Short Escape (9-17 Jan 2010)

Labels:

0


Assalamualaikum wbt...

Bila exam menjelma barulah tangan lebih rajin meng'update' blog yang semakin bersawang. Salah satu cara untuk berehat dari membaca ialah dengan menulis blog. Agak banyak cerita yang bertangguh penulisannya. Entry ini adalah berkaitan dengan 'short escape' yang dilakukan oleh saya hampir 2 minggu yang lepas. Terbang pulang ke Malaysia bertemu keluarga tercinta.

Sesampai di KLIA Cik Kz tidak terus pulang ke Temerloh. Destinasi pertama adalah Kuala Lumpur lantaran ada urusan yang perlu Cik Kz selesaikan di sana terlebih dahulu. Seperti biasa my bff, Cik 'Ainun telah sedia menanti. Kuala Lumpur dijelajahi. Sempat juga menyinggahkan diri ke Chocholate Festival yang berlangsung di Mid Valley Megamall. Sempatlah juga melihat demonstari 'chocholate decorating', sangat menarik, sangat sedap choc di sana dan sangat ramai pengunjung di situ. Pendek kata, banyaklah sangatnya...

Choc ini sangat sedap..nyum..nyum...


Cik 'Ainun yang keletihan *sebelum aksi gegar berlaku.. *

Hari Ahad pulang ke rumah setelah membeli sedikit barang di Low Yat. Hati sungguh berdebar kerana mengharapkan agar tidak 'kantoi' dek kerana emak telah memiss call banyak kali nombor Celcom Cik Kz. Salam diberi dan riak terkejut jelas kelihatan di raut wajah Ina. Apa yang tidak boleh diterima, mereka beranggapan ada mak cik yang ingin menjual kuih datang bertandang ke rumah. Sungguh tidak patut. Adakah suara Cik Kz seperti itu? Oh tidak...tak patutnya. Sungguh sangat tidak patut!!! :(

Wani, si mata empat yang pemalu orangnya

Malamnya makan di luar. Along pun terkejut kerana Cik Kz turut ada di situ. Misi balik rumah secara mengejut berjaya!! :P

Hujung minggu berikutnya, kami sekeluarga punyai misi yang perlu dilunaskan. Mak berhajat sangat-sangat mahu ke Kuala Lumpur. Ingin merasa 'shopping' di Sogo. Maka Cik Kz dan Ina bertungkus lumus mencari tiket. Alhamdulillah tiket ada dan kami 7 beranak (Along dan Ebob tidak ikut serta) ke Kuala Lumpur.

Ija..

Ina pertama kali berjalan-jalan di KL

Mijie yang sudah kelaparan..

Mak dan Wani dengan aksi ala-ala penat mereka...

Mak 'shopping' sakan. Tapi hanya membeli pakaian untuk adik Mijie dan Ija sahaja. Abah pun tidak kurang hebatnya ber'shopping' sampai lenguh kaki. Gembira melihat mereka gembira. Dan Cik Kz, tidak sempat ber'shopping' pun *so sad*. Hanya sempat dikenakan oleh adik-adik yang hebat bershopping dan pabila tiba di kaunter pembayaran masing-masing cabut lari. Aduhai. Nasib baik peruntukan untuk mereka memang tersedia. Kasihan mak. Tidak sempat melihat beg tangan dek kerana Mijie yang sudah mula membuat mogok laparnya. Comel sungguh. Duduk bersila di tepi box tempat pakaian kanak-kanak sambil menyatakan "Mijie lapar. Mijie tak nak gerak selagi mak ngan korang semua tak bawa Mijie makan". Aduhai adikku sayang..

Along, yang pemalu konon.... :P

Pulang malam itu, kami sekeluarga makan di luar. Kali ini Ebob turut serta. Katanya mahu surprisekan mak tapi dia ter'surprise' sekali lagi kerana kami tiada di rumah ketika dia pulang ke rumah. Misi seterusnya adalah, surprise birthday untuk abah. Sengaja diawalkan seminggu kerana kebetulan Cik Kz pulang ketika itu. Abah terharu dan gembira, maka secara automatiknya kami semua gembira, melihat senyuman terukir di bibir abah. Selamat hari lahir yang ke 52 abah tersayang..

Abah memotong kek hari jadinya...

Alhamdulillah, cuti kali ini penuh dengan warna-warni kegembiraan. Biarpun hanya sekejap dan secara mengejut, Cik Kz tetap puas. Hajat terlaksana. Impian adik-adik juga mak dan abah dapat ditunaikan walaupun tidak seberapa. Berhajat untuk membawa mereka makan angin sementara masih diberikan kesempatan cuma masa masih lagi dicari-cari. Harapnya cuti yang bakal menjelma (April) misi tersebut berjaya dilaksanakan. Destinasinya, masih didalam pertimbangan. Tiada kata putus lagi..

Exam juga semakin hampir. Maka haruslah mempersiapkan diri.

Till then, wassalam

0 Response to "Short Escape (9-17 Jan 2010)"

Post a Comment