersama Ikan Masin
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt...
Ini adalah menu dinner Cik Kz untuk semalam. Sudah lama Cik Kz peram resepi ini. Dapat dari seorang sahabat yang agak close dengan Cik Kz. Bila beliau ceritakan tentang menu ini memang Cik Kz sudah kecur lidah. Mahu buat tetapi tidak berkesempatan untuk membeli nenas. Kebetulan pula hari tu ada lebihan nenas so Cik Kz berjaya juga membuat menu ini. Cik Kz buat versi pedas (sebab I like pedas-pedas ni. hahaha). Jom tengok resepinya...
Bahan-bahan
1/2 biji nenas (bersihkan dan potong sederhana kecil or ikut suka hati)4 ekor ikan masin (tak kisah jenis apa tapi paling sedap ikan talang)
1 labu bawang besar *
3-4 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
2 biji cili api * (tambah kalau mahu lagi pedas)
1 kotak santan pekat
1 batan serai (diketuk)
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan serbuk perasa
Cara memasak
1. Kisarkan semua bahan bertanda * dengan sedikit santan dan air. Masukkan ke dalam periuk yang dan masak pada api perlahan. Masukkan serai dan juga asam gelugor.
2. Bila kuah mula mendidih masukkan nenas dan kacau sebati. BIla sudah menggelegak, masukkan ikan masin. Tambah lebihan santan.
3. Masak selama 10 minit pada api perlahan. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Bila rasa sudah ok tutup api.
Sedap juga makan begini. Thanks for the recipe friends. I enjoy eating it. Bolehlah buat lagi lepas ni. lalala...
Baiklah. Banyak lagi resepi yang ingin dikongsikan. Ini kerana Cik Kz sudah blurr bila baca buku. Maka tangan pula lebih pantas untuk menaip.
Till then, wassalam.. :)


0 Response to "Masak Lemak Nenas bersama Ikan Masin"
Post a Comment