Insya Allah..

Labels:

0


Insya Allah
Munsyid : Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Short Escape (9-17 Jan 2010)

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Bila exam menjelma barulah tangan lebih rajin meng'update' blog yang semakin bersawang. Salah satu cara untuk berehat dari membaca ialah dengan menulis blog. Agak banyak cerita yang bertangguh penulisannya. Entry ini adalah berkaitan dengan 'short escape' yang dilakukan oleh saya hampir 2 minggu yang lepas. Terbang pulang ke Malaysia bertemu keluarga tercinta.

Sesampai di KLIA Cik Kz tidak terus pulang ke Temerloh. Destinasi pertama adalah Kuala Lumpur lantaran ada urusan yang perlu Cik Kz selesaikan di sana terlebih dahulu. Seperti biasa my bff, Cik 'Ainun telah sedia menanti. Kuala Lumpur dijelajahi. Sempat juga menyinggahkan diri ke Chocholate Festival yang berlangsung di Mid Valley Megamall. Sempatlah juga melihat demonstari 'chocholate decorating', sangat menarik, sangat sedap choc di sana dan sangat ramai pengunjung di situ. Pendek kata, banyaklah sangatnya...

Choc ini sangat sedap..nyum..nyum...


Cik 'Ainun yang keletihan *sebelum aksi gegar berlaku.. *

Hari Ahad pulang ke rumah setelah membeli sedikit barang di Low Yat. Hati sungguh berdebar kerana mengharapkan agar tidak 'kantoi' dek kerana emak telah memiss call banyak kali nombor Celcom Cik Kz. Salam diberi dan riak terkejut jelas kelihatan di raut wajah Ina. Apa yang tidak boleh diterima, mereka beranggapan ada mak cik yang ingin menjual kuih datang bertandang ke rumah. Sungguh tidak patut. Adakah suara Cik Kz seperti itu? Oh tidak...tak patutnya. Sungguh sangat tidak patut!!! :(

Wani, si mata empat yang pemalu orangnya

Malamnya makan di luar. Along pun terkejut kerana Cik Kz turut ada di situ. Misi balik rumah secara mengejut berjaya!! :P

Hujung minggu berikutnya, kami sekeluarga punyai misi yang perlu dilunaskan. Mak berhajat sangat-sangat mahu ke Kuala Lumpur. Ingin merasa 'shopping' di Sogo. Maka Cik Kz dan Ina bertungkus lumus mencari tiket. Alhamdulillah tiket ada dan kami 7 beranak (Along dan Ebob tidak ikut serta) ke Kuala Lumpur.

Ija..

Ina pertama kali berjalan-jalan di KL

Mijie yang sudah kelaparan..

Mak dan Wani dengan aksi ala-ala penat mereka...

Mak 'shopping' sakan. Tapi hanya membeli pakaian untuk adik Mijie dan Ija sahaja. Abah pun tidak kurang hebatnya ber'shopping' sampai lenguh kaki. Gembira melihat mereka gembira. Dan Cik Kz, tidak sempat ber'shopping' pun *so sad*. Hanya sempat dikenakan oleh adik-adik yang hebat bershopping dan pabila tiba di kaunter pembayaran masing-masing cabut lari. Aduhai. Nasib baik peruntukan untuk mereka memang tersedia. Kasihan mak. Tidak sempat melihat beg tangan dek kerana Mijie yang sudah mula membuat mogok laparnya. Comel sungguh. Duduk bersila di tepi box tempat pakaian kanak-kanak sambil menyatakan "Mijie lapar. Mijie tak nak gerak selagi mak ngan korang semua tak bawa Mijie makan". Aduhai adikku sayang..

Along, yang pemalu konon.... :P

Pulang malam itu, kami sekeluarga makan di luar. Kali ini Ebob turut serta. Katanya mahu surprisekan mak tapi dia ter'surprise' sekali lagi kerana kami tiada di rumah ketika dia pulang ke rumah. Misi seterusnya adalah, surprise birthday untuk abah. Sengaja diawalkan seminggu kerana kebetulan Cik Kz pulang ketika itu. Abah terharu dan gembira, maka secara automatiknya kami semua gembira, melihat senyuman terukir di bibir abah. Selamat hari lahir yang ke 52 abah tersayang..

Abah memotong kek hari jadinya...

Alhamdulillah, cuti kali ini penuh dengan warna-warni kegembiraan. Biarpun hanya sekejap dan secara mengejut, Cik Kz tetap puas. Hajat terlaksana. Impian adik-adik juga mak dan abah dapat ditunaikan walaupun tidak seberapa. Berhajat untuk membawa mereka makan angin sementara masih diberikan kesempatan cuma masa masih lagi dicari-cari. Harapnya cuti yang bakal menjelma (April) misi tersebut berjaya dilaksanakan. Destinasinya, masih didalam pertimbangan. Tiada kata putus lagi..

Exam juga semakin hampir. Maka haruslah mempersiapkan diri.

