Siew Pak Choy Bersos Tiram
Labels: Recipes
0
Assalamualaikum wbt.....
Bersiaran kita kembali dalam entri masak-masak. *cewah*. Kali ini Cik Kz masak siew pak choy a.k.a. sawi cina. Kebetulan masa ke Namdhari tempoh hari jumpa yang segar terus Cik Kz beli 1 bungkus. Resepi asal Cik Kz ambil dari sini (blog Kak Nor Secubit Garam). Alhamdulillah sedap. Jom tengok resepinya. Ada sedikit olahan dek kerana Cik Kz leka bercakap di telefon dengan bonda..
Bahan-bahan
Siew Pak Choy (ikut suka banyak mana)
5-6 ulas bawang putih (ditumbuk atau cincang halus)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
Garam dan serbuk perasa
1 cawan air
Cara memasak
1. Celur siew pak choy dalam air yang telah mendidih yang telah diletak sedikit minyak. Bila sudah sedikit layu, tuskan sayur tersebut dan sejukkan under tap water.
2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sebati.
3. Masukkan air dan sebatikan. Tambah garam dan serbuk perasa secukupnya. Masak sehingga kuah pekat dan tutup api.
Asalnya resepi ini tiada kicap. But Cik Kz accidently tertuang kicap sebabnya Cik Kz tersalah ambil botol sos tiram. Nasib baik tuangnya cuma 1 sudu. But rasanya sedap. Manis-manis begitu. Sesuai dimakan macam tu sahaja. Cik Kz sekali hadap kejap sudah habis. hehehe. Cik Kz makan bersama menu di bawah:
Ayam bakar berempah (resepi ayam rempah cuma bakar bersama minyak zaitun. sedap dan tidak berminyak)
Kek batik di bawah pula adalah kek batik yang dibuat untuk kali kedua dalam minggu ini sebab masa hari tu tak puas makan. Dapat makan sedikit sahaja masa makan-makan tempoh hari. But kali ini Cik Kz rajinkan diri melapi satu persatu biskutnya so jadi lebih tersusun sedikit.
kek batik yang tersusun lapisannya...
Baiklah. Itu sahaja untuk update kali ini. Exam semakin hampir but Cik Kz masih merangkak lagi. Ada kala berlari tapi banyaknya merangkak. Tak mengapa sebab Cik Kz juga banyak berjalan (oh analogi apakah ini??)
Till then, wassalam.. :)


0 Response to "Siew Pak Choy Bersos Tiram"
Post a Comment