Till then, wassalam

Aryan Shah..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt..

Aryan, sejam selepas dilahirkan..

Ini adalah late entry. Cik Kz berkesempatan untuk melihat bayi Ija dan Zaki. Pagi 8 Januari itu Ija telah dimasukkan ke hospital lantaran berlaku bleeding dan emergency caesarean harus dilakukan. Alhamdulillah bayi lelaki comel selamat dilahirkan. Diberi nama Aryan Shah. Seindah makna namanya moga Aryan membesar menjadi seorang insan yang berguna buat keluarga, negara dan agama.

Aryan Shah



bila la nak dapat anak sendiri ni....lalala... :P

Till then,

Wassalam..

Barut bayi

Labels:

0


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. Siap juga projek berhari-hari Cik Kz dan rakan-rakan (Cik Seti dan Cik Ain), membuat barut bayi untuk Ija dan Zaki. Tidaklah secantik mana, tidak jugalah sekemas mana, namun bolehlah digunakan buat sementara waktu sebelum barut baru dibeli dan dibawa dari Malaysia.


Sempat disiapkan sebelum Cik Kz pulang ke Malaysia. Moga Ija dan Zaki memperoleh bayi yang comel dan sihat. Alahai, tidak sempat untuk bertemu dengan bayi itu dek kerana jadual pembedahan jatuh pada 12 Januari sementelah saya pula telah pulang ke Malaysia. Hanya selepas 17 Januari barulah akan bersua.

Baiklah. Harus mengemas barang pula. Esok mahu pulang. Bestnyer!!!! :P

Till then,

Wassalam

Pagi yang cerah

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah. Sudah 3 hari di tahun baru. Masih diberi kesempatan bernafas di bumi-Nya. Program hari ini biasa-biasa sahaja. Berada di rumah mengemas bilik, mendobi baju-baju. Terasa rindu pada keluarga di kampung. Namun, harus ditahan lantaran dek cabaran dari mak yang mencabar siapa yang lebih rindu, Cik Kz rindukan mak atau mak rindukan Cik Kz. Memang rindu tapi terpaksa ditahan. Tambahan pula tinggal beberapa hari sahaja lagi akan tiba di hadapan pintu rumah. Kejutan buat keluarga tercinta. Harapnya diri ini mampu bersabar.

Pulang nanti banyak program yang tersusun. Semuanya untuk mereka. Ingin menunaikan hajat mereka selagi termampu. Takut nanti tidak berkesempatan. Biarlah diri ini membahagiakan diri mereka kerana itu adalah suatu saat yang teramat manis.

note: counting the days....

Lembaran baru..

Labels:

0


Assalamualaikum wbt..

Syukur ke hadrat Illahi, 2010 menjengah. Syukur diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Corat-coret 2009 penuh dengan warna-warninya, episod sebuah duka, suka dalam diri ini. Moga menjadi seorang insan yang lebih tabah.

Buku baru akan dibuka. Bersama harapan agar sinar pelangi akan sentiasa menemani perjalanan hidup ini. Bersama rakan-rakan juga bersama keluarga tercinta. Pergilah episod duka. Jangan membelenggu hidup ini lagi.

Alhamdulillah. Wani berjaya mendapat keputusan yang memberangsangkan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Syukur kerana kejayaan tersebut di luar jangkaan kami sekeluarga. Nah, jangan disangka diam-diam ubi tiada isinya. Insiden untuk mengetahui keputusan tersebut (semasa menelefon emak di kampung) sangatlah 'dramatik'. Semuanya mahu menjadi 'Drama Queen'. Akan Cik Kz kenang helah-helah yang dicipta, bait-bait kata yang terucap dari bibir mereka semua. *rasa mahu gelak guling-guling*

Selepas ini semakin sibuklah kami untuk menguruskan perihal persekolahan beliau. Borang-borang permohonan telah diisi dan ada juga yang sedang diisi dek kerana masih tidak tetap dalam memilih jurusan yang bersesuaian.

Buat adikku Ina. Moga keputusan SPM nanti akan berpihak kepada dirimu. Moga cita-cita untuk menjadi seorang arkitek itu tercapai. Agar satu hari nanti kita semua mampu berganding bahu, anak-anak Abdul Khatab dan juga Norlati berganding bahu membina sebuah rumah impian untuk ayahanda dan bonda tercinta.

Terlalu banyak masa tidak diluangkan bersama keluarga. Terasa berdosa kerana tidak menjadi yang terbaik buat keluarga tercinta. Moga tahun baru ini, harapan untuk bersama mereka semaksimum yang mungkin tercapai. Moga mampu membahagiakan mereka semua hingga ke nafas yang terakhir.

Tahun baru. Azam baru. Motivasi baru. Diri baru yang menuju ke arah untuk menjadi lebih baik *Insya Allah* akan terlaksana. Moga dikuatkan semangat dan semoga perjalanan hidup ini sentiasa di bawah redha-Nya. amin....

Till then, wassalam